~أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله~

Saturday, January 21, 2012

~Sakit...~

Bismillahirrahmaanirrahiim..
Mood : Teringin menulis cerita pulak.. Hayatilah ya!


Hatiku resah. Gelisah tatkala sepasang anak mataku menjatuhkan pandangan kepada sepasang kekasih yang sedang duduk di sebuah meja yang pada asalnya berfungsi sebagai meja belajar namun disalah gunakan oleh sesetengah pihak untuk menjadi 'meja maksiat'.

Jiwaku berkocak lagi bila memandang lelaki itu sedang memicit-micit perlahan kepala si perempuan. Air mataku bergenang. Allah..Allah..Allah.. Aku menyebut kalimah penguat itu di dalam hati. Aku teragak-agak mahu tegur atau tidak? Hatiku sakit! Sakit sangat bila melihatnya. Sakit hatiku bukan kerana cemburu. Sakit hatiku bukan kerana aku tidak dapat melakukannya. Sakit hatiku memikirkan apakah perasaan Rasulullah SAW saat melihat umat akhir zaman yang dikasihi baginda tidak segan silu melakukan maksiat. Teringat pula aku akan sebuah hadis nabi Muhammad SAW.

Sabda Baginda SAW: “Sesiapa yang menghadapi masalah ini (dosa lampau), maka hendaklah memohon supaya ditutup oleh Allah SWT.” (Hadis riwayat Malik dan Hakim)

Tapi mereka? Mereka tanpa segan silu membuka aib sendiri. Melakukan maksiat bermakna menzalimi diri sendiri. Islam mengharamkan segala bentuk kezaliman dan mereka bagaikan bangga memperlihatkan kepada orang sekeliling bahawa mereka telah melakukan maksiat. Apakah mereka bangga menzalimi diri sendiri? Zalimnya mereka..!

Astaghfirullah! Apa ni Zahra? Kenapa bersangka buruk dengan mereka? Kenapa kau hukum mereka begitu? Kenapa kau hanya berkata-kata di dalam hati? Itu sahajakah tanggungjawab kau? Mungkin mereka tidak tahu dan itu menjadi tanggungjawab kau untuk memberitahu mereka apa yang tidak mereka ketahui.

Jangan hanya menjadi penghukum wahai diriku. Lihatlah semua orang dari kaca mata dakwah. Mereka perlu dibimbing. Tapi.. Arggh! apa yang perlu aku buat ni? Layakkah aku tegur mereka? Macam aku ni baik sangat. Allah! Ujian apa ini? Hatiku sakit ya Allah! Tapi aku tidak berdaya membuat sesuatu untuk mereka. Apa yang aku mampu ya Allah? Hanya berdoa? Allah..Aku ingin sekali menjadi mukminah yang kuat. Yang tidak gentar untuk menegur meskipun aku mengetahui aku juga bukan insan yang sempurna. Berdoa juga salah satu usaha. Mencegah dengan hati.. Sesungguhnya itu selemah-lemah iman. Tapi seperti yang aku cakap tadi. Aku mahu menjadi mukminah yang kuat! Mukminah yang kuat perlu berani! Lantang bersuara apabila melihat sesuatu yang tidak 'ngam' dengan syariat yang ditetapkan Allah. Tapi..tapi..tapi.. aku bukan insan yang sempurna untuk menegur mereka!

Habis tu hendak tunggu kita sempurna dulu baru kita hendak tegur orang??? Andai begitu, tiada yang menegur pastinya kerana tiada manusia yang sempurna melainkan Rasulullah SAW! Satu suara menegur hatiku.

Mungkin ini tarbiah dari Allah. Untuk menguji sekuat mana imanmu wahai insan kerdil. Aku sudah mula bermonolog sendiri

Buat apa kau nak tegur mereka? Sudah! Lupakan sahaja. Nanti kau juga yang kena marah dek mereka. Cepat pergi dari sini. Kau ada banyak kerja lain lagi hendak buat. Sekarang ni, kau nak beli sarapan, kan? Cepatlah pergi. Nanti sarapan habis! Ahh... Mereka pandai-pandailah hendak hidup. Mereka semua kan sudah besar. Sudah tahu yang mana baik dan yang mana buruk. Kau tidak perlu menyusahkan diri kau memikirkan mereka. Buat sahaja hal kau. Sudah! Pergi cepat! Pergi cepat!

Kakiku mula mengorak langkah ke kafetaria kolej meskipun wajahku masih keruh memikirkannya. Ya, mereka bukan sesiapa padaku. Aku tidak mengenali mereka pun!

Astaghfirullah! Apa kau buat ni? Tidak sempurna iman seseorang selagi dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri. (Riwayat Bukhari & Muslim). Ahrghh.. Aku memegang kepala yang semakin berdenyut-denyut. Entahlah..setiap kali aku melihat lelaki dan perempuan muslim berdua-duaan, kepalaku akan terasa sakit. Hatiku apatah lagi. Allah..Bantulah hamba-Mu ini..

Aku perlu melakukan sesuatu! Ya, aku perlu.. Aku tidak akan membiarkan mereka terus begitu tanpa pencerahan. Aku perlu melakukan sesuatu.. Ya Allah, kuatkan hatiku.. Ameen.



p/s : Bismillah..insyaAllah cerita ini akan disambung. 'Aku' di dalam cerita ini bukan sesiapa. Sekadar menyelami rasa, insyaAllah. Mohon teguran membina jika ada untuk membaiki gaya penulisan ana. Semoga bermanfaat ya! Ambillah jika ada yang baik. Syukran sahabat.. Jangan lupa doakan ana ya! :)


~^^~Subhanallah..Alhamdulillah..Laa ilahaillallah..Allahuakbar~^^~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Cutest Blog ^^,


Copyright© All Rights Reserved halaqahcinta-muslimah.blogspot.com