~أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله~

Friday, December 7, 2012

~Seorang lagi Sepupu Meninggal :'( ~

Bismillah..
Assalamu'alaikum wbt..

Jam 6.55 petang. Satu mesej masuk. Daripada ummi.
'' Assalamu'alaikum.. Tadi Abe ** meninggal.. Pukul 6.15 petang sakni (tadi). Sedekahlah al-fatihah atau yasin, moga roh arwah dicucuri rahmat. Amin..''


Innanillahi wa inna ilaihi raaji'uun.

Ana terkedu. 6.15 petang tadi. Apa yang ana buat tadi? Baru lepas makan..dan saat itu, satu nyawa telah ditarik malaikat Izrail.. Sepupu ana sendiri.. Astaghfirullah. Mungkin saat ana menaip post ini juga, berapa banyak roh yang telah terpisah daripada jasadnya.

Arwah sepupu ana, sangat baik. Mempunyai seorang isteri dan tiga cahaya mata menerangi hidup mereka. Hidup mereka bahagia hingga suatu saat, ketua keluarga itu diuji dengan satu penyakit. Kanser. Tapi dia kuat melawan penyakit tu. Sihat kembali. Kata ibu saudara ana, sejak diuji dengan penyakit tu, abe ** semakin mendekatkan dirinya dengan Allah. Tahajudnya..istiqamah. Sedekahnya..berterusan. Hingga si ibu mengaku amalnya tidak sebanyak si anak. Perkara ni sangat terkesan dalam diri ana sendiri. Kerana bila melihatnya yang sentiasa tersenyum, hati ana tenang. 

Sihatnya tidak lama. Dia diuji lagi. Allah..kali ini dengan lumpuh separuh badannya. :'( Ana terkejut mendengar khabar dari ummi. Lalu waktu cuti yang agak panjang hari tu, ana melawat dia di rumahnya di Kuantan bersama keluarga dan sanak saudara. 

Ana melihat keadaannya. Tubuhnya yang dulu tegap kini semakin kurus. Wajahnya tidak seperti dulu. Begitu juga kudratnya. Sayu rasa hati. Ummi dan ibu saudara yang lain menitiskan air mata. Ana turut sebak. Mereka bergilir-gilir membaca al-Quran di sebelah dia. Ana lihat isterinya, kak An.. Tidak jemu menjaga suaminya. Moga syurga tempatnya, in shaa Allah..

''Abang, tengok diorang pakai baju merah sedondon. Takpe bang, nanti kita pakai baju warna sedondon juga ya!'' Kata si isteri. Masih lagi mencari ruang berbicara dengan suaminya. Ana kagum melihat kesabarannya yang tinggi. Pernah kak An bercerita, anak keduanya yang berumur 10 tahun kalau ana tak silap (lelaki) merajuk dengan suaminya kerana tidak bersalam sewaktu hendak ke sekolah.

''Ummi, kenapa abah tak nak salam Akif..?'' Tanya si kecil. 
Kak An segera menjawab, ''Bukan abah tak nak salam, abah sakit tu..''

Ketika menapak ke dalam rumah, ana terbaca sesuatu pada satu kad tulisan tangan berhias yang dibuat anak-anaknya dan dilekatkan pada dinding.

"Selamat Hari Ibu! Semoga ummi sentiasa cantik. Semoga ummi sentiasa jaga abah."
Ana sangat terharu membaca tulisan anak mereka. Luahan rasa yang terzahir dari jiwa yang murni, menyentuh hati ini. :'(

Dan sekarang.. Abah mereka tiada lagi. Sudah kembali kepada penciptanya.
Ana harap anak-anak tersebut membesar dengan kasih sayang yang tiada tara dari umminya, in shaa Allah. Moga Allah merahmati mereka sekeluarga dan memberikan kesabaran serta ketabahan pada hati-hati mereka untuk berlapang dada menerima segala takdir dengan redha.

Harapan ana juga, moga arwah sepupu ana, ditempatkan dalam kalangan para solehin, in shaa Allah.
Dari-Nya kita datang, kepada-Nya kita kembali.
Sesungguhnya mati itu sebaik-baik peringatan..

Allahu'alam..



~^^~Subhanallah..Alhamdulillah..Laa ilahaillallah..Allahuakbar~^^~

Friday, November 30, 2012

~Aku Ingin Jadi Cahaya!~

Bismillah..
Assalamu'alaikum wbt..

Sekadar puisi ciptaan, coretan hamba hina.



Aku Ingin Jadi Cahaya



Tuhanku, dengarkanlah..
Aku ingin jadi cahaya.
Yang menerangi ummah akhir zaman dengan akhlak mulia.
Apa aku bisa?

Tuhanku, dengarkanlah..
Aku ingin jadi cahaya.
Yang sentiasa mendamaikan jiwa-jiwa yang ketandusan iman padanya.
Apa aku bisa?

Tuhanku, dengarkanlah..
Aku ingin jadi cahaya.
Yang ikhlas menebarkan cahaya dalam hati-hati manusia.
Apa aku bisa?

Tuhanku, Engkau Maha Mendengar.
Maha Melihat.
Jadikanlah aku, cahaya itu. Cahaya yang tidak jemu menerangi, itu..

Jom sahabat3! Sama-sama kita jadi cahaya itu..
Kita contohi cahaya yang paling terang antara cahaya, qudwah hasanah kita..
Rasulullah SAW..
Rasulullah, kami rindu.. :’(
Pada tabahnya hati yang sentiasa berdakwah.. Semuanya kau lakukan untuk ummatmu, demi Rabb-Mu..
Moga Allah jadikan hati kami, sekuatmu menghadapi mehnah. Sentiasa mentarbiyah dan siap ditarbiyah.
Ameen ya rabb..

Allahu 'alam..
Assalamu'alaikum wbt. 






~^^~Subhanallah..Alhamdulillah..Laa ilahaillallah..Allahuakbar~^^~

Tuesday, November 27, 2012

~Ana : Kerana Ukhuwah Fillah~

Bismillahirrahmaanirrahiim..
Assalamu'alaikum wbt..

Ya Allah..ajarkan hamba-Mu ini kesabaran.. :'(
Apa perasaan bila kita tahu sahabat yang sangat kita sayang cakap-cakap di belakang kita..?
Membuatkan kita dicela sahabat yang lain pula di belakang..?
Ya Allah..ana sangat sayang dia.. Benar-benar sayang..
Biarlah kalau dia menjauhi ana..Ana akan tetap mendekatinya..
Kalau bukan kerana ukhuwah FILLAH.. hubungan kerana ALLAH..
Ana mungkin tak kuat sampai sekarang..
Ana sayang dia..betul..tapi ana mungkin belum menyentuh hatinya lagi..
Mungkin terhijab dengan dosa-dosa yang ana lakukan..
Sahabat..maafkan ana andai dosa-dosa ini menjadi penghalang untuk ana menyampaikan nilai-nilai agama kepadamu..Risalah Rasul untukmu..Mengenalkan cinta Allah kepadamu..

Ya Allah..ajarkan hamba-Mu ini pengertian.. :'(
Ana akan cuba mengerti keadaannya..
Ana akan terus menunggu dan menunggu sehingga lembut hatinya..
Bisa menerima segala yang ana lakukan..
Allah..Hanya diri-Mu memahamiku..
Mengerti apa situasi yang sedang berlaku..
Ya Allah..kuatkan aku..

Ana mengerti..Allah menguji, berlandaskan kemampuan hamba-Nya..
Ana yakin itu, dan ana yakin! Ana boleh hadapi semua ni andai hubungan ana dengan Allah terjaga..
Allah..dekatkan diriku dengan-Mu..

Biarlah..
Biarlah andai dia berasa lega setelah meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap ana kepada orang lain..
Andai itu bisa membuatnya bahagia, teruskanlah sahabat..kerana ana sudah memaafkan segalanya..
Ana cuba fikirkan segala jasanya kepada ana selama ni..

Dia sahabat yang baik.. 

Dan sungguh..ana redha.
Cuma kadangkala hati terasa sedih dan sayu tatkala melihat raut wajahnya.
Mungkin di hadapan ana, dia cuba berlagak biasa..tapi ana mengerti hatinya.
Meskipun begitu, sangka baik, ana cuba dahulukan..kerana itulah selemah-lemah ukhuwah.
Ana sayang sahabat ana..
Moga Allah beri hidayah-Nya kepada semua insan-insan yang ana sayang. In shaa Allah..
Ana harap, Allah lembutkan hatinya menerima segala kekurangan ana.

Allahu'alam..
Assalamu'alaikum wbt. 




~^^~Subhanallah..Alhamdulillah..Laa ilahaillallah..Allahuakbar~^^~

Monday, November 19, 2012

~Gaza..Maafkan aku!~

Assalamu'alaikum wbt..
Bismillah..
 
Kekejaman, tidak berhenti..
Meski bermandi darah.

Lagi dan lagi..
Ini bukan yang pertama kali..
Bukan juga kedua, ketiga..
Tapi sudah ratusan kali..
Anak kecil dibunuh.
Sudah ribuan yang syahid.
Allah.

Kekadang..aku takut..
Andai hati ini..
terasa itu biasa bagi mereka.
Biarlah mereka.
Aku di sini, bahagia.
Dengan facebooknya..
Dengan twitternya..
Dengan movie yang tak pernah habis..
Dengan lagu lagha yang tak pernah muak..
Janji aku bahagia.
Tiada istilah cakna.
Prihatin? Mungkin di mulut sahaja.


Wahai diri..Andai itu bahagia bagimu.
Engkau tidak layak digelar manusia.
Melihat saudara sendiri terseksa.
Tiada rasa apa-apa..
Apa..engkau berhati batu-bata?

 

Duhai hati..Kita punya hutang pada mereka..
Aku takut..
Akhirat nanti, mereka menuntut sesuatu daripada kita.
Apa? Apa?
Hak mereka..
Aku takut..takut..tapi aku rasa tidak berdaya..
Bibir menutur bicara tapi tindakannya?
Allah!
Hanya Engkau tahu segala!



Aku mahu hati kita lentur. Jangan keras. Tidak terlalu lembik hingga nafsu meraja. Tidak terlalu keras hingga syaitan nakhodanya. Terasa sesuatu bila melihat saudara kita di sana. Mereka perlukan kita.  Sekurang-kurangnya beri mereka doa.. Walau hanya sepotong doa. :'(






Ya Allah..lindungi saudara-saudara kami di Gaza, Palestin dan di mana-mana sahaja ya Allah. Ampuni aku yang berjiwa pengecut ini ya Allah. Kerana aku tidak mampu mengangkat senjata mempertahan diri dan keluarga di sana. Kerana aku tidak mampu melihat keluara sendiri dibunuh di hadapan mata. Allah..ampuni aku yang berdosa! Ampuni aku.. Ampuni aku.. :'((

 Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi SAW, yang bersabda : “Barangsiapa yang melapangkan seorang mukmin suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskan dirinya dari suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan di hari kiamat. Dan barangsiapa yang meringankan penderitaan seorang yang susah, nescaya Allah akan meringankan penderitaan dirinya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup keaiban seorang Muslim, nescaya Allah akan menutup keaibannya di akhirat. Dan Allah selalu menolong hambaNya, selagi hambaNya berusaha menolong saudaranya. Barangsiapa yang menuju satu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan memudahkan suatu jalan baginya ke syurga. Dan tidak berhimpun suatu kelompok manusia dalam suatu rumah dari rumah-rumah Allah, mereka membaca Kitabullah dan mempelajarinya antara sesama mereka, melainkan diturunkan ke atas perhimpunan mereka ketenteraman, diliputi oleh rahmat, di kelilingi oleh para Malaikat dan disebut Allah kepada sesiapa yang di sisiNya. Sesiapa yang dilengahkan oleh amalannya maka tidak akan dipercepatkan oleh keturunannya.” [Muslim]


Allahu'alam.. Moga Allah redha.







~^^~Subhanallah..Alhamdulillah..Laa ilahaillallah..Allahuakbar~^^~

Sunday, November 18, 2012

~Ana & Biodiversity~

Assalamu'alaikum wbt..
Bismillah..

Ana rasa dah lama ana tak post dalam blog ni.. sangat bersawang dan serabut aje, kan?
Jangan cakap 'yup'.. ai lempang yu all karang.. :D Guro3...ja..

Alhamdulillah..
Ana dah nak dekat 3 bulan kat UMT ni..
Banyak benda dah belajar..
Banyak benda dah jumpa..
Banyak istilah biodiversity dah ketemu..
Hurm..
Kesimpulannya, ana bahagia sangat dengan kos ni..buat masa sekarang la.. =.=''
Walaupun mid-sem test hari tu agak 'cemerlang'..ohoi.. sangat alhamdulillah.. ;)
Tapi ana gembira.. Enjoy sangat belajar biodiversity..

Tapi3 kan...

ce tengok citer ni dulu..

XX : Eh ana..lama tak jumpa.. :)

Ana : Ha'ah..lama kan.. ~^_^''

XX : Belajar katne sekarang?

Ana : Hehe..Belajar kat UMT.. Alhamdulillah..dekat je ngan rumah..

XX : Oh..Ambik kos apa?

Ana : Biodiversity..  (jawab dengan bangganya.. )

XX : Hah? Apa tuh? Nanti keluar kerja apa? Senang ke dapat kerja..? *bermacam soalan da keluar..

Ana : Err..Err.. *Garu3 kepala fikir camne nak explain kat orang3 ni.. Haish!* Erm..macam-macam boleh.. pensyarah boleh..pegawai penyelidik boleh..macam-macam.. banyak lagi la peluang pekerjaannya sebab ni bidang baru.. **eheh..memandai tibai je ana nih..

So what? Hurm..Macam tulah reaksi yang budak2 biodiversity @ bioD dapat bila ditanya kos apa..
Hampir semua mengaku begitulah reaksi mereka bila kami mengadakan mesyuarat agung bioD kat cafe fst baru3 ini.. *ok..yang ni tak reka citer ea.. * ==''
Dan kami telah sepakat untuk memberi jawapan yang boleh ''senyapkan'' mulut3 diorang sume ni.. HAHAHA..*gelak jahat..*

XX : Eh ana..lama tak jumpa.. :)

Ana : Ha'ah..lama kan.. ~^_^''

XX : Belajar katne sekarang?

Ana : Hehe..Belajar kat UMT.. Alhamdulillah..dekat je ngan rumah..

XX : Oh..Ambik kos apa?

Ana : Biodiversity..  (jawab dengan bangganya.. )

XX : Hah? Apa tuh? Nanti keluar kerja apa? Senang ke dapat kerja..?
        *bermacam soalan da keluar..
 
Ana :O..jadi SAINTIS pun boleh.. *Dalam hati,ketawa...                Hahaha..Amekaw!

XX : Hah?? Jadi saintis?? WoWW! *Sambil mata terbeliak.. tapi tak lama.. tetiba matanya tengok ana atas bawah atas bawah.. Haddhoi..dah kenapa pulak ni??*

XX :  Macam ni ke gaya saintis..? *Ambui ayat.. hehe..menikam ke qalbu den nih.. Ana cuma tersenyum..*

Ana : Eh..betullah.. Tak caya plak..Hahaha..

Macam3 hal lah kan..
Ingatkan dah senyap bila sebut saintis tuh.. tapi tak senyap2 jugak..
*dah orang ada mulut, cakap la kan..haha..
Haish.. Tapi reaksi muka dia xboleh blah betul la.. Lawak kot bila cakap kuar nanti boleh jadi saintis.. Lain sangat reaksinya bila akap jadi pensyarah ke..pegawai ke.. haha.. lucu betol.. :D

Kalau korang nak..cuba la test..
Eheh.. memang kos ai nih tak glemer mana kalau nak dibandingkan ngan kos3 hebat tuh..
tapi..kitorang ade nematodes, platyhelminthes, cnidaria..*ei!geli-geliman ana tulis nih..*haha..ko ada? ada?
Takde, kan? :)
                                Hehehe..cantik kan nematode.. :)
Sebab tu, banyak kos atas dunia ni..
Kita tak perlu banyak soal sangat pasal ni..setiap kos, ada keistimewaannya tersendiri..
Expert dalam bidang apa..
Takkan nak suruh budak medic kaji bumi?
Takkan nak suruh budak bioD bedah pesakit?
Takkan nak suruh budak perikanan buat bangunan?
Takkan nak suruh budak kaunseling jadi programmer?

kan?kan?kan? semua ada specialities kita tersendiri..
Setiap kita dikurniakan Allah kebolehan yang berbeza..
Bukan bermaksud tidak adil..
Tapi untuk mewarnai kehidupan kita ni..kan?
Alah..mana syok kalau semua sama..
Pastu tiada yang menyebabkan kita, special..tak best! tak best! :)

Jadi, bersyukurlah dengan apa yang kita dapat hari ini..
Kalau nak kenal pasti keistimewaan kita, sila3 lah buat taxonomic key untuk diri sendiri dan orang sekeling anda..haha.. memang best ah!
Bukan saja-saja Allah tetapkan kita dalam kos ni..
Bukan saja-saja Allah jadikan tiap sesuatu.. 

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka."(Surah al-Imran ayat 190 - 191)

Kalau tak suka kos kita sekarang..Ingat ayat Allah yang ni..

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah ayat 216)


Al-Quran..penawar sanubari kita..
Jom ambil iktibar.. :) In shaa Allah..
Allahu'alam..










~^^~Subhanallah..Alhamdulillah..Laa ilahaillallah..Allahuakbar~^^~

~Khas Untuk NIK ~

Assalamu'alaikum wbt..
Bismillah..

Duhai sahabat..
Jalinan ukhuwah ini..
Bukan sehari dua..
Sudah bertahun lama..
Bergantung kepada kita untuk mengekalkannya..
Begitu hebat ujian menimpa..


 

Taufan juga ada kadangkala..
Tapi kita saling menguatkan..
Namun sekarang, kita berjauhan..
Pelbagai kekangan datang lagi..
Persahabatan diuji acap kali..
Saya harap kita utuh berdiri..
Mengharungi mehnah dari Rabbi..


Duhai sahabat..
Andai saya menjauh,
Mungkin hati sedang tersentuh..
Awak faham saya, bukan?
sensitifnya, sekejap cuma..
Biar masa mengubat segalanya..
Biar iman menimbang tara..
Saya begitu turutkan rasa hati..
Mungkin sebab itu memakan diri..
Tapi saya tak sanggup biar persahabatan ini goyah lagi..
kerana landasan ukhuwah ini..
Terbina dengan iman sebagai paksi..



Duhai sahabat..
Saya sangat berharap..
kita bersahabat..
sampai ke syurga..
Awak maafkan saya?
Saya dah lapangkan hati saya untuk awak..
Sedar ujian untuk kita ini rencah kehidupan..
Tidak sentiasa sama..
Ada pasang surutnya..
Ujian untuk awak dan saya..
Mungkin berbeza..
Tapi saya harap cara kita kendalikannya,
biar iman jadi nakhodanya..
Jangan syaitan jadi kelasinya..


Duhai sahabat..
Saya rindu awak..
Saya minta maaf kalau selama ni,
Saya ada mengabaikan awak..
Jangan simpan dalam hati ya semua ini andai awak tak sukai..
Terus terang dengan saya..
Cakap dari hati ke hati..
Kerana saya yakin kita punya chemistry..
sentiasa serasi..
Dan kerana ukhuwah kita kerana Dia..Rabbi.. ♥

Uhibbuki fillah abadan abada..
Enti penguat ana..
Sahabat yang paling memahami ana, luar dan dalam..
Biar kita jauh, janji ada ikatan iman yang mendekatkan kita..
Jangan lupakan ana, ya?
InshaaAllah ana sentiasa ingat enti..
 

Ana sayang enti.. kerana Allah.. Wallahi..! ♥ :'(
Ana minta maaf ya.. enti maafkan ana? :'(

Entri ni..ana buat khas untuk enti, sahabat ana dunia akhirat.. :'(





~^^~Subhanallah..Alhamdulillah..Laa ilahaillallah..Allahuakbar~^^~

Friday, November 9, 2012

~Moga Aku Punya "WAKTU.."~

Assalamu'alaikum wbt..
Bismillah..

Pagi tadi, cuaca sangat hening..
Saya ke kubur arwah nenek..bersama ummi..
Ummi ambil surah yasin, baca..
Saya dengar suara ummi sebak bila baca..
Saya tengok ummi..
Air mata ummi mengalir.. :'(
Pada wajahnya terungkap selaut kesedihan..
Hati saya terasa sayu..
Pasti ummi terkenangkan saat dirinya bersama arwah nenek..



Saya tidak boleh membayangkan bagaimana rasanya berada di tempat ummi..
Hati saya menangis..
Saya lihat adik lelaki saya di sebelah..
Dia turut mengalirkan air mata.. Tapi laju tangannya mengelap air mata itu..
Mungkin hatinya juga dirundung pilu saat melihat ummi mengalirkan air mata..
Suara saya turut berubah. Sebak..
Sesungguhnya mati itu sebaik-baik peringatan..
Saya harap, saya punya 'waktu' untuk berbakti pada ummi dan juga abah.. Jasa mereka terlalu banyak.. Tidak terbalas.. :'(

Ya Allah, aku sayang ummi.. aku sayang abah..
Jadikan aku anak yang taat.. Berkati hidup mereka..
Sayangi mereka..Cintai mereka.. ♥
Allahumma ameen..

Selagi kita hidup, ayuh sayangi mereka..
Selagi mereka hidup, ayuh hargai mereka.. ♥

Allahu rabbi ♥




~^^~Subhanallah..Alhamdulillah..Laa ilahaillallah..Allahuakbar~^^~

Monday, September 10, 2012

~Nikmat yang baru disedari~

Bismillahirrahmaanirrahiim...
Assalamu'alaikum wbt..

Tadi ana dan sahabat-sahabat sebilik ana ke pantai belakang UMT..
Bahagia bersama diorang semua.. hehe insyaAllah, kenangan ini akan tersemat dalam hati ana, sampai bila-bila..
Alhamdulillah Allah kurniakan ana roommates yang baik-baik belaka.. alhamdulillah juga kerana doa ana nak roommmates baik-baik dimakbulkan Allah..


Hari ni, hari kedua ana dan sahabat-sahabat ana jalan-jalan di pantai UMT..
hari pertama jalan-jalan 2 hari yang lepas.. masa tu agak rushing, so tengok gitu-gitu aje pantai.. :)

Tapi hari ni, ana baru perasan yang ana ada bawak buku nota kecil milik ana..
Terasa mahu berpuisi tetiba..(uish..susah hilangkan tabiat ni.. mesti nak berpuisi bagai..nyampah x korang?haha..lantak lee...baca nih..tapi bukan sekadar baca..tapi hayati juga ya.. :)

~Nikmat yang baru disedari~


Menelusuri pantai permai itu..
Aku melihat laut yang luas terbentang..
Langit yang berdiri sendiri tanpa disokong tiang dengan kuasa Allah..
Tenang ku rasakan..

Batu-batuan yang kecil mahupun besar..
Pasti sedang bertasbih memuji kebesaran-Nya..
Burung-burung yang berterbangan di awan biru..
Tentu sahaja asyik dengan keindahan ciptaan-Nya..

Deruan ombak menghempas lagi..
Bagai menghempas sebuah ketenteraman di dalam segenap hati ini..
Bayu samudera pula berterusan menerpa pipi..
Membisikkan kalimah Maha suci Allah..
Lalu..ketenangan hati menyinggah lagi..

Aneh perasaan ini ya Allah..
Seaneh diriku yang sebelum ini tidak pernah terfikir tentang semua keindahan Ilahi ini..

Duhai pantai, terima kasih..kerana hadirmu,
menerbitkan sebuah kedamaian hati..
Yang kini, baru ku sedari..

Dahla tuh..
Alhamdulillah..sekian.. :)

Okeh, assalamu'alaikum wbt..




~^^~Subhanallah..Alhamdulillah..Laa ilahaillallah..Allahuakbar~^^~

Tuesday, August 14, 2012

~Anak ustazah?~

Bismillahirrahmaanirrahiim..
Assalamu'alaikum wbt..

'Cursor' bergerak mengikut rentak jemariku. Facebook. Ya, butang itu yang ku tekan. Seperti biasa, aku melihat-lihat halaman utama. Ingin mengetahui apa-apa berita terkini sekiranya ada. Mencari-cari perkongsian yang bisa mendatangkan pahala dengan izin-Nya. Namun, seketika aku terkedu. Gambar profil yang memaparkan salah seorang sahabat lamaku kini terhidang di hadapan mataku. Hatiku terdetik.

"Cantiknya rambut dia.."
"Make-upnya.. menawan sekali.."
"Pakaiannya..macam majoriti artis-artis sekarang..Sangat bergaya!"

Lantas ku tersedar..'Up-to-date'kah ini? Hati kecilku bermonolog sendiri.

Tanpa sedar, tubir mataku bergenang. Kolam kecil mula bertakung. Sebak tiba-tiba menakluki kerajaan hati. Air mata, menunggu masa membanjiri pipiku sahaja. Dalam diam, aku kagumi kecantikan sahabatku itu. Dalam diam juga aku menangisi kecantikan sahabatku itu.

Mengapa dan kenapa? Di mana silapnya?

Sahabatku Laila itu, suatu masa dahulu seorang yang sangat aku cemburukan. Dia cantik pada pandanganku. Suaranya merdu, lunak pada pendengaranku. Kami sama-sama di dalam sebuah kumpulan nasyid sekolah. Dia sangat pandai mengaji. (Waktu itu, aku boleh mengaji. Namun, mungkin tidak selancarnya. Hukum tajwid juga aku tidak ingat. Sungguh, aku jahil waktu itu.)

Suasana keluarganya juga solehah. Mamanya, seorang ustazah, bapanya juga seorang pendidik. Dia sangat dikenali di sekolahku kerana penglibatannya di dalam pelbagai aktiviti. Dia yang mengajarku bagaimana cara untuk terlibat dalam kegiatan sekolah. Dia mengajak aku memasuki pertandingan nasyid, tarian dan sebagainya. Meningkatkan keyakinan aku. Dia punya seorang abang dan kakak yang bijak. Punya adik-adik yang sangat comel kurasakan. Seseorang yang sangat aku minati sewaktu kecilku juga sangat menyukainya.

Meskipun cemburu, bagiku itulah bahagia.. Meskipun aku cemburu, tapi aku sayang kepadanya. Meskipun aku cemburu, sayangku padanya mengatasi rasa cemburu itu. Lagipun, ketika itu aku hanyalah seorang budak hingusan. Yang perilakunya, kurang sikap keperempuanan. Tomboi? Erm..tidak juga. Cuma aku biasa-biasa sahaja. T-shirt lengan pendek dan seluar trek berserta tudung yang diikat ke belakang, itulah pakaianku. Sukan? Bola tampar? Acara larian? Hoki? Itu kegemaranku. Baju kurung? Make-up? Ah..aku tidak suka perkataan itu. Boleh dikira berapa helai sahaja baju kurung yang aku punya. Make-up? Untuk gadis kecil sepertiku, aku tidak perlu. Sungguh, nampak macam perempuan. Err..walaupun aku sememangnya perempuan. Hurm..tapi itu semua, dahulu.. Ketika masih di bangku sekolah rendah. Aku tekankan, di bangku SEKOLAH RENDAH. Normal, bukan?

Jauh bezanya aku dengan sahabatku itu. Kemudian, keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) diumumkan. Alhamdulillah, kami sama-sama mendapat 5A waktu itu. Sahabatku itu dihantar ke sekolah agama dan kehendak ummi untuk menghantarku ke sebuah sekolah agama ku akur. Ya, aku belajar di sana. Tapi tidak lama. Setahun cuma. Namun, di sana aku didedahkan dengan suasana yang sangat indah kurasakan. Apa yang membentukku kini mungkin suasana di sana. Di sana, aku mula mengenali usrah ((keluarga) yang terdiri dalam kalangan sahabat-sahabatku sendiri dan kakak-kakak naqibahku.

Fitrah hati, suka pada kebaikan. Aku terikut-ikut dengan sahabat-sahabatku di sana. Tudungku, terasa janggal bila tidak labuh dan di atas dada. Kakiku, terasa aneh andai tiada yang membaluti. Pakaianku, terasa pelik tatkala persalinan ketat disarungkan pada tubuhku.

Di mana t-shirt lengan pendekku? Hanya sesuai di dalam rumah sahaja. Aku tidak lagi berani menyarungnya di luar rumah. Tidak aku nafikan, perubahanku itu ternyata dipengaruhi oleh kakakku yang mula berjinak-jinak dengan tudung labuh dan stoking kaki. Pada mulanya, ku fikir kaki itu bukannya aurat. Ternyata tidak tepat. Salah andaianku. Aku kadang-kadang ketawa dan ada kala sedih sendiri memikirkan diriku yang lampau. Jahil sungguh diriku. Astaghfirullahal'adhzim.

Setelah aku berpindah ke sekolah baruku yang lebih dekat dengan rumahku, alhamdulillah aku masih dipelihara Allah untuk terus istiqamah dengan tudung labuh dan sarung kaki. Di sekolah baruku itu, aku aktif bersukan, nasyid dan sebagainya. Walaupun menjadi salah seorang atlet sekolah, sedaya-upaya aku cuba menjaga auratku. Sehabis cara aku cuba menjaga pergaulanku. Ya, perlu ada batasan antara aku dengan mereka, lelaki asing bagiku. Aku ingin menjadi teladan kepada adik-adikku yang sangat aku sayangi. Mereka juga atlet sekolah. Aku tidak mahu mereka terikut-ikut dengan kebanyakan atlet yang lain. Tidak! Mereka amanahku. Aku cuba menjaga mereka. Pergaulan mereka cuba ku kawal. Fikiran mereka ku cuba terapkan dengan nilai-nilai Islam. Aku kakak mereka dan aku sangat menyayangi mereka.

Berkenaan nasyid? Pernah seorang sahabatku yang sangat prihatin menegurku.

"Awak..semua aurat awak dah cover. Tinggal satu aje lagi." Aku memandangnya yang sedang tersenyum.

"Apa dia..?" Soalku penuh minat.

"Suara awak.." Allah! Terasa bagai dihempuk fikiranku. Benar apa yang dikatakannya. Aku tersenyum kepadanya.

"Mungkin nanti.. Kita sama-sama doa ya.."
Ujarku seraya merapatkan diri dengannya. Dia tersenyum. Dia juga salah seorang ahli nasyid sekolah. Mungkin disebabkan itu aku agak rapat dengannya. Dia sedia maklum aku penyanyi utama nasyid, jadi suaraku tentunya lebih jelas, yang menimbulkan isu suaraku adalah aurat. Pernah aku meminta diajarkan bermain alat-alat nasyid kerana aku mahu mengelak dari menyanyi solo, tetapi guruku tidak membenarkanku. Aku memujuk hati agar dilupakan sahaja niatku untuk menyanyi. Suara itu aurat. Berkali-kali ku bisikkan di dalam hati. Namun syaitan dan nafsu lebih menguasai diri. Aku masuk nasyid lagi! Astaghfirullahal'adhzim.

Seterusnya, perjalanan kehidupan sekolahku diteruskan seperti biasa.

"Eh..siapa tu? Budak baru?" Kata-kata yang penuh dengan nada ingin tahu itu ku dengari. Aku mencari-cari figura budak yang tidak aku kenali. Semuanya terasa familiar sahaja.Pandanganku melihat sekeliling lagi.

Pantas mataku tertancap kepada seorang budak perempuan yang sebayaku. Celak menghiasi matanya yang indah. Agak singkat tudungnya sehingga bisa menampakkan singlet putih yang dipakainya di bahagian dalam. Uniform putih sekolah pula terlihat sendat. Kain disingkatkan hingga ternampak kaki yang disarung dengan stoking kaki yang pendek.

"Macam kenal sahaja.." Bisikku perlahan terhadap diriku sendiri.
"Laila? Lailakah itu?" Mataku cuba menganalisa dengan lebih tepat. Hatiku sedaya-upaya menidakkan. Tidak mahu percaya apa yang di hadapanku ketika itu.

"Siapa dia tu?"
"Oh..Kawan aku. Dia baru transfer sekolah kita. Dulu sekolah agama tu. Anak ustazah lagi."
"Cantiklah dia. Mesti ramai nak rebut dia lepas ni. Jeles aku! Hahaha.. Dia satu kelas dengan kau ke?"
"Iyalah.."
"Mesti nanti kau dah tak laku ni. Hahaha.. Nak lelong berapa kau ni? Barang lama..Antik!"
"Amboi kau sedap mengata aku. Kau pun sama aje. Berkarat dah pun. Tahap besi buruk.."
"Eh budak ni aku cepuk jugak karang..Hahaha.."
"Diamla kau! Asyik ketawa je kau tahu. Aku cabut gigi kau, nak?"


Perbualan kedua pelajar sebaya dengannya itu turut diikuti. Barang lama ke, besi buruk ke, atau gigi ke? Gigi? Ah..aku tak kisah! Mataku tidak mungkin menipu. Telingaku juga tidak mungkin berdusta. Namun hatiku tetap menafikan segalanya!

Itu benar Laila, sahabat yang sangat aku kagumi dahulu. Tapi kenapa dia berubah?

"Lihatlah dengan siapa dia berkawan.." Satu suara kecil di dalam hatiku berbicara. Pengaruh kawan? Hurm..mungkin juga?

Ummi dia tahu tak pasal ni ya? Hatiku berkira-kira sendiri..
Tiba-tiba hatiku terasa sayu. Aku letakkan diriku di tempat umminya.
Sedih..Kecewa itu pasti..
Ya Allah, lindungi zuriat-zuriatku nanti daripada nafsu yang jahat ya Allah.. Jadikan mereka pemuda-pemudi acuan al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW..ameen..

Benar..Iman tak dapat diwarisi..
Ia perlu dicari..Apabila sudah jumpa, gilap sendiri..
Cahaya iman itu akan dirasa dalam hati, terpancar pada wajah dan tersinar pada akhlak.
Hasilnya, TAQWA!
Susah kan mahu istiqamah? Tapi kita kan boleh cuba?
Allah aku mohon agar ditetapkan imanku dalam menjaga syariat-Mu.
Moga Allah meredhai apa yang aku, ummi dan abahku, ahli keluargaku, sahabat-sahabatku dan orang-orang yang aku sayang lakukan..

Pesananku buat diriku dan sahabat-sahabat semua..
Tolong! Jaga hati, jaga iman dan jaga diri. Kita mungkin bukan anak ustazah..
Mungkin bukan anak ustaz.. jua mungkin bukan anak insan-insan yang hebat..
Tapi kita boleh jadi apa sahaja yang hebat dengan keyakinan yang tinggi dan ketaqwaan kepada Allah..
Dan kita juga mungkin anak ustaz dan ustazah..
Anak pak imam..Sebab tulah, jaga diri kita. Kita adalah blue-print mak ayah kita, kan?
Aku tak cakap semua anak ustazah macam tu, tapi kita ambil pengajaranlah. Ramai aje anak ustaz dan ustazah yang cemerlang! InsyaAllah dunia dan akhirat.. Aku juga punya sahabat yang anak ustazah, dan alhamdulillah akhlaknya mantap! Aku banyak belajar daripadanya. Aku juga tak cakap semua yang bukan anak ustazah ni baik-baik..tapi tetap ada yang baik, kan?Moga Allah redha..ameen. Maaf andai tulisanku mengguris mana-mana hati. Ini hanya pendapatku buat masa sekarang.. Andai ada yang tidak setuju, silakan beri hujah kalian. Aku, insyaAllah seorang yang fleksibel..

*Usah ditanya cerita di atas benar atau tidak. Anggaplah ia sebuah cerita yang boleh kita semua ambil pengajaran daripadanya.
Allah jua yang mengetahui segala.. Wallahu'alam..

Assalamu'alaikum wbt..


~^^~Subhanallah..Alhamdulillah..Laa ilahaillallah..Allahuakbar~^^~

Monday, August 13, 2012

~Mencari hati mendamba Ilahi~

Bismillahirrahmaanirrahiim..
Assalamu'alaikum wbt..
Apa kau pernah fikirkan, tentang seorang da'ei yang
dilahirkan dalam sebuah keluarga yang konflik?
bagaimana jiwanya, bagaimana sikapnya, bagaimana tarbiyyahnya,
pernah?
tidak semua orang beruntung dibentuk dari keluarga dan bia'h yang soleh,kau tahu.
Pena telah diangkat. dan dakwat pun telah mengering.

Setelah pena diangkat dan dakwat pun telah mengering..

Hatiku mula terasa sayu..sebak..

Kata-kata di atas dari salah seorang sahabatku, kak fiqa..

Sungguh! Tulisanmu meresapi nuraniku.

Ya, tidak semua orang beruntung. Dilahirkan di dalam keluarga yang penuh konflik..

dan suasana sekeliling yang bagaikan kabus, mengaburi personaliti, mengubah persepsi.

Apabila terbaca coretan itu, hatiku memanggil.. membanding-bandingkan situasi diri dengan apa yang digambarkan. Hasilnya? Biarlah antara aku & Dia yang mengetahuinya. Tidak perlu diungkap di sini, bukan?

Jadi, pointnya..apa? Apa yang kau nak cuba sampaikan sekarang ni?

Bersyukurlah! Hanya perkataan itu.

Tidak semua bisa mengenal tuhan.

Tidak semua bisa mendapat hidayah dari Allah.

Tidak semua diberi kekuatan untuk meraih cinta-Nya.

Tidak semua. Tidak semua..

Untuk meraih hidayah & taufik itu perlu dicari, bukan? Bagaimana?

Tanya hatimu..pasti ia lebih tahu. Andai hati itu bersih untuk menilai.

Nikmat hidup bertuhan (dengan ikhlas) ini bukan semua merasainya. Nikmat ini hanya untuk mereka yang terpilih.Mungkinkah aku? Mungkinkah kamu?Apa..mungkinkah?

Lalu mereka yang tersasar jauh itu bagaimana? (Mereka itu mungkin juga aku..dan mungkin juga kamu,bukan?)

Mereka itu bagaikan 'kertas kerja' kita.

Yang perlu dilaksanakan. Itu tugas kita, seorang da'ei, wahai diriku..

Apa jua keadaan kita :

dilahirkan dalam keluarga yang penuh konflik?

tidak berada di dalam suasana yang soleh?

masih mencari-cari tuhan?

belum mengenal identiti diri sebagai hamba Allah?

Yang aku pasti... Kuatkan hatimu. Teguhkan keyakinanmu pada yang hanya satu. Teruskan mencari tuhanmu. Kerana ku pasti andai pencarianmu itu benar, kau akan dapat petunjuk-Nya.

Engkau dilahirkan dalam keluarga yang penuh konflik? Lalu mengapa tidak kau bimbing mereka ahli keluargamu?dan engkau juga bakal menjadi seorang ketua keluarga, suami mahupun seorang isteri..ciptalah keluarga yang penuh sakinah. suasana soleh yang kau dambakan itu.

Ah..itu tidak mudah! Kau fikir senang?!

Lalu apa yang mudah? Tanya imanmu, wahai diriku..

p/s : Muhasabah diri wahai hati! Kak Fiqa..terima kasih ukhtiy. Ukhtiy banyak mengajar ana tentang kehidupan.

Sekian dariku.

Assalamu'alaikum wbt..




~^^~Subhanallah..Alhamdulillah..Laa ilahaillallah..Allahuakbar~^^~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Cutest Blog ^^,


Copyright© All Rights Reserved halaqahcinta-muslimah.blogspot.com