~أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله~

Sunday, August 25, 2013

~Buang egomu. Kau cuma hamba!~

Assalamu'alaikum wbt..

Rendahkanlah hatimu di hadapan manusia.
Rendahkanlah dirimu di hadapan Allah.

Kau bukan sesiapa.
Cuma lumpur hina bersalut dosa.
Kenapa begitu rasa bangga?
Atas kurniaan yang dipinjam sementara?
Rendahkanlah hati duhai hati.
Usah terasa dunia ini milikmu.
Makin kau kejar, makin tidak puas.
Kau mahu begitu?

Hati.
Dunia ini kelihatan besar sebelum engkau mendapatkannya.
Namun engkau akan mendapati ia kecil, setelah engkau mendapatkannya.
Tidakkah engkau tahu engkau telah tertipu?
Berdekah-dekahlah syaitan.
Engkau ditipu duniamu.
Tenggelam dalam kepalsuan yang bertamu.

Allah.. 

Kadang-kadang, kita tidak perasan, kita ditipu dunia. 
Tegar sekali dunia, ya? Mengapa kita ditipunya?
Hati, :'(
Bukan salah dunia, ia salah kita, kerana tidak mampu mengendali nafsu. 
Ya Allah, moga dijauhkan dunia dari hati hamba-Mu ini.
Aku tidak kuat tanpa-Mu Rabbku. :'(

Nafsu.

Ayuh ikatnya dengan puasa. Masih di bulan Syawal, jadi kita masih berpeluang puasa enam.
Moga ia dapat mentautkan hati kita untuk lebih dekat dengan-Nya.

Untuk malam ni, itu saja.. :'(
Sayunya hati nak tinggalkan rumah lagi.
Ana rindu ummi, abah, adik-adik ana, famili ana.. :'(
Rindu juga dengan sahabat-sahabat di UMT.

Allah, campakkanlah ketenangan di dalam hatiku.

p/s : Malam ni rasa gelisah sangat. Tak nak pergi UMT.. :'( kalau boleh.. tapi tak boleh! Kena kuat. 
Be strong. Selalu, kalau malam sebelum pergi UMT, ana akan tidur lewat, pastu pergi bilik ummi, tenung ummi puas-puas. Tengok adik ana puas-puas. :'( (Rahsiakan benda ni dari ummi & adik-adik ana. Ana malu. Jangan diorang baca blog ni sudah.. :)) Airmata pulak sibuk nak keluar tengok ummi jugak. Ah, ni yang tak boleh blah ni. Ana muslimat gagah. Muslimat gagah tak boleh senang-senang nangis, kan? :'( heh, kata siapa? Biarlah. Setiap orang ada cara sendiri. huhu..

Uh, ini semua poyo! 

Dah-dah... Lega, buat masa ni. 
Bimbang kembali. Bila fikir ada amanah sedang menanti. :'(
Kena semangat, na! Doakan ana ya sahabat-sahabat.

                                                                       Allahu'alam.


~^^~Subhanallah..Alhamdulillah..Laa ilahaillallah..Allahuakbar~^^~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Cutest Blog ^^,


Copyright© All Rights Reserved halaqahcinta-muslimah.blogspot.com