~أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله~

Sunday, May 15, 2011

~Rintihan pendamba..~


Ya Allah..

Apakah aku mampu menghadapi hari esok setenang ini?

Kumohon jangan dipalingkan hatiku dari jalan-Mu..

Kerana pasti aku akan teraba-raba dalam kegelapan yang pekat..


Ya Rabbi..

Andai esok.. ujian itu ternyata buatku,

Kuatkanlah hatiku,

Mantapkanlah keyakinanku,

Tabahkanlah jiwaku,

Agar aku sentiasa percaya akan janji-Mu!

Jangan Kau gentarkan hatiku kepada apa jua selain untuk-Mu!


Ya Allahu rabbi..

Aku punya pinta..

Damaikanlah kalbuku..

Sinarilah ia dengan cahaya kasih-Mu..

Agar aku terus tenggelam..

Dalam asyiknya rindu kepada-Mu..

Kerana sesungguhnya ya Karim..aku lemah tanpa-Mu!

Ameen.. :'((



*Ana tak tahu kenapa dengan hati ni malam ni..huhu.. ;((((


~^^~Subhanallah..Alhamdulillah..Laa ilahaillallah..Allahuakbar~^^~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Cutest Blog ^^,


Copyright© All Rights Reserved halaqahcinta-muslimah.blogspot.com