~أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله~

Sunday, May 15, 2011

~Rintihan pendamba..~


Ya Allah..

Apakah aku mampu menghadapi hari esok setenang ini?

Kumohon jangan dipalingkan hatiku dari jalan-Mu..

Kerana pasti aku akan teraba-raba dalam kegelapan yang pekat..


Ya Rabbi..

Andai esok.. ujian itu ternyata buatku,

Kuatkanlah hatiku,

Mantapkanlah keyakinanku,

Tabahkanlah jiwaku,

Agar aku sentiasa percaya akan janji-Mu!

Jangan Kau gentarkan hatiku kepada apa jua selain untuk-Mu!


Ya Allahu rabbi..

Aku punya pinta..

Damaikanlah kalbuku..

Sinarilah ia dengan cahaya kasih-Mu..

Agar aku terus tenggelam..

Dalam asyiknya rindu kepada-Mu..

Kerana sesungguhnya ya Karim..aku lemah tanpa-Mu!

Ameen.. :'((



*Ana tak tahu kenapa dengan hati ni malam ni..huhu.. ;((((


~^^~Subhanallah..Alhamdulillah..Laa ilahaillallah..Allahuakbar~^^~

Wednesday, May 11, 2011

~Kucingku accident..isk..isk..~

Assalamu'alaikum wbt..

Setiap yang hidup pasti akan mati. Sudah hakikatnya begitu..http://matcuoi.com


Semalam, anak angkat Mico da meninggal dunia. Kecik lagi, dah mati.. Sedih bila tengok mayat anak angkat Mico. Kesian betul tapi ummi bukan sengaja nak langgar..huhu.. Malam semalam tu ummi nak ke masjid, ummi dah check dah bawah kereta takut2 ada kucing ke.. Memang ada, tapi ummi dah alihkan dah.. Lepas tu naik kereta, kucing tu pergi balik bawah kereta, ummi tak perasan.. Akhirnya, kucing tu kena langgar. Masa tu adik ana ketuk pintu bilik ana. Tanya dia, kenapa? Lepas tu, dia cakap
anak Mico dah takda.. Mula-mula ingatkan dia cakap Mico yang dah takda! Rasa nak nangis time tu jugak! Lepas tu dia pun cakap lagi anak Mico. Perasaan masih dapat dikawal. Ana ingat dia gurau aje, lepas tu tengok muka dia sungguh-sungguh plak.. Terus ana lari keluar rumah nak tengok betul ke tak.

Saya sayang kucing saya!!! :'((

Ya Allah! betul rupanya. Mayat kucing kena pijak.. Ya Allah! Tak sanggup nak tengok..! Tapi tetap tengok sebab ana tahu kalau tak tengok sekarang bila lagi nak tengok. Buat terakhir kalinya..Adik ana dah start nangis dah..sambil pegang mayat kucing tu.. Ana? Huhuh..sama macam dia. Tak sangka cepat betul dia pergi.

Lepas tu Mico seakan-akan dapat bau anak angkat dia da meninggal. Mico hidu2 sampai kat tempat mayat kucing. Dia tengok, dan terus setia tunggu kat situ.. Erm! Mico sedih.. Mesti dia rindu sangat-sangat kat anak angkat dia. Yela..walaupun anak angkat, dialah yang jaga. Susukan anak kucing tu! Rindunya.. Kucing tu sangat-sangat comel! Tapi hidup dia tak panjang. Kehendak Allah.. Kami reda..
http://matcuoi.com

Ana cuba bayangkan kalau Mico di tempat anak dia.. Tak nak! Tak nak! Mesti semua ahli keluarga menangis sampai tak lalu makan nasik.. Mico kucing pertama dalam keluarga.. Sebelum ni, masa ana kecik2 ummi tak bagi pelihara kucing. Tapi bila dah matang sikit, baru bagi.. *matang? erm..matang sangatlah tu..huhu~

http://matcuoi.com


Moralnya kat sini.. Pastikan betul-betul takda kucing bawah kereta kalau nak gi mana2 ya! Kesian kucing tu.. :'(( Tapi kalau benda dah tak dapat nak elak,nak buat apa lagi..huu~
Dah takdir kan, nak buat cane,kan? Daripada-Nya kita datang, kepada-Nya lah kita kembali..
Ambil iktibar atas kematian tu. Mungkin Allah nak beri peringatan, kan? Kecik2 dah mati.. itu haiwan, xda dosa..perbuatannya tidak dihitung, kan?
Ni kalau manusia macam kita ni. Bila-bila masa Allah berkehendak, jadilah!
Yang banyak pahala kebajikannya, tenanglah dia di sana..
Yang banyak dosa..azablah jawabnya.. Na'uzubillah min zalik.. :'((


"Ya Allah, ampunilah dosaku, dosa kedua ummi dan abahku, dosa setiap ahli keluargaku, dosa sahabat-sahabatku, dosa guru-guruku, dosa orang-orang yang aku sayang..dan semua muslimin dan muslimat.. ameen.."

mood : sedih..isk..isk..

Wallahu'alam..Wassalam..





~^^~Subhanallah..Alhamdulillah..Laa ilahaillallah..Allahuakbar~^^~

Monday, May 9, 2011

~Cintailah Dalam Diam..~

Assalamu'alaikum wbt..

CINTAILAH DALAM DIAM..

Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukuplah cintai dia dalam diam..

kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya...


kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang,


kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya..


kerana diammu...


itu dapat memuliakan kesucian diri dan hatimu..

menghindarkan dirimu dari hal- hal yang akan merosak izzah dan iffahmu..

kerana diammu...


itu dapat menunjukkan bukti kesetiaanmu padanya..

kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH SWT pilihkan untukmu...


ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali?


yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan...

tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah
sahabat...

kerana dalam diammu tersimpan kekuatan..


kekuatan harapan...

hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata...


bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya?


dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,


biarkan ia tetap diam...


kerana...


jika dia memang bukan milikmu, dengan izin Allah ,

melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat untukmu...


biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu...


kerana yakinlah...


Allah akan memberikan ganti yang lebih baik lagi atau mewujudkan mimpimu di kemudian hari..


bersabarlah dalam diammu...


Huhu..apa macam? Yang ni ana ambil dari salah seorang sahabat kat facebook. Credit to her! Nak luahkan @ tak nih? Mungkin ada antara kita pernah mengalami situasi ni, kan? Hurm..pendapat ana, *cuma pendapat aje..hee~* cinta itu fitrah, jangan jadikan ia fitnah..Tahan lebih baik, kan? Kita sucikan hati dengan pelbagai amalan sunat, insyaAllah boleh tahan! Sibukkan diri berukhuwwah dengan insan yang sejantina.. *Masih dalam proses mencari ramai sahabat sejantina yang solehah untuk sama-sama saling menguatkan!
http://matcuoi.com

Tak nak la kalau-kalau terjebak dalam cinta terlarang ni, nauzubillah min zalik! Sebab cinta kepada-Nya pun tak lepas lagi.. Teringat buku yang bertajuk 'Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul' karangan Fatimah Syarha Mohd Noordin! *Ana suka baca buku-buku karangan dia! Sangat best sebab dia menerapkan unsur-unsur Islam di dalam penulisannya! Realiti hidup berlandaskan agama yang satu- ISLAM FOREVER - biiznillah!

Dalam buku tu, ana ada terbaca sebuah hadis, sabda Rasulullah SAW,

"Sesiapa yang jatuh cinta, lalu dia memelihara kesucian dirinya dan bersabar hingga meninggal dunia, maka dia adalah seorang yang syahid." "Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang yang syahid." (Riwayat Hakim, Ibn Asakir, al-Dailami & lain-lain)

Waah! Dikira syahid! Banyak kelebihan orang yang mati syahid ni..huhu~ Ta terliur dengan tawaran tu? erkk.. Dalam buku tu juga ada tips untuk menepis cinta remaja.(yang banyak melalaikan..huhu~) Ana teringin nak kongsikan kat sini.. Okeh jum baca!

Tips menepis cinta remaja..http://matcuoi.com

1. Tegas dengan prinsip diri. ( Contohnya jadilah macam ikan kat laut. Ta masin dek air laut yang masin. Maintain tawar aje.. :) . Lagi satu, kalau kita tengok orang kapel ke, cuba tanamkan azam dalam hati tak nak buat camtu. InsyaAllah! Kita nak jaga hati kita, kan? Sebab tu, no couple before akad.. ;) *pandangan ana. Kalau ta setuju suka hati..hehe~

2. Meletakkan misi yang jelas dalam hidup. ( Sebagai manusia, sebagai seorang pelajar, sebagai seorang anak, sebagai seorang hamba Allah, kita punya banyak tuntutan yang memerlukan komitmen yang tinggi. Letakkan misi yang jelas dalam hidup macam Khazinatul Asrar..heheh! *Watak dalam novel karangan Fatimah Syarha, SEINDAH MAWAR BERDURI..bacalah! Terbaik! ;) )

3. Bersahabat dengan rakan-rakan sejantina yang soleh. (Kita adalah dengan siapa kita bersahabat. We are the mirror of our friends.. Jadi soleh, insyaAllah dapat sahabat yang soleh juga.. :) )

4. Mengekang hawa nafsu. (Jangan biarkan nafsu menguasai hati. Kita punya iman, biarlah iman itu mengambil alih kerajaan hati, oke?ngee~ )

5. Mendekati majlis-majlis ilmu. (Contohnya kita boleh berhalaqah sesama ya! Tapi untuk yang sama jantina aje..huhu~ Kongsi ilmu untuk tingkatkan iman dan amal.. ;) InsyaAllah! )

6. Menyibukkan diri dengan hobi dan minat. (Minat yang berfaedah aje! hehe~ Contoh paling senang, sebarkan dakwah melalui blogging..kuikuikui~ Pelaburan yang insyaAllah takkan rugi.. :) )

7. Akrab dengan Allah dalam ibadah & kehidupan. (Kita hidup untuk Allah, kan? Huh..alangkah tak bersyukurnya kalau kita balas segala nikmat yang Allah kurniakan dengan perkara-perkara maksiat..*peringatan untuk diri sendiri..* Allah akrab dengan kita bilakita rasa Allah tu dekat dengan kita.. Ya Allah, berikan hamba-Mu ini petunjuk & hidayah. Jangan palingkan hati hamba-Mu ini setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepada hamba-Mu ini..ameen.)

Ana harap ada yang boleh diambil untuk manfaat kita bersama..http://matcuoi.com


Wallahu'alam, wassalam..



~^^~Subhanallah..Alhamdulillah..Laa ilahaillallah..Allahuakbar~^^~

Saturday, May 7, 2011

~Sebarkan! Penting Untuk Keselamatan Sejagat~

Assalamu'alaikum wbt!

Alhamdulillah ana diberi kesempatan lagi nak update entry.. Dah lama betul rasanya ana ta update entry..huff..

http://matcuoi.com
Oke berita tergempar bulan 5 nih adalah..ini dia! Jom sama-sama kita sebarkan ya! InsyaAllah! Berita ni ana dapat kat status facebook salah seorang sahabat ana di sana..Yuk baca yuk!
http://matcuoi.com
Perhatian! Baca betui-betui ya!
Pesanan PDRM - Jika anda sedang memandu di waktu malam & cermin kereta anda dilempar telur ayam. Jangan on wiper@pancut air.Terus memandu dengan apa yang mampu dilihat,hingga tiba di tempat selamat.Ini kerana jika telur ayam bercampur dengan air ia akan jadi susu & akan kaburkn 92.5% tahap penglihatan mata kita,yang akan memaksa kita berhenti tepi jalan & di situlah kita akan menjadi mangsa perompak. Inilah teknik baru digunakan perompak...berhati2!http://matcuoi.com

*erkk..ada jugak yang cenggini.. huhuh!

Haa..macam-macam cara sekarang ni perompak cuba nak merompak.. Kreatif jugak! Tapi alangkah baiknya jika kekreatifan mereka tu digunakan pada tempat yang selayaknya.. Kepada perampuk-perampuk di luar sana, bertaubatlah ya! Mati, kita tak tahu bila.. Jika mati dalam keadaan su'ul khatimah, macam mana? Boleh ke kita tanggung azab dari-Nya?

Hayatilah erti kematian agar kita tak terus leka dengan harta dunia. Fikirkan apa yang kita beli guna duit rompakan tu? Makanan? Pakaian? Sesungguhnya jika tubuh yakni darah daging yang terdiri dari yang haram itu, nerakalah yang layak baginya.. Jadi fikir-fikirkan & selamat beramal! Kita sebarkan pesanan ni ya! Ana pun baru je buat announcement dalam rumah tadi.. Nauzubillah min zalik! Minta jauh dari semua tu, kan?
http://matcuoi.com
Oke, sampai sini dulu ya! InsyaAllah kalau ada masa ana conteng-conteng lagi..erm!


Membangun bersama Islam,salam ukhuwwah fillah dari ana.. Wallahu'alam..Wassalam..




~^^~Subhanallah..Alhamdulillah..Laa ilahaillallah..Allahuakbar~^^~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Cutest Blog ^^,


Copyright© All Rights Reserved halaqahcinta-muslimah.blogspot.com