~أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله~

Sunday, August 25, 2013

~Buang egomu. Kau cuma hamba!~

Assalamu'alaikum wbt..

Rendahkanlah hatimu di hadapan manusia.
Rendahkanlah dirimu di hadapan Allah.

Kau bukan sesiapa.
Cuma lumpur hina bersalut dosa.
Kenapa begitu rasa bangga?
Atas kurniaan yang dipinjam sementara?
Rendahkanlah hati duhai hati.
Usah terasa dunia ini milikmu.
Makin kau kejar, makin tidak puas.
Kau mahu begitu?

Hati.
Dunia ini kelihatan besar sebelum engkau mendapatkannya.
Namun engkau akan mendapati ia kecil, setelah engkau mendapatkannya.
Tidakkah engkau tahu engkau telah tertipu?
Berdekah-dekahlah syaitan.
Engkau ditipu duniamu.
Tenggelam dalam kepalsuan yang bertamu.

Allah.. 

Kadang-kadang, kita tidak perasan, kita ditipu dunia. 
Tegar sekali dunia, ya? Mengapa kita ditipunya?
Hati, :'(
Bukan salah dunia, ia salah kita, kerana tidak mampu mengendali nafsu. 
Ya Allah, moga dijauhkan dunia dari hati hamba-Mu ini.
Aku tidak kuat tanpa-Mu Rabbku. :'(

Nafsu.

Ayuh ikatnya dengan puasa. Masih di bulan Syawal, jadi kita masih berpeluang puasa enam.
Moga ia dapat mentautkan hati kita untuk lebih dekat dengan-Nya.

Untuk malam ni, itu saja.. :'(
Sayunya hati nak tinggalkan rumah lagi.
Ana rindu ummi, abah, adik-adik ana, famili ana.. :'(
Rindu juga dengan sahabat-sahabat di UMT.

Allah, campakkanlah ketenangan di dalam hatiku.

p/s : Malam ni rasa gelisah sangat. Tak nak pergi UMT.. :'( kalau boleh.. tapi tak boleh! Kena kuat. 
Be strong. Selalu, kalau malam sebelum pergi UMT, ana akan tidur lewat, pastu pergi bilik ummi, tenung ummi puas-puas. Tengok adik ana puas-puas. :'( (Rahsiakan benda ni dari ummi & adik-adik ana. Ana malu. Jangan diorang baca blog ni sudah.. :)) Airmata pulak sibuk nak keluar tengok ummi jugak. Ah, ni yang tak boleh blah ni. Ana muslimat gagah. Muslimat gagah tak boleh senang-senang nangis, kan? :'( heh, kata siapa? Biarlah. Setiap orang ada cara sendiri. huhu..

Uh, ini semua poyo! 

Dah-dah... Lega, buat masa ni. 
Bimbang kembali. Bila fikir ada amanah sedang menanti. :'(
Kena semangat, na! Doakan ana ya sahabat-sahabat.

                                                                       Allahu'alam.


~^^~Subhanallah..Alhamdulillah..Laa ilahaillallah..Allahuakbar~^^~

Saturday, August 24, 2013

~Bedah Buku~

Assalamu'alaikum wbt..

Ada satu cerita seram. Mesti baca dengan serius.
Hah Bedah, pergi bedah buku tu! Bisik satu suara.
Lalu Bedah melangkah longlai. Pen di tangan kanannya. Chopstik di tangan kirinya.
Kenapa chopstik?Ah, entahlah Bedah tuh..
Ok sambung cerita!
Bedah melihat buku di hadapannya kini. Matanya dikecilkan sedikit. Takut-takut buku tu lari sebab Bedah nak bedah buku. Bedah melihat tajuk buku tersebut.

"TIP & TRIK USRAH"
Syed Faiz Syed Mahmad
Yusry KRU Yusopp

Bedah membelek-belek buku tersebut dan dia telah terjumpa format membedah buku! 
  
Cadangan format bedah buku yang telah dijumpai Bedah : 

1. Latar belakang penulis
2. Latar belakang waktu buku ditulis
3. Ringkasan buku
4. Isi-isi penting
5. Kelebihan dan kekurangan buku tersebut

Bedah mengangguk-angguk sendiri. Begitu caranya ya membedah buku..
Bedah mengerti sekarang. 

Hurm, maafkan ana atas ketidakmatangan tersebut. Saja ja tu. :)
Sekarang, dah tahu format untuk bedah buku? ^^
Dulu, ana tertanya-tanya jugak, macam mana ya orang bedah buku..
Selalu dengar istilah tu. :) Sahabat-sahabat pun ada beritahu juga pasal bedah buku ni,
tak tahu pula ada format.. 
Formatnya tu, untuk memudahkan kita ja. Nampak sedikit tersusun. :)
Takpa, yang penting, kita faham isi kandungan buku tu kan?
InsyaAllah..

Yang kat atas ni dah habis bedah? Allahu.. InsyaAllah kita sama-sama usaha habiskan yang ni.. :)

Sumber : 
Buku Tip & Trik Usrah (Syed Faiz Syed Mahmad & Yusry Yusopp)

Esok, dah nak pergi UMT. InsyaAllah, ana kena tajdid (perbaharui) niat ke sana.
Walaupun rasa berat sangat. Allah. Astaghfirullah.
Tak sepatutnya rasa macam tu, kan? :'(
Penawar hati kita bila rasa berat nak berjuang.. 
At-Taubah : 41
Cepat belek Al-Quran sekarang! ;)

Okeh, tu saja untuk kali ini. :)

Allahu'alam. 



~^^~Subhanallah..Alhamdulillah..Laa ilahaillallah..Allahuakbar~^^~

Friday, August 23, 2013

~Aku berada di dunia manusia,bukan malaikat!~

Assalamu'alaikum wbt..




Berhenti menyalahkan orang lain.
Berhenti mengharapkan kesempurnaan.
Berhenti mencari keburukan insan.

Kenapa, ya? Sukar sekali kita untuk melakukan hal-hal yang di atas?

Kita selalu inginkan yang terbaik (menurut kita).
Kan? (atau ana yang perasan sensorang? uhuk.)

Bila sesuatu yang kita inginkan itu, tidak mengikut kehendak kita,
Mulalah mencari 1001 keburukan, permasalahan, perbalahan, kesalahan. (huh..macam2..)

Allahu.. Kenapa begitu?

Itu sebabnya, kita tidak dapat melihat hikmah setiap kejadian.

Orang selalu marah, bila dia tak dapat apa yang dia inginkan.
Orang juga selalu marah bila orang lain tak buat seperti yang dia mahukan.

Nak tahu itu apa?

Itu kesedaran keegoan! Merasa diri sendiri betul.
Kita tak nampak apa yang Allah cuba sampaikan. :'(

Kalau orang yang hatinya terang disinari cahaya keimanan,
Bila apa yang dia inginkan tidak seperti yang diharapkan,
Dia mencari hikmah setiap kejadian.
Dia bersangka baik dengan tuhan.
Tidak pernah dia mengeluarkan keluhan.
Kerana di hatinya cuma ada keikhlasan.
Keindahan pekerti yang mempesonakan.

Allah.. Hebat insan begini, ya!

Ana nak jadi macam tu. Ana nak kita semua jadi macam tu.
Kalau diizinkan Dia. Moga Dia tidak jemu mencampakkan hidayah-Nya kepada kita.
Allahumma ameen.

Rasa diri sendiri betul.

Pernah ke kita rasa benda ni?
Hurm, itu cara Allah menguji hamba-Nya. :'(

Sabar je lah. Bila ada dalam diri kita perasaan tu, kita kena cepat-cepat istighfar.

Kena cari hikmah, bukan hanya tahu mentohmah.
(erk, ada ke perkataan mentohmah tu? Ah, maafkan aku cikgu Rokiah! <--Cikgu BM ambe nih. )

Kita berada di dunia manusia yang banyak sekali kekurangannya.
Bukan dikelilingi malaikat yang baik sekali tingkahnya.

Mungkin apa yang dia tidak mampu, kita mampu.
Mungkin apa yang dia mampu, kita tidak mampu.

Kita hidup untuk saling melengkapkan, bukan?

Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah.

Maafkan andai ada kekurangan ana yang tidak dapat dielakkan.
Maafkan juga andai kalian merasa diri ini menunjuk pandai.

Allahu. Sesungguhnya banyak sekali aib hamba yang ditutupi-Nya.

Moga ada reda-Nya pada kita. Ameen.

Allahu'alam.




~^^~Subhanallah..Alhamdulillah..Laa ilahaillallah..Allahuakbar~^^~

Thursday, August 22, 2013

~ Ribut ~

Assalamu'alaikum wbt..

Terlalu lama rasanya tidak mengukir bicara di sini.
Kekok pula terasa. :) Kekadang, perasaan ingin menulis di blog ni ada, cuma tidak kuat, seperti dahulu..
Futur (putus asa) daripada menulis? Hurm.. tidak begitu sebetulnya. Cuma banyak meluah kata di 'facebook' mungkin. :) Kalau tidak di sana, diary menjadi sasaran. Yang penting, menulis. :)
Sekarang ni cuba nak mula menulis di blog ni balik walaupun tahu akan keterbatasan waktu nanti. :)

Asal ana rasa skema je menulis nih? eheh.
Tuh bila mood sastera datang balik. hui..
Oh, abaikan. ;)

Haa..kenapa ribut?
Kenapa?! Kenapa?! Kenapa?! ( 3 kali baru afdhal..heheh. )

Takda la..
Malam semalam ribut, malam ni pun ribut..

Tiba-tiba hati terasa sesuatu.
Mungkinkah ini peringatan-Nya buat kita?

Saat melihat kilat yang sabung-menyabung di dada sang langit, hati terasa gentar.
Kala mendengar suara guruh yang bagai mengegar gegendang telinga, jiwa terasa gerun.
Pepohon pula bergoyang ketika disapa keras oleh sang angin.
Sungguh, terasa takut.

Hati menjadi bimbang.

Tetapi aneh.

Jika kita tidak merasakan demikian.
Perasaan takut itu tidak langsung kita rasai.

Kenapa, ya?

Allahu..

Mungkin kita terlalu banyak dosa. :'(

Jadi?

Jom, istighfar.

Bukankah istighfar penghapus dosa? :'(



Moga kita sentiasa menjadi insan yang selalu menuturkan istighfar di bibir mahupun di hati.

Allahumma ameen.

 Moga Allah reda.

Allahu'alam.

 


~^^~Subhanallah..Alhamdulillah..Laa ilahaillallah..Allahuakbar~^^~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Cutest Blog ^^,


Copyright© All Rights Reserved halaqahcinta-muslimah.blogspot.com