~أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله~

Wednesday, May 11, 2011

~Kucingku accident..isk..isk..~

Assalamu'alaikum wbt..

Setiap yang hidup pasti akan mati. Sudah hakikatnya begitu..http://matcuoi.com


Semalam, anak angkat Mico da meninggal dunia. Kecik lagi, dah mati.. Sedih bila tengok mayat anak angkat Mico. Kesian betul tapi ummi bukan sengaja nak langgar..huhu.. Malam semalam tu ummi nak ke masjid, ummi dah check dah bawah kereta takut2 ada kucing ke.. Memang ada, tapi ummi dah alihkan dah.. Lepas tu naik kereta, kucing tu pergi balik bawah kereta, ummi tak perasan.. Akhirnya, kucing tu kena langgar. Masa tu adik ana ketuk pintu bilik ana. Tanya dia, kenapa? Lepas tu, dia cakap
anak Mico dah takda.. Mula-mula ingatkan dia cakap Mico yang dah takda! Rasa nak nangis time tu jugak! Lepas tu dia pun cakap lagi anak Mico. Perasaan masih dapat dikawal. Ana ingat dia gurau aje, lepas tu tengok muka dia sungguh-sungguh plak.. Terus ana lari keluar rumah nak tengok betul ke tak.

Saya sayang kucing saya!!! :'((

Ya Allah! betul rupanya. Mayat kucing kena pijak.. Ya Allah! Tak sanggup nak tengok..! Tapi tetap tengok sebab ana tahu kalau tak tengok sekarang bila lagi nak tengok. Buat terakhir kalinya..Adik ana dah start nangis dah..sambil pegang mayat kucing tu.. Ana? Huhuh..sama macam dia. Tak sangka cepat betul dia pergi.

Lepas tu Mico seakan-akan dapat bau anak angkat dia da meninggal. Mico hidu2 sampai kat tempat mayat kucing. Dia tengok, dan terus setia tunggu kat situ.. Erm! Mico sedih.. Mesti dia rindu sangat-sangat kat anak angkat dia. Yela..walaupun anak angkat, dialah yang jaga. Susukan anak kucing tu! Rindunya.. Kucing tu sangat-sangat comel! Tapi hidup dia tak panjang. Kehendak Allah.. Kami reda..
http://matcuoi.com

Ana cuba bayangkan kalau Mico di tempat anak dia.. Tak nak! Tak nak! Mesti semua ahli keluarga menangis sampai tak lalu makan nasik.. Mico kucing pertama dalam keluarga.. Sebelum ni, masa ana kecik2 ummi tak bagi pelihara kucing. Tapi bila dah matang sikit, baru bagi.. *matang? erm..matang sangatlah tu..huhu~

http://matcuoi.com


Moralnya kat sini.. Pastikan betul-betul takda kucing bawah kereta kalau nak gi mana2 ya! Kesian kucing tu.. :'(( Tapi kalau benda dah tak dapat nak elak,nak buat apa lagi..huu~
Dah takdir kan, nak buat cane,kan? Daripada-Nya kita datang, kepada-Nya lah kita kembali..
Ambil iktibar atas kematian tu. Mungkin Allah nak beri peringatan, kan? Kecik2 dah mati.. itu haiwan, xda dosa..perbuatannya tidak dihitung, kan?
Ni kalau manusia macam kita ni. Bila-bila masa Allah berkehendak, jadilah!
Yang banyak pahala kebajikannya, tenanglah dia di sana..
Yang banyak dosa..azablah jawabnya.. Na'uzubillah min zalik.. :'((


"Ya Allah, ampunilah dosaku, dosa kedua ummi dan abahku, dosa setiap ahli keluargaku, dosa sahabat-sahabatku, dosa guru-guruku, dosa orang-orang yang aku sayang..dan semua muslimin dan muslimat.. ameen.."

mood : sedih..isk..isk..

Wallahu'alam..Wassalam..





~^^~Subhanallah..Alhamdulillah..Laa ilahaillallah..Allahuakbar~^^~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Cutest Blog ^^,


Copyright© All Rights Reserved halaqahcinta-muslimah.blogspot.com