~أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله~

Wednesday, September 10, 2014

~ 'Sebenarnya.. ana kasih enti.' - Melur Putih ~

Assalamu'alaikum wbt.

Bismillah.


Alya memandang kosong tasik indah di hadapannya. Diambil batuan kecil. Dilontar perlahan ke dalam air tasik tersebut. Berkocak. Ikan-ikan mula pergi. Hatinya terasa bersalah. 'Maafkan aku, ikan.'

Tidak lama. Dia mengambil sebuah buku nota. Bersama pasangan setianya, sebatang pen murah. Ingin mencatat sesuatu.

***
Andai punya sesuatu dari kisah ini.
Yang bisa kau ambil buat ibrah diri.

Doakan aku.

Biar saat aku pulang.

Ada Dia. 

Yang bisa aku lihat 'senyuman'-Nya.

***
'Ana sayang enti. Kerana Allah.'

Teman. 
Aku baru sahaja mengenalimu. 
Tapi sayangku padamu sudah melimpah. 

Satu hari.
Sikapmu mula berubah.
Bila ku selidiki akarnya.

Ternyata.

Ada hal yang membuatmu dingin denganku,
Kau menjauhkan dirimu daripadaku.
Kau mula berani.
Membuat luka-luka kecil di dalam hatiku.
Sehingga aku berfikir.
Wajarkah semua itu kau lakukan kerana cemburumu terhadapku?

Teman.
Aku tidak membencimu.
Dan aku takkan pernah membencimu.
Kerana nabi kita tidak pernah mengajar membenci.
Baginda yang mulia mengajar mengasihi.
Supaya diri dikasihi.
Baginda yang mulia mengajar menyayangi.
Supaya diri disayangi.

Sungguh.
Tulus. Jujur di dalam hatiku.

Sekali aku menyayangimu kerana Allah.
Selamanya ia kerana Allah.

Sekali engkau hadir di dalam hidupku.
Memberi sinar walau cuma sebentar.
Aku akan ikat hatimu dengan hatiku.
Agar kita sama-sama bisa bergandingan ke syurga.

Teman.
Aku tidak punya apa-apa.
Untuk membuatmu cemburu.
Nikmat itu cuma sebentar.
Pinjaman dari Dia.

Aku cuma punya Allah.
Dalam hatiku.
Tiada selain-Nya.
Kerana jasad dan ruhku hanya untuk Dia.

Tiada yang kekal di dunia ini.
Kecemburuanmu tiada tapak. Tiada asasnya.
Hilangkan segera.

Agar pahala kita tidak hangus.
Menjadi debu-debu dosa.

Ketahuilah, teman.
Sebetulnya aku sudah memaafkan.
Maafkan juga diriku andai menyakitimu dalam senyap.
Menzalimimu dalam diam.

Sekali aku sayang.
Aku akan tetap sayang.

Hingga hembusan terakhir nafasku.

***
Tutup buku.

Moga ada redha Dia.

#notamelurputih

Kasihilah manusia kerana yang Esa. Ia takkan sia-sia.
Kasihilah manusia tanpa batasan. Ia menjemput kasih Tuhan.

Ya Rahman.
Penuhkan hati kami.

Dengan cinta.





~^^~Subhanallah..Alhamdulillah..Laa ilahaillallah..Allahuakbar~^^~

Wednesday, January 1, 2014

~ Allah. Mu tunggu aku datang! ~

Assalamu'alaikum wbt.
Bismillah.

Sekali lagi, hak ke atas blog ini ana abaikan.Maafkan ana.

Terasa mahu menulis.
Tetapi tidak tahu mahu menulis apa.
Luahan hati? Keluhan jiwa?

Ah..manusia. Sering berbicara mengenai hati dan jiwa.

Iya. Ana manusia. Dan sekarang ana mahu berbicara mengenai hati dan jiwa.

Apa yang ana rasa sekarang?

Buntu. Tidak tahu harus dimulakan di mana.

I feel like I'm CHANGING.

Kenapa berubah?

Ana tidak tahu ke mana perginya semangat yang dulunya menjadi pembakar untuk ana terus kuat.

'Engkau semakin jauh dari Allah.'

Astaghfirullah. Allah. Allah. Allah.

Bisikan tersebut cukup membuat gegaran tsunami di jiwa ini!

Ya Allah. 

Mungkinkah?

Allah. Jika benar, betapa aku telah jauh tersasar dari kehidupan yang dulunya tenang aku rasakan.

Ada masalah, itu biasa.
Ada masalah, aku malu bercerita kepada manusia.
Ada masalah, aku tidak menyalahkan Allah yang Esa.
Ada masalah, aku akan bertenang menghadapinya.
Ada masalah, aku terasa nikmat diuji-Nya.

Namun, perasaan itu semakin kabur.
Aku ingin menggapainya sekali lagi.
Aku cuba untuk bangun, berlari.
Dan aku sangkakan aku sudah berlari.
Sedangkan diriku hanya mampu merangkak.
Perlahan.
Jauh. 
Ditinggalkan kedamaian.
Aku fikir aku sudah mencapainya.
Rupa-rupanya aku semakin tenggelam.
Kelam dalam kekalutan dunia.

Paling menyeksakan hati dan jiwa.

Bila saatnya aku merasa aku semakin hampir ke syurga.
Sedang diriku berada di ambang neraka.

Ya Allah.

Aku tidak mahu rahmatdan kasih sayang-Mu jauh dari hatiku.

Satu yang aku pasti.

Aku tidak boleh terus begini!

Lillahi Taala.

Aku akan mencari Dia kembali.
Aku tahu aku tidak boleh berhenti.
Aku tahu itu.
Iya. Jangan berhenti!

Dia sedang menanti aku tersungkur mengadu kepada-Nya.

Pintu syurga.

Jangan tertutup untukku.

Ya Allah.

Tunggu aku, ya Allah.
Bukakan pintu itu untukku!


Aku ingin hanya diri-Mu di dalam hatiku..

Banjir airmata. 

T_T

Allahu'alam.


~^^~Subhanallah..Alhamdulillah..Laa ilahaillallah..Allahuakbar~^^~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Cutest Blog ^^,


Copyright© All Rights Reserved halaqahcinta-muslimah.blogspot.com