~أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله~

Thursday, May 24, 2012

~Sanah helwah adikku!~

Assalamu'alaikum wbt!

Sanah helwah adikku!~Nurul Hidayah Binti Razali untuk kali ke-14..!
http://matcuoi.com
Waah! Ingat..kamu suda tua tauk!
Walaupun kamu tua.. sebenarnya saye lah yang lagi tua..  hehe.. sebab saye kakak kamu.. http://matcuoi.com
Jangan salah tafsir pape ye.. sebab saye sangat happy jadi kakak kamu.. jiddan! jiddan!

Okey, sedih jugak bila tak dapat wish face to face dengan kamu..
Tapi kamu tak ada jugak kat rumah.. Sebab kamu duk kat asrama.. saye pulak kat Seremban..uhuu~

Entri ni special made untukmu.. Made in my heart tauk..Rindu la budak nih.. adess..

Khas untukmu, adikku..
~Nurul Hidayah..moga hatimu sentiasa disinari cahaya petunjuk dari Yang Esa.. ameen..~
~Senyum..senyum..alalala..comel..haha~

Bismillah..

Duhai adikku..
Hari ini telah genap 14 tahun engkau menghirup udara milik Allah..
Penglihatanmu, menggunakan mata yang juga milik Allah..
Pendengaranmu, menggunakan telinga  yang dikurniakan Allah..
Percakapanmu, menggunakan bibir dari Allah..
Perbuatanmu, menggunakan segala-galanya milik Allah..
Bersyukurlah adikku!

Duhai adikku..
Bertambahnya umurmu, maka bertambahlah tanggungjawabmu..
Bertambah tanggungjawabmu, maka bertambah ujianmu..
Namun, tetapkan dirimu seorang menjadi wanita solehah,
Yang sentiasa tabah mengharungi mehnah..
Itu, harapanku padamu..
Jangan lelah dengan dunia yang palsu adikku..
Bertahanlah..kerana bahagia akhirat pasti menyusul dirimu..

Duhai adikku..
Aku ingin kamu berterima kasih kepada kedua ummi dan abah juga..
Dengan asbab mereka, engkau lahir ke dunia..
Tanpa mereka, siapalah kita..
Maka bersyukurlah sekali lagi adikku..

Duhai adikku..
Redha Allah ada pada redha keduanya.. 
Aku ingin kita mendapat redha-Nya..
Aku ingin kita semua berpimpinan tangan ke syurga-Nya..
Ya! Bersama memimpin ke jalan syurga..
Aku rebah, engkau menyokongku..
Engkau rebah, aku mendokongmu..
Jika sama-sama rebah, bergandingan untuk bersatu..
Kerana kamu adikku, dan aku, kakakmu..

Nukilan hati kakakmu,
Nurliyana Nasuha Binti Razali
11.36 pm
23.05.2012

Okey, itu untuk kamu..
Be strong ya! Perjalanan hidupmu mungkin lebih panjang, jadi jangan siakan ya!
Ingat Allah selalu adikku..
Kalau kamu rasa susah mengingati Dia..
Bacalah al-Quran, solatlah dengan khusyuk..Ingatilah kematian.. Cari hatimu di situ..

Okey.. kamu xhomesick kan kat sana? Jangan seperti saye.. Elok2 belajar, pindah sebab homesick.. haha..
Orait..dah tiba masanya! jadi orang terakhir bilang sanah helwah sama kamu.. hihik..

Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan adikku hidayah..
Allah selamatkan kamu..
ameen ya Rabb.. :)

http://matcuoi.com

Okey..assalamu'alaikum wbt! papai!



~^^~Subhanallah..Alhamdulillah..Laa ilahaillallah..Allahuakbar~^^~

Wednesday, May 23, 2012

~Warkah Adik..~


Bismillahirrohmaanirrohiim..

Hari itu sepatutnya hari konvokesyen abang. Tepat-tepat hari itu..
Tapi, hari itulah akhirnya abang Amar 'lelap' jua - tepat setelah azan Asar kedengaran dari masjid.. Setelah abang kelihatan penat yang tersangat. Ibu hanya mampu menitiskan air mata jernih. Dia telah lama redha, dan menerima semua yang berlaku ini.

Saat itu juga aku hanya cuba menahan air mata.. Cuba kuatkan hati untuk memujuk ibu, bagi semangat kat ibu. Aku hanya mampu memeluk ibu, tak mampu berkata-kata walau sepatah. Kerana aku bimbang yang keluar bukan suara, tapi air mata. Tapi akhirnya aku tak mampu tahan.. Aku pun menangis sama.
Teringat semula waktu abang mula-mula jatuh sakit dulu..

Waktu tu abang dah semester akhir. Baru balik dari cuti raya puasa. Mula-mula dia terjatuh sikit dan kakinya membengkak. Abang ingat cuma biasa-biasa je tapi lepas 2 hari dia rasa makin sakit. Bila doktor periksa, baru abang tahu abang ada mengidap kanser.. Kanser tulang. Sebelum ni memang abang tak sangka, walaupun dia memang selalu je sakit-sakit terutama waktu malam.

Waktu tu doktor kata penyakit abang dah lama.. Dah masuk tahap kedua, bahaya. Sebab sel darah abang dah banyak tercemar disebabkan kanser tu. Sebab tu abang mudah rasa lemah dan sakit kalau terjatuh atau terlanggar sesuatu. Tapi abang langsung tak sedar semua tu. Doktor kata lagi, abang hanya ada 'tempoh' kurang 6 bulan je lagi. Itu pun kalau buat kemo.

Abang redha bila tahu benda tu tapi dia tak terus bagitau kat ibu dan aku, atau kawan-kawan dia. Kami cuma tiga beranak, ayah dah lama takde. Sebagai anak sulung dan harapan keluarga, pasti abang pun celaru masa tu. Tu sebab seminggu dia berkurung je dalam bilik. Lepas tu baru dia ambik keputusan untuk habiskan baki PSM dia, sebelum balik kampung.

Semua ni abang cerita pada kami setelah beberapa lama dia balik kampung, 2 bulan sebelum abang meninggal. Dia kata, mujur ada seorang ustaz yang banyak membantu dan bagi semangat pada dia. Pada peringkat awal abang hanya cerita masalah dia pada ustaz tu saja.
"Ustaz, saya dah tahu bila saya akan pergi.. Tapi saya sangat takut, saya tak sedia ustaz.."
Kata ustaz tu, "Amar, sebenarnya enta sangat beruntung.. sebab Allah pilih enta dulu untuk jadi tetamu dia, tak lama lagi. Lebih awal dari orang lain, dari kawan-kawan, dari ana.. Malah Dia dah bagitahu enta bila waktunya, supaya enta boleh bersedia..".

Kata-kata itulah yang memberi kekuatan kepada abang. Abang berjaya siapkan PSM dia kerana waktu itu abang masih boleh bekerja. Bila pulang ke kampung, abang nampak kurus sangat. Tapi dia ceria je.
Abang memang nampak lain. Dia lembut sangat dengan ibu, buat saja apa yang ibu minta. Abang pun baik sangat dengan aku, manjakan aku sebagai adik perempuan lebih dari sebelum ni. Abang luangkan banyak masa dengan kami. Aku pun hairan kenapa abang tak nak cari kerja cepat-cepat.. Dia pun banyak bersolat dan mengaji, ajar aku mengaji.. Boleh katakan setiap kali kalau aku terjaga malam, aku nampak abang sedang solat.

Tapi lama-lama abang nampak makin lemah.. Badan abang makin kurus, muka selalu pucat. Selalu ulang-alik hospital. Dan akhirnya suatu masa abang dah terlalu lemah, tak mampu bergerak. Abang hanya terlantar di hospital. Masa itu la abang ceritakan semua ni. Ibu pensan masa tu. Ibu tak sangka sangat dia hanya ada lagi 2 bulan untuk bersama-sama abang. Abang berkali-kali minta ampun kerana baru bagitahu. Abang cuma tak mahu kami bersedih je. Biarlah abang tanggung dulu rahsia tu..

2 minggu terakhir, abang minta untuk pulang dan berehat di rumah je. abang kata, kesian kat ibu dan aku hari-hari bermalam kat hospital. Abang dah tak mampu solat macam dulu, susah untuk solat. Nak simpan air wudhuk pun bukan senang. Tapi abang langsung tak pernah tinggalkan solat. Malah sewaktu kat hospital pun dokotr puji abang. Katanya susah nak cari pesakit yang sangat menjaga solat dia dalam keadaan macam tu..
Pada hari abang nak 'pergi', abang ada bagitahu ibu yang nanti petang sebelum Asar, ade tetamu nak datang. Abang beria-ria cerita malam sebelum tu abang mimpikan seorang lelaki bejubah putih datang kepada dia. Dan memang betul, ada tetamu yang datang. Abang kelihatan sangat gembira melayan mereka walaupun dia sangat sukar untuk bercakap. Tapi ibu langsung tak melayan tetamu tersebut. Bila tetamu itu pulang, abang hairan dan bertanya kepada ibu kenapa tak tegur tetamu tadi..

Ibu hanya jawab, ibu sebenarnya tak dapat lihat pun tetamu tersebut! Tapi ibu yakin anaknya itu sedang menerima tetamu yang istimewa. Jadi ibu tidak menganggu abang waktu itu. Ya Allah hebatnya abang, menerima tetamu yang istimewa itu..

Akhirnya abang Amar 'lelap' jua - tepat setelah azan Asar kedengaran dari masjid.. Setelah dia kelihatan penat yang tersangat. Ibu hanya mampu menitiskan air mata jernih.
Tak lama selepas itu, ketika jenazah abang sedang diuruskan, ramai yang datang dari jauh.. Yang aku langsung tak kenal. Ramai! Kemudian ada seorang pakcik menghampiri ibu dan memperkenalkan dirinya adalah ustaz yang abang pernah ceritakan..

Kata ustaz, arwah abang memang seorang yang sangat baik, menjaga solat, ramai kawan.. Ketika membuat PSM dulu, setiap kali buntu cari penyelesaian, abang akan solat sunat 2 rakaat untuk mohon pertolongan Allah. Begitu sekali abang menjaga hubungan dan pergantungannya kepada Allah.
Katanya lagi, awal pagi tadi abang ada menghubunginya dan ceritakan tentang mimpinya semalam. Ustaz tahu bahawa masa abang dah sampai. Terus saja ustaz datang dari Johor, setelah selesai majlis konvokasyen dan mendapatkan sijil ijazah abang. Tapi beliau terkilan sebab akhirnya terlewat, tak sempat jumpa abang.. Sebelum beransur pulang, ustaz pun menghulurkan ijazah itu kepada ibu, berserta sepucuk surat. Katanya surat itu dijumpai oleh seseorang dalam bilik abang di kolej dulu..

5 Oktober 2010
Buat Ibu,
Salam sayang dari Along di sini
Salam rindu, peluk dan cium dari Along untuk ibu
Sungguh Along sangat perlukan ibu waktu ini
Tapi Along tak sanggup berkongsi kesedihan ini dengan ibu
Ibu, Along sangat-sangat lemah waktu ini
Along sangat buntu untuk fikir apa jadi lepas ini
Along tak sanggup tinggalkan ibu dan adik
Along sangat takut hadapi semua ni
Ibu, hari ni Along dah tahu
Hidup Along dah tak lama lagi
Along dah tak punya banyak waktu
Untuk berbakti pada ibu dan adik
Ibu, tiada apa-apa lagi Along mampu hadiahkan
sebagai tanda perpisahan kita nanti
Tapi Along akan cuba sebaik mungkin
Untuk hadiahkan Ijazah Along untuk ibu
Ibu, Along mohon ampun pada ibu
Atas semua dosa Along selama ini
Doakan Along diberikan kekuatan selalu
Dan redha dengan apa yang berlaku
Salam sayang dan kasih yang tersangat-sangat untuk ibu dan adik,
AMAR.
AA034249 

Aku bacakan surat ni untuk ibu. Ibu menangis lagi. Mungkin abang menulis surat ini sewaktu dia sangat sedih dan hilang semangat. Tapi akhirnya abang tak pos pun surat ni. Abang memang mahu ceritakan pada kami, tapi akhirnya abang tak sanggup..

Abang, salam sayang dan kasih yang tersangat-sangat juga buat abang. Maafkan juga salah silap adik.. Semoga abang bahagia menjadi kekasihNya di sana. Bersama air mata, kami kirimkan al Fatihah untuk abang...

P/s : Artikel ni ana copy paste tp lupa dari mana.. Syukran untuk penulis.. setiap kali baca ni mesti leleh air mata.. huhu.. oke, tata.. :)


http://matcuoi.com








~^^~Subhanallah..Alhamdulillah..Laa ilahaillallah..Allahuakbar~^^~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Cutest Blog ^^,


Copyright© All Rights Reserved halaqahcinta-muslimah.blogspot.com