~أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله~

Wednesday, February 16, 2011

~Tanyalah Ustaz : Cintai Rasulullah bahagian 2~


Assalamualaikum w.b.t..http://matcuoi.com

Apa khabar iman dan fizikal? hehehe...moga terus meningkat ya! in sya'Allah..doakan ana juga..wee~

Oke! Hari ni nak kongsi sesuatu kat sini! Alaa..yang ana cakap cam ae tu la..huhuhu~ Da lupa? aiseh! err.. Tanyalah Ustaz..la! Haa..tapi maafla ya? ana tak sempat tengok yang bahagian 1..huh! Tersangat rugi.. tape..ana de catat sket point2 yg dberikan oleh Ustaz Roslan Mohamed (Pensyarah Kanan UM) dalam bahagian 2... bahagian 2 pum jadila..huhu~
Tapi..kalo ada yg khilaf, minta pembaca2 tolong betolkan..huhuhu~ Syukran! Syukran!http://matcuoi.com Hah! Jom start..(maaf ya sbb bru tulis entri..uhhu~)
http://matcuoi.comBagaimanakah cara kita melahirkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW??http://matcuoi.com
Bagaimanakah? huu~ Oke, seblom menjawab, nak gitau yang ukuran sayangnya nabi kepada kita terletak pada ukuran sayangnya kita kepada nabi. Skarang cuba kita tanya hati kita sejauh mana sayangnya kita kepada nabi? Apakah kita sangat sayang akan nabi melebihi sayangnya kita kepada kedua ibu bapa, diri sendiri dan semua makhluk di dunia ni? Jika ya, alhamdulillah! Kita tak pernah melihat baginda, bagaimana mungkin kita akan mencintai baginda? Boleh! Dengan membaca sirah-sirah nabi..kehidupan nabi, sejak di awal kelahiran baginda hingga sampai ke kisah kewafatan baginda. Dengan cara itu, kita dapat menghidupkan suasana kewujudan nabi dalam diri kita.. Kita boleh lahirkan rasa cinta melalui pengamalan sunnah-sunnah dan pembacaan hadis-hadis baginda. Kita ta bleh tinggalkan hadis nabi sebab ia salah satu cara untuk kita terus menghidupkan rasa cinta kita kepada nabi. Kalo kita dekat dengan nabi, kita akan berbicara sepertimana nabi berbicara, penuh hemah.. Kita akan beramal sepertimana nabi beramal..Subhanallah! Bukankah baginda diutuskan untuk menyempurnakan akhlak? Tidakkah kita mahu akhlak kita sempurna? Walopun kita ta bole ikut akhlak baginda 200%, tapelah kalo da bleh ikut 50% tuh..Yang penting kita cuba contohi akhlak baginda..kan?kan?kan? Dan! Selawatlah selalu ke atas junjungan, in sya'Allah akan terdetik suatu hari dalam hati kita ni bahawa tiada orang yang paling kita kasihi kecuali nabi kita, nabi Muhammad SAW.. Allahuakbar!
Sekarang, ramai yang mengaku cinta akan nabi, baguslah! Alhamdulillah! Tapi, buktinya? Hee~

Takpelah..aku blom tua lagi..nanti bila da tua, confirm aku tobat banyak2..
Aku amalkan sunnah nabi tu..Ko jangan risau..


Uhhuu~ ade ke yang camni? nauzubillah minzalik..ana tamo jadi yang camni.. Kenapa perlu tunggu hari tua baru nak bertaubat banyak2? Baru nak start amalkan sunnah2 nabi? Kenapa tidak kita mulakan sekarang? Cakap cinta...huhuhu~ Kalo sayangkan nabi, jom kita sama2 ikut sunnah baginda.. Oke..selawat..da selawat banyak2..masih tak membuktikan cinta kita kepada baginda? kita selawat banyak2..tapi akhlak kita? kalo selawat banyak2 tapi akhlak buruk, hati penuh rasa benci dan dendam pum ta guna juga.. err..ustaz yang cakap ni tau! huhu~ betol apa yang ustaz cakap ni..ana setuju.. Sayang kepada nabi dengan hanya berselawat sahaja tak cukup.. kita hidupkan sunnah baginda, amalkan sama2 ya? in sya'Allah..moga Allah mempermudahkan kita dalam mencontohi akhlak terpuji junjungan mulia kita,Rasulullah SAW.. ameen.. http://matcuoi.com

Cuba kita lihat para sahabat di zaman Rasulullah SAW. Mereka sanggup berkorban harta benda demi Islam. Mereka sangat memuliakan nabi, mereka cintai nabi, mereka ikut sunnah2 nabi..
Ustaz ada bercerita tentang kasihnya Saidina Abu Bakar kepada baginda SAW.. Tapi maaflah ya! tak ingat dah cerita tu cane..hu3~ tak sempat salin abes..wuu~
Oke, jom cakap2 sal Maulidur Rasul lak ya?? Hurm, ustaz cakap, Maulidur Rasul bukan sahaja hari tuk kita meraikan hari kelahiran nabi kita, tapi ia juga hari untuk kita raikan ajaran nabi, agama Islam yang syumul ni.. Sebab bila baginda lahir, baginda bawa rahmat ke seluruh alam! Ya! Betol! Baginda memartabatkan kedudukan wanita yang seblom tu kita tahu bagaimana bayi-bayi perempuan ditanam hidup-hidup, dibunuh.. Wanita dianggap hina.. Tapi nabi datang, mengangkat martabat wanita. Wanita dimuliakan..Alhamdulillah ya Allah! Kerana Engkau telah mengutuskan baginda SAW sebagai pemimpin kami yang sempurna akhlak dan ajarannya.. Rahmat baginda juga bukan sahaja dapat dirasai oleh manusia sahaja, kan? Macam yang ana cakap tadi, nabi bawa rahmat ke sekelian alam.. Ini maknanya, binatang, tumbuhan turut merasa rahmat itu.Malah, yang bukan beragama Islam pum dapat rahmat juga! Benar! Adess ta caye? Bukti kat bawah..
haa..kan?kan?kan? Cakap ta caye..huhuh!
Datangnya baginda mengajarkan kepada kita adab-adab terhadap binatang.. Mana bleh main sembelih ngan pisau tumpul, seksa binatang tu.. nabi ajar gunakan benda yang tajam..agar binatang tuh tak terseksa lama sangat..huhuh! Supe gak ngan tumbuh-tumbuhan, kan? Ta bole main ghetah2 gitu org Klate kate..hu3 Ta bole err..main petik aje, kan? kecuali kalo ade tujuan yang baik, kan?..hu3~

Oke jom sambung lagi..
http://matcuoi.com Kenapa kita sukar mencontohi nabi Muhammad SAW?

Kenapalah susah sangat nak mencontohi akhlak insan agung ni?
Hurm...Ustaz cakap sebab kita tidak cuba mendalami ilmu.. Btol tu ustaz, yang ni pum ana sokong..ehhe~ Ilmu itu penting. Tuntutlah ilmu tentang hukum-hakam yang berkaitan. Sebabnya, kalo kita tade ilmu atau kurang ilmu, bagaimana kita nak contohi Rasulullah SAW?
Contohnya, kita nak contohi cara solat Rasulullah SAW, tapi bagaimana mungkin kita solat cara baginda solat kalo kita tak mendalami ilmu yang berkaitan dengan solat tu?
Ilmu adalah asas yang paling utama. Kita ta mungkin dapat ikut sunnah baginda jika kita tidak berilmu. Belajarlah..Tuntutlah ilmu.. Melalui hadis2 baginda SAW pum bole,kan?kan?kan? ~^_^~! in sya'Allah..*Ana! Kena ingat jugak! ;)

p/s : ilmu tanpa amal ibarat pokok tak berbuah..aiseh! teringat kata2 hikmat yang ditampal kat skola dulu..ngee~ ;D

Okeh readers! Ana brenti kat sini dulu ya! Insya'Allah jumpa lagi di lain waktu..Jika nafas masih ta terhenti.. huhuhu~ Diharap entri kali ni bermanfaat.. Minta maaf sebab ta semua yang ustaz Roslan cakap, ana bole tulis kat sini.. sket2 aje tape, kan? Ta larat..ngee~ Membangun bersama Islam..In sya'Allah. Ukhwah fillah.. Wallhu'alam.. Wassalam..
http://matcuoi.com




~^^~Subhanallah..Alhamdulillah..Laa ilahaillallah..Allahuakbar~^^~

2 comments:

Nour Akmal said...

hye..singgah cni..

jom join GA blog sy..

http://jarijemariemas.blogspot.com/2011/02/jarijemariemas-first-giveaway.html

ana_liyana said...

syukran ya sudi singgah.. in sya'Allah kalo masa mngizinkan.. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Cutest Blog ^^,


Copyright© All Rights Reserved halaqahcinta-muslimah.blogspot.com