~أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله~

Tuesday, January 4, 2011

~Bahaya Pujian~


Bismillahirrahmaanirrahiim..
Assalamualaikum w.b.t..

Hari ni..ana nak ambik tajuk yang kat atas tu..bahaya pujian..yang diolah semula oleh ana dari majalah nur..Syukran!


Pujian tu umpama ombak di laut..boleh membawa kita ke puncak jika pandai mengawalnya..dan.. boleh jugak menenggelamkan kita ke dasar lauta
n yang paling dalam jika kita terlalai dengannya..

Hurm..siapa yang xsuka dipuji? Bukan w
anita aje suka dipuji tp jugak lelaki, kanak2, orang tua & jugak yang muda..hehe~ Tapi awas sumeee...hati-hati...jaga-jaga..waspada..*& perkataan yg seerti dengannya tu~*kenapa? sebab pujian tu ade bahayanya yang tersendiri..Kata Imam Ghazali, ada 6 bahaya pujian..

4 pada orang yang memuji..

2 pada orang yang dipuji..

campur2 jadik 6..huhu~ (sume orang tahu, ;) )

Tanpa Allah, kita bukan sesiapa.. Jangan cepat gembira dengan pujian..

#BAHAYA PADA ORANG YANG MEMUJI

-Kemungkinan pujian melampau yang akhirnya akan menjadi pendustaan.(xpasal2 dpt dosa free..huhu~)

-Kemungkinan menyebabkan hati dimasuki sifat menunjuk, memuji sekadar menunjukkan dia akrab tetapi yang berlaku adalah yang sebaliknya..yang akhirnya akan menjadi munafik..

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:

“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “.

apabila bercakap ia berdusta..kat sini yang sedang kita fokuskan.. :)

-ketiga,kadangkala manusia mengucapkan sesuatu yang tidak diketahui benar @ tidak, yang mungkin perkara itu tidak diselidikinya langsung..

-keempat, dibimbangi pujian itu akan menyebabkan orang yang dipuji terus leka & tak menyedari kelemahan diri sendiri, seolah-olah orang yang memuji itu merelakan sesuatu yang buruk terus berlaku.


Hurm..tu bahaya kepada orang yang memuji, apa pulak bahaya kepada orang yang dipuji??

Jom tengok bawah!


#BAHAYA KEPADA ORANG YANG DIPUJI

-Orang yang dipuji akan terus bongkak & bangga dengan diri sendiri.

-Orang yang dipuji akan terus leka dengan pujian lantas mengurangkan usahanya untuk membaiki kelemahan diri..


Konklusinya, berhati-hatilah apabila mengeluarkan kata-kata pujian, jangan sampai kita termasuk dalam situasi nih..Puji-pujian..hanya untuk DIA..namun tak salah memuji manusia selaku ciptaan Allah yang sangat unik! ;) ~ cuma jangan berlebih-lebihan ya?


Ok,stakat ini dahulu yang mampu ana coretkan kat sini..
Salam ukhuwah fillah..Membangun bersama Islam..
Wassalam...



~^^~Subhanallah..Alhamdulillah..Laa ilahaillallah..Allahuakbar~^^~

2 comments:

syafiqah.rahmat said...

hmm..manusia ni mkhluk yg suka dipuji kan? jzkillah ats peringatan~! akan terus usaha perbaiki kelemahan diri :)

ana_liyana said...

yaa...& yg suka dipuji ni boleh membawa kpd riak..manusia..memang wataknya, suka kepada pujian n cinta akn kemasyhuran..
nauzubillahi min zalik.. moga Allah jauhi hati kita dr riak yakni sifat yg tercela tu.. ameenn..
Syukran baca ya.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Cutest Blog ^^,


Copyright© All Rights Reserved halaqahcinta-muslimah.blogspot.com