~أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله~

Sunday, May 15, 2011

~Rintihan pendamba..~


Ya Allah..

Apakah aku mampu menghadapi hari esok setenang ini?

Kumohon jangan dipalingkan hatiku dari jalan-Mu..

Kerana pasti aku akan teraba-raba dalam kegelapan yang pekat..


Ya Rabbi..

Andai esok.. ujian itu ternyata buatku,

Kuatkanlah hatiku,

Mantapkanlah keyakinanku,

Tabahkanlah jiwaku,

Agar aku sentiasa percaya akan janji-Mu!

Jangan Kau gentarkan hatiku kepada apa jua selain untuk-Mu!


Ya Allahu rabbi..

Aku punya pinta..

Damaikanlah kalbuku..

Sinarilah ia dengan cahaya kasih-Mu..

Agar aku terus tenggelam..

Dalam asyiknya rindu kepada-Mu..

Kerana sesungguhnya ya Karim..aku lemah tanpa-Mu!

Ameen.. :'((



*Ana tak tahu kenapa dengan hati ni malam ni..huhu.. ;((((


~^^~Subhanallah..Alhamdulillah..Laa ilahaillallah..Allahuakbar~^^~

Wednesday, May 11, 2011

~Kucingku accident..isk..isk..~

Assalamu'alaikum wbt..

Setiap yang hidup pasti akan mati. Sudah hakikatnya begitu..http://matcuoi.com


Semalam, anak angkat Mico da meninggal dunia. Kecik lagi, dah mati.. Sedih bila tengok mayat anak angkat Mico. Kesian betul tapi ummi bukan sengaja nak langgar..huhu.. Malam semalam tu ummi nak ke masjid, ummi dah check dah bawah kereta takut2 ada kucing ke.. Memang ada, tapi ummi dah alihkan dah.. Lepas tu naik kereta, kucing tu pergi balik bawah kereta, ummi tak perasan.. Akhirnya, kucing tu kena langgar. Masa tu adik ana ketuk pintu bilik ana. Tanya dia, kenapa? Lepas tu, dia cakap
anak Mico dah takda.. Mula-mula ingatkan dia cakap Mico yang dah takda! Rasa nak nangis time tu jugak! Lepas tu dia pun cakap lagi anak Mico. Perasaan masih dapat dikawal. Ana ingat dia gurau aje, lepas tu tengok muka dia sungguh-sungguh plak.. Terus ana lari keluar rumah nak tengok betul ke tak.

Saya sayang kucing saya!!! :'((

Ya Allah! betul rupanya. Mayat kucing kena pijak.. Ya Allah! Tak sanggup nak tengok..! Tapi tetap tengok sebab ana tahu kalau tak tengok sekarang bila lagi nak tengok. Buat terakhir kalinya..Adik ana dah start nangis dah..sambil pegang mayat kucing tu.. Ana? Huhuh..sama macam dia. Tak sangka cepat betul dia pergi.

Lepas tu Mico seakan-akan dapat bau anak angkat dia da meninggal. Mico hidu2 sampai kat tempat mayat kucing. Dia tengok, dan terus setia tunggu kat situ.. Erm! Mico sedih.. Mesti dia rindu sangat-sangat kat anak angkat dia. Yela..walaupun anak angkat, dialah yang jaga. Susukan anak kucing tu! Rindunya.. Kucing tu sangat-sangat comel! Tapi hidup dia tak panjang. Kehendak Allah.. Kami reda..
http://matcuoi.com

Ana cuba bayangkan kalau Mico di tempat anak dia.. Tak nak! Tak nak! Mesti semua ahli keluarga menangis sampai tak lalu makan nasik.. Mico kucing pertama dalam keluarga.. Sebelum ni, masa ana kecik2 ummi tak bagi pelihara kucing. Tapi bila dah matang sikit, baru bagi.. *matang? erm..matang sangatlah tu..huhu~

http://matcuoi.com


Moralnya kat sini.. Pastikan betul-betul takda kucing bawah kereta kalau nak gi mana2 ya! Kesian kucing tu.. :'(( Tapi kalau benda dah tak dapat nak elak,nak buat apa lagi..huu~
Dah takdir kan, nak buat cane,kan? Daripada-Nya kita datang, kepada-Nya lah kita kembali..
Ambil iktibar atas kematian tu. Mungkin Allah nak beri peringatan, kan? Kecik2 dah mati.. itu haiwan, xda dosa..perbuatannya tidak dihitung, kan?
Ni kalau manusia macam kita ni. Bila-bila masa Allah berkehendak, jadilah!
Yang banyak pahala kebajikannya, tenanglah dia di sana..
Yang banyak dosa..azablah jawabnya.. Na'uzubillah min zalik.. :'((


"Ya Allah, ampunilah dosaku, dosa kedua ummi dan abahku, dosa setiap ahli keluargaku, dosa sahabat-sahabatku, dosa guru-guruku, dosa orang-orang yang aku sayang..dan semua muslimin dan muslimat.. ameen.."

mood : sedih..isk..isk..

Wallahu'alam..Wassalam..





~^^~Subhanallah..Alhamdulillah..Laa ilahaillallah..Allahuakbar~^^~

Monday, May 9, 2011

~Cintailah Dalam Diam..~

Assalamu'alaikum wbt..

CINTAILAH DALAM DIAM..

Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukuplah cintai dia dalam diam..

kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya...


kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang,


kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya..


kerana diammu...


itu dapat memuliakan kesucian diri dan hatimu..

menghindarkan dirimu dari hal- hal yang akan merosak izzah dan iffahmu..

kerana diammu...


itu dapat menunjukkan bukti kesetiaanmu padanya..

kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH SWT pilihkan untukmu...


ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali?


yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan...

tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah
sahabat...

kerana dalam diammu tersimpan kekuatan..


kekuatan harapan...

hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata...


bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya?


dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,


biarkan ia tetap diam...


kerana...


jika dia memang bukan milikmu, dengan izin Allah ,

melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat untukmu...


biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu...


kerana yakinlah...


Allah akan memberikan ganti yang lebih baik lagi atau mewujudkan mimpimu di kemudian hari..


bersabarlah dalam diammu...


Huhu..apa macam? Yang ni ana ambil dari salah seorang sahabat kat facebook. Credit to her! Nak luahkan @ tak nih? Mungkin ada antara kita pernah mengalami situasi ni, kan? Hurm..pendapat ana, *cuma pendapat aje..hee~* cinta itu fitrah, jangan jadikan ia fitnah..Tahan lebih baik, kan? Kita sucikan hati dengan pelbagai amalan sunat, insyaAllah boleh tahan! Sibukkan diri berukhuwwah dengan insan yang sejantina.. *Masih dalam proses mencari ramai sahabat sejantina yang solehah untuk sama-sama saling menguatkan!
http://matcuoi.com

Tak nak la kalau-kalau terjebak dalam cinta terlarang ni, nauzubillah min zalik! Sebab cinta kepada-Nya pun tak lepas lagi.. Teringat buku yang bertajuk 'Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul' karangan Fatimah Syarha Mohd Noordin! *Ana suka baca buku-buku karangan dia! Sangat best sebab dia menerapkan unsur-unsur Islam di dalam penulisannya! Realiti hidup berlandaskan agama yang satu- ISLAM FOREVER - biiznillah!

Dalam buku tu, ana ada terbaca sebuah hadis, sabda Rasulullah SAW,

"Sesiapa yang jatuh cinta, lalu dia memelihara kesucian dirinya dan bersabar hingga meninggal dunia, maka dia adalah seorang yang syahid." "Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang yang syahid." (Riwayat Hakim, Ibn Asakir, al-Dailami & lain-lain)

Waah! Dikira syahid! Banyak kelebihan orang yang mati syahid ni..huhu~ Ta terliur dengan tawaran tu? erkk.. Dalam buku tu juga ada tips untuk menepis cinta remaja.(yang banyak melalaikan..huhu~) Ana teringin nak kongsikan kat sini.. Okeh jum baca!

Tips menepis cinta remaja..http://matcuoi.com

1. Tegas dengan prinsip diri. ( Contohnya jadilah macam ikan kat laut. Ta masin dek air laut yang masin. Maintain tawar aje.. :) . Lagi satu, kalau kita tengok orang kapel ke, cuba tanamkan azam dalam hati tak nak buat camtu. InsyaAllah! Kita nak jaga hati kita, kan? Sebab tu, no couple before akad.. ;) *pandangan ana. Kalau ta setuju suka hati..hehe~

2. Meletakkan misi yang jelas dalam hidup. ( Sebagai manusia, sebagai seorang pelajar, sebagai seorang anak, sebagai seorang hamba Allah, kita punya banyak tuntutan yang memerlukan komitmen yang tinggi. Letakkan misi yang jelas dalam hidup macam Khazinatul Asrar..heheh! *Watak dalam novel karangan Fatimah Syarha, SEINDAH MAWAR BERDURI..bacalah! Terbaik! ;) )

3. Bersahabat dengan rakan-rakan sejantina yang soleh. (Kita adalah dengan siapa kita bersahabat. We are the mirror of our friends.. Jadi soleh, insyaAllah dapat sahabat yang soleh juga.. :) )

4. Mengekang hawa nafsu. (Jangan biarkan nafsu menguasai hati. Kita punya iman, biarlah iman itu mengambil alih kerajaan hati, oke?ngee~ )

5. Mendekati majlis-majlis ilmu. (Contohnya kita boleh berhalaqah sesama ya! Tapi untuk yang sama jantina aje..huhu~ Kongsi ilmu untuk tingkatkan iman dan amal.. ;) InsyaAllah! )

6. Menyibukkan diri dengan hobi dan minat. (Minat yang berfaedah aje! hehe~ Contoh paling senang, sebarkan dakwah melalui blogging..kuikuikui~ Pelaburan yang insyaAllah takkan rugi.. :) )

7. Akrab dengan Allah dalam ibadah & kehidupan. (Kita hidup untuk Allah, kan? Huh..alangkah tak bersyukurnya kalau kita balas segala nikmat yang Allah kurniakan dengan perkara-perkara maksiat..*peringatan untuk diri sendiri..* Allah akrab dengan kita bilakita rasa Allah tu dekat dengan kita.. Ya Allah, berikan hamba-Mu ini petunjuk & hidayah. Jangan palingkan hati hamba-Mu ini setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepada hamba-Mu ini..ameen.)

Ana harap ada yang boleh diambil untuk manfaat kita bersama..http://matcuoi.com


Wallahu'alam, wassalam..



~^^~Subhanallah..Alhamdulillah..Laa ilahaillallah..Allahuakbar~^^~

Saturday, May 7, 2011

~Sebarkan! Penting Untuk Keselamatan Sejagat~

Assalamu'alaikum wbt!

Alhamdulillah ana diberi kesempatan lagi nak update entry.. Dah lama betul rasanya ana ta update entry..huff..

http://matcuoi.com
Oke berita tergempar bulan 5 nih adalah..ini dia! Jom sama-sama kita sebarkan ya! InsyaAllah! Berita ni ana dapat kat status facebook salah seorang sahabat ana di sana..Yuk baca yuk!
http://matcuoi.com
Perhatian! Baca betui-betui ya!
Pesanan PDRM - Jika anda sedang memandu di waktu malam & cermin kereta anda dilempar telur ayam. Jangan on wiper@pancut air.Terus memandu dengan apa yang mampu dilihat,hingga tiba di tempat selamat.Ini kerana jika telur ayam bercampur dengan air ia akan jadi susu & akan kaburkn 92.5% tahap penglihatan mata kita,yang akan memaksa kita berhenti tepi jalan & di situlah kita akan menjadi mangsa perompak. Inilah teknik baru digunakan perompak...berhati2!http://matcuoi.com

*erkk..ada jugak yang cenggini.. huhuh!

Haa..macam-macam cara sekarang ni perompak cuba nak merompak.. Kreatif jugak! Tapi alangkah baiknya jika kekreatifan mereka tu digunakan pada tempat yang selayaknya.. Kepada perampuk-perampuk di luar sana, bertaubatlah ya! Mati, kita tak tahu bila.. Jika mati dalam keadaan su'ul khatimah, macam mana? Boleh ke kita tanggung azab dari-Nya?

Hayatilah erti kematian agar kita tak terus leka dengan harta dunia. Fikirkan apa yang kita beli guna duit rompakan tu? Makanan? Pakaian? Sesungguhnya jika tubuh yakni darah daging yang terdiri dari yang haram itu, nerakalah yang layak baginya.. Jadi fikir-fikirkan & selamat beramal! Kita sebarkan pesanan ni ya! Ana pun baru je buat announcement dalam rumah tadi.. Nauzubillah min zalik! Minta jauh dari semua tu, kan?
http://matcuoi.com
Oke, sampai sini dulu ya! InsyaAllah kalau ada masa ana conteng-conteng lagi..erm!


Membangun bersama Islam,salam ukhuwwah fillah dari ana.. Wallahu'alam..Wassalam..




~^^~Subhanallah..Alhamdulillah..Laa ilahaillallah..Allahuakbar~^^~

Sunday, April 10, 2011

~1..2..3..Start blogging lagi!~


Assalamualaikum w.b.t..http://matcuoi.com

Sihatkah fizikal? Iman? Ana? Alhamdulillah sihat, cuma batuk2 siket aje.. hehe..
Lama btul rasanya ana xberblogging, kan? Dah sbulan lebih dah.. :)
Maaf la sahabat2.., dah lama xupdate blog, ana menghilang kat suatu tempat..ehhe~
Alhamdulillah, tempat tu sangat menarik! Sekarang ni ana tengah cuti dalam shari dua lagi kut, nanti baru nak pergi sana lagi, kalau tidak pun, mungkin awal lagi.. huhu~



Berita AWANI, berita segenap dimensi.. kua3~ Ni berita yang pertama, Mico dah bersalin dah! 3 ekor anak dia.hee~ semua tu warna hitam campur coklat sket2.. Ahha~ dah besar pun diorang..
Alhamdulillah! Walaupun hitam, tetap kiut..hehe~ Ana rasa papa diorang yang hitam tuh.. Kucing kat sebelah rumah.. Sekarang Mico dah jadi ibu tunggal.. Masa ana nak balik rumah hari tu, umi ana ada cerita (masa duk dlm kereta) yang Mico dah ada anak angkat.. Adess! anak angkat plak? hee~ sebenarnya umi ana ternampak seekor anak kucing yang baru lahir ditinggalkan kat garaj tepi rumah kami.. Kecik lagi anak kucing tu, sebab tu umi ambik & letak dalam sangkar skali dengan Mico & anak2nya..haha~ Skang da jadi 4 ekor.. wee~

Oke, (masih siaran langsung dari astro AWANI) berita keduanya plak adalah, in sya'Allah kakak ana dah nak bersalin dah! wuu~ Hari ni la.. waa..sakit kan bersalin? macam tu la agaknya umi kita rasa bila nak lahirkan kita.. Ya Allah, besarnya pengorbanan ibu2.. rahmatilah mereka ya Allah! Ameen..
http://matcuoi.com

Oke..stakat ni dulu untuk hari ni ya! hehe~ Nanti ana tulis2 lagi, in sya'Allah!
Membangun bersama Islam,salam ukhuwwah fillah dari ana..
Wallahu'alam..Wassalam..http://matcuoi.com



~^^~Subhanallah..Alhamdulillah..Laa ilahaillallah..Allahuakbar~^^~

Tuesday, February 22, 2011

~Selamat Tinggal FB & Blogku! Huhuh!~

Assalamualaikum w.b.t..http://matcuoi.com
Bismillahirrahmaanirrahiimm..Hari ni mungkin hari terakhir ana berblogging.. Ehhe~ Sedih plak rasa..huuhu~ Nape hari terakhir berblogging? Adess..tak lah akhir sangat..tapi yela, nanti da ta de masa nak berblogging kut.. Sebab ana da brenti kerja hari nih! Wee~ 2 bulan ana kerja kat computer centre, ada masa untuk blog. Tapi skarang da nak brenti kerja da.. Jadi, tade kerja, tade blog..hihi~ Sebenarnya kalo diikutkan perancangan awal ana, ana nak kerja 2 bulan lagi.. Baru dapat kumpul duit banyak-banyak..wawawa~ Tapi Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya..heheh! Ana nak ucapkan bebanyak terima kasih kat sahabat2 blogger yang sudi follow bersahabat ngan ana! Dan nak mintak maaf la nih..huu~ Mana la tau ana ada mengoyakkan hati sesape ke..maaf ya!
http://matcuoi.com huish! Eksyen plak katun nih..wuwuu~ mood : sedeh..wawa!

Nanti mesti rindu nak baca blog kak fiqa (uhibbuki fillah!), ibu Hidayahamin , perisai mahkota (sangat suka nama nih!), blog cemerlang, n banyak lagi blog kat sini yang ta sempat ana tulis..hee~

Tu yang rakan blog..huh! Rakan facebook ta kira lagi tuh! adesshh! ngee~ Tuk sayang2ku Basirah, Noraisyah, Taniameow, ira, kak nurul, kak sya..n yg lain2 lagi..huhuh! sedeh tol nih..ngeh3
Ukhuwwah fillah ya! in sya'Allahhttp://matcuoi.com
Bestnya berblogging..tapi ana lebih suka baca entri-entri orang. Entri sendiri tak beshh! Haha~ Err..result SPM..28.2 atau 14.3.. Konpius..konpiusss.. Ada kawan yang cakap 28.2.. Kenapa awal sangat? Tamo tau awal-awal.. Takot! Tapi awal atau cepat lambat..result tetap keluar, kan? Hurm, nampaknya nak atau ta nak memang kena terima. Walopum result ana ta oke, Alhamdulillah! biarlah Allah bagi ketabahan kat ati nih.. Dia dah rancangkan yang terbaik untuk ana..Kalo result oke, pun Alhamdulillah.. janganlah dimasukkan rasa bangga diri.. Sesungguhnya diri ini tetap hina..Ya Allah! Hanya kepada-Mu ku memohon moga dilindungkan dari segala penyakit hati..ameen..
http://matcuoi.comovernya mende nih! hahaha~

Nape ana nak berenti kerja? Awas..bukan untuk saja2..huhuh! Ada keperluan yang ta bole diberitahu di sini. Nanti in sya’Allah bila tiba masanya ana gitau ya! In sya’Allah.. Ana suka kerja kat sini sebab tiap2 hari bole guna internet free..ahahha~ Tapi sebenarnya kita kena kerja kerana Allah.. Yup! Bekerja kerana Allah.. Nak tak ana gitau satu cerita yang ana baca kat majalah NUR? Mari dekat mari rapat, nenek nak citer nih! Wee~

Suatu hari ketika baginda Rasulullah SAW duduk-duduk ngan para sahabat, mereka terlihat seorang anak muda sedang bekerja dengan penuh semangat.

Seorang sahabat lalu berkata, ”Kasihan anak muda itu. Alangkah bagusnya kalau usia muda dan kekuatannya digunakan untuk fisabilillah.”

Mendengar ucapan itu, lalu Rasulullah SAW bersabda, “Jangan kamu semua berkata demikian, sebab orang itu kalau keluarnya dari rumah untuk bekerja bagi mengusahakan kehidupan anaknya yang masih kecil, maka dia telah berusaha fisabilillah. Jika dia berusaha untuk dirinya sendiri, tidak sampai meminta-minta kepada orang lain, itu pun fisabilillah. Tetapi kalau dia bekerja untuk menunjuk-nunjuk apa-apa yang dimilikinya atau untuk bermegah-megah, maka itulah fisabilis syaitan atau kerana mengikut jalan syaitan..” (Riwayat At-Tabrani)

Kesimpulannya, bekerjalah! Kerana Allah! ;)

http://matcuoi.com

Sahabat2 ana sume! Ana nak gitau something nih! Wee~ Ta lama lagi nak dapat anak sdare..hahah~ Da lama sangat tunggu saat nak dapat anak sdare nih.. Due, bulan 4, in sya’Allah akak sulung ana akan melahirkan ..tolong doakan ana dapat anak sdare yang sihat2 lagi chumil2 ya! First anak sdare nih..huhu~ Btol2 jeles tengok orang lain ade anak sdare..huhuh! Err..yang beshh lagi..heheheh~ Ana nak dapat 2 anak sdare! Upss..bukan akak ana lahirkan anak kembar..tapi Mico bunting nih! Hahha~ aiyark..cepat2 la Mico beranak ya.. Tapi rasanya ana ta sempat nak sambut kelahiran baby2 baru Mico tuh..uhuks! uhuks! Tape..adik2 ana ramai..sambutlah korunk ya! Ehhe~

Nanti mesti rindu gak kat Mico..huhu~ Rutin harian seblom pegi kerja, bagi makanan kat Mico.. Mula-mula tuh, lepas bangun dari tidur, baru pegang tombol pintu bilik, suara Mico da bunyi da.. Bergesel-gesel kat kaki orang..gedik la Mico nih..hahaha~ Tapi comel! Wawawa~ Sangat2 ta kisah..hee~ Pastu time balik kerja dalam kul 1 lebih2.., dia duk tunggu kat depan pintu rumah.. Lapar la tuh, seharian kita tinggal dia.. huhu~ Kesian Mico..tapi kekadang ana sengaja lambat2kan nak bagi makanan..jahat btol..haha~ Bkan pe, slagi kita ta bagi makanan, slagi tuh dia duk bergesel-gesel ngan kita..ngee~ kan best..wawawa~

http://matcuoi.com

Haa..apakah korunk sume pelik sebab ana citer macam bukan hanya nak tinggalkan dunia blog *tuk smentara, tapi cam nak tinggalkan rumah jugak.. hehehe~ Nanti bila ana start blogging lagi in sya’Allah ana gitau ya! Memang nak tinggalkan rumah jugak..*tuk sementara..hahah~ Doakan ana dapat ilmu yang berguna dunia akhirat ya! Ta sabar sanagt nak pergi tempat tu..hee~

Okeh..akhir kalam dari ana, Selamat Tinggal Blogku, rakan-rakan blogger dan pembaca2 setia yang budiman *ada ker?..uhuks! uhuks!

Membangun bersama Islam,salam ukhuwwah fillah dari ana..

Wallhu'alam..Wassalam..

http://matcuoi.com
p/s : kpd kak fa'ija, masheh ya slalu singgah blog miss purple!

~^^~Subhanallah..Alhamdulillah..Laa ilahaillallah..Allahuakbar~^^~

Monday, February 21, 2011

~Award Dari MiSs PurPLe??~

Assalamualaikum w.b.t..http://matcuoi.com

Award? Adess..heheh! Ni first time ana wat awrd nih..huu~
Jadi atau tak, tu laen kira okeh! kuikuikui..

Yang penting, nih ikhlas nih dari sudut ati yang paling dalam lagi gelap gelita nih..http://matcuoi.com
Walopum ta cantik dan award nih biasa2 aje, terimalah seadanya ya! ehhe~

Ni lah awardnya..khas untuk sahabat2 ana yang sudi jadik kawan kat blog buruk ana nih..
hehehe..
Ada 2..tapi ana tatau nak bagi yang mana..hee~ Sahabat2 sume pilih sendiri la ya?
http://matcuoi.com
Yang mana satu....pilihan kalbu..lalala~



Err..pilih..pilih..

http://matcuoi.com


Huhu..memang ta sempurna, tapi tu aje la yang ana mampu buat stakat nih..
in sya'Allah..kalo seandainya aku telah dewasa..akan kucapai segala citaku harapanmu..
akan ku balas kasihmu..ayah dan ibu.. eh nape termenyani lagu nestle lak ni..erm..
Haa..kalo nanti ana dah pandai wat comey2..ana wat la lagi ya! in sya'Allah..

Oke, huh..entri kali ini sangat ringkas kurasakan..kuikuikui..

Membangun bersama Islam, Salam ukhuwwah fillah dari ana..
Wallhu'alam..Wassalam..

http://matcuoi.com


~^^~Subhanallah..Alhamdulillah..Laa ilahaillallah..Allahuakbar~^^~

Sunday, February 20, 2011

~Passport Rasulullah SAW??~

Assalamualaikum w.b.t..http://matcuoi.com
Ai ai kapten! Spongebob squarepants!*apa kes plak nih ngan sponge2 masok lam ini cerita.. Terpengaruh ngan cik Taniameow la ni! ;) Err.. Kaifa halukum? Huu~ Ana baik-baik aje, Alhamdulillah!
Oke readers, ini hari..ana mau cerita tentang passport Rasulullah SAW. Aiyark?? Rasulullah SAW pun ada passport ka? Er..jangan tatao..hehehe..
PASSPORT RASULULLAH SAW

Bukanlah! Zaman Rasulullah SAW mana ada lagi passport cam kita.. *Cam KITA? Ehhe~ Ana blom ada passport lagi..kui3 Cuma passport yang kita sedang bicarakan nih adalah ilham dari Dr Wan Hassan & Dr Mohd Khalil..Yup! Yang jadi tetamu jemputan dalam rancangan al-Kulliyyah pukul 5 ptg Jumaat yang lepas tuh! Remember? Ingat tak? Hee~

First time ana dengar tajuk passport Rasulullah SAW tu, memang pelik jugak. Tertanya-tanya.. Tapi lepas tengok passport Rasulullah SAW yang ditunjuk oleh Ustaz Fauzi, rupa-rupanya bentuknya hampir sama dengan passport biasa Cuma saiznya agak besar sket la.. Biaselah! Kena special sket..hehehe~ Ustaz Fauzi yang cakap! Erm..pada pendapat ana, passport Rasulullah SAW yang diilhamkan oleh mereka ni macam buku kecil tapi dalam bentuk passport.

Macam mana bole keluar idea untuk buat passport Rasulullah SAW ni ya? Haa..jawab Dr Wan Hassan, beliau selalu ditanya oleh anak-anaknya tentang baginda SAW . Nampak macam hal-hal yang mudah, tapi ramai antara kita tidak tahu ingin menjawabnya dengan betul, kan? Kan? Kan?

Contohnya *kalo tak silap ana..ana pum ingat2 lupa gak ni..hee~* anaknya pernah bertanya kepadanya : Saidatina Aisyah tu, isteri keberapa? Beliau ingat Saidatina Aisyah tu isteri yang kedua, rupa-rupanya Saidatina Aisyah merupakan isteri ketiga.
Haa..sape tao nama keldai kesayangan Rasulullah SAW? Adess..ana pum ta sempat tulis ae tu..hehehe.. ad-Dur ke..eh! lupa! Lupa! Abaikan apa yang ana tulis..huu~ camnilah..lupa aje kejenya.. *garu-garu kepala.http://matcuoi.com.
Lebih kurang camtulah ceritanya. Kadang-kadang kita kurang ambik tao benda-benda camni. Terlepas pandang kut..ehhe~ Contoh terdekat ana, hihihi.. *ana pum ingat Saidatina Aisyah tu isteri kedua Rasulullah SAW..huhuh!

Oke, buku ini sebenarnya mengenai biodata Rasulullah SAW.. Sangat sesuai untuk kanak-kanak .. Yang bukan kanak-kanak pum bole..ahaks! Mungkin pengolahannya yang lebih ringkas kut..er..ringkas ke? Entahla..ana pum tatao sebab ana hanya tengok sekilas gitu aje dalam tv.. Dr Mohd Khalil jugak ada menyatakan bahawa dalam buku kecil nih, terdapat bagaimana cara baginda SAW mendidik isteri-isteri baginda sehingga kesemuanya isteri baginda menjadi muslimah penghuni syurga. Muslimah solehah yang benar-benar confirm masok syurga! Waa..best kan? Kan? Kan?

Bagaimana buku kecil nih boleh membantu pendidikan kanak2? Hurm..bila baca buku nih, mungkin kanak-kanak akan menjadikan Rasulullah SAW sebagai idola dan ikon remaja-remaja sekarang kerana apa yang dibawa baginda adalah akhlak dan ajaran Islam yang paling seimbang dan sempurna. Yup, lebih baik jadikan nabi Muhammad SAW senagai idola daripada jadikan Justin Bieber sebagai idola mereka. Lebih baik mereka mempunyai buku kecil yang berkisarkan biodata nabi Muhammad SAW daripada mereka ditemani majalah2 Lady Gagah tak gagah tu..huu~
Perilaku mulia baginda juga turut diketengahkan dalam buku kecil ni.. Dr Wan Hassan cakap, pegang gelas pun ada caranya tau! Camni pegang gelas.. Hee~ Ana tengah tunjukkan cara2nya nih, Nampak tak? Ya Allah! Huish! Bahayanya!! Kalo ta nampak tu maknanya…normal lah! Alhamdulillah..Teruk jugak kalo nampak nih, ana pum tatao nak cakap apa kalo bole nampak… kuikuikui… Cara pegang gelas dengan tangan kanan, tapi bahagian atas tangan kiri tu, letak bawah gelas.. Kalo rasa panas kat bawah gelas tu maknanya something wrong somewhere.. Mungkin ada racun ke apa ke..Aaa..tu nenek dr yang cakap..kui3~ Hurm, kalo minum air panas? Huuu~ memang panas dari atas ke bawah la kan? Hee~ Yang tu ana ta pandai nak jawab, jangan tanya ana oke! Hehehe..

Haa..dalam buku nih jugak ada pelan rumah Rasulullah SAW.. Waah.. Baru kali ni ana dengar tentang pelan rumah Rasulullah SAW. Tahu tak bahawa susunan dalam pelan rumah Rasulullah SAW dapat mententeramkan seisi rumah? Ada yang dah buat cara baginda buat, ternyata memang dapat tenteramkan seisi rumah. Subhanallah.. rupa-rupanya kedudukan bilik setiap isteri baginda ada hikmahnya! Kalo macam ni, kita bole contohi pelan rumah Rasulullah SAW la ni.. Misalnya bilik anak yang paling tua sampailah bilik anak yang bongsu. Lawan arah jam.. Er camane nak jelaskan kat sini ya? Haa..nampaknya kena beli la ni..hahaha~ *iklankah ini? Wuu~ no komen..no komen..wawawa~ Kalo rasa nak beli, belilah ya!
*Err,,nape ana rasa macam tetiba aje jadik ejen plak ya? Tadelah..bukan ejen ..hehehe~ Ta bleh! Ta bleh! I’m still a budak la! Hohoho…
Oke, bagi sape yang nak beli kalo ta jumpa kat kedai-kedai buku ke, anda bole tepon num nih ya!Kalo nak jadi ejen pum bole! Nasib baik sempat salin num telefon Dr Wan Hassan.. *Wat gadis2..jangan nak gatei no..Dr Wan Hassan da kawen..hahah~ K, kat bawah ada num dr..
Dr Wan Hassan : 012-6312010
Tentang harga tu kalo tak silap pendengaran ana RM29.30.. Maafla kalo silap info ya.. Tolong perbetulkan harga sebenarnya kalo ana salah.. Kalo nak lebih pasti, tepon dr sendiri..hehe~
Haa..akhir kalam, in sya’Allah akan ada passport Khulafa’ ar-Rasyidin pula. Moga dr berdua teruskan usaha untuk menyebarkan ilmu dalam kalangan umat Islam. Semoga Allah memberkati kalian atas usaha ni, ameen!



Oke, stakat ni dulu lah ya!.Hehe..lain kali kalo ade masa ana tulis entri lagi..wee~ Membangun bersama Islam Salam Ukhuwwah fillah dari ana..
Wallahu'alam.. Wassalam..http://matcuoi.com


~^^~Subhanallah..Alhamdulillah..Laa ilahaillallah..Allahuakbar~^^~

Wednesday, February 16, 2011

~Tanyalah Ustaz : Cintai Rasulullah bahagian 2~


Assalamualaikum w.b.t..http://matcuoi.com

Apa khabar iman dan fizikal? hehehe...moga terus meningkat ya! in sya'Allah..doakan ana juga..wee~

Oke! Hari ni nak kongsi sesuatu kat sini! Alaa..yang ana cakap cam ae tu la..huhuhu~ Da lupa? aiseh! err.. Tanyalah Ustaz..la! Haa..tapi maafla ya? ana tak sempat tengok yang bahagian 1..huh! Tersangat rugi.. tape..ana de catat sket point2 yg dberikan oleh Ustaz Roslan Mohamed (Pensyarah Kanan UM) dalam bahagian 2... bahagian 2 pum jadila..huhu~
Tapi..kalo ada yg khilaf, minta pembaca2 tolong betolkan..huhuhu~ Syukran! Syukran!http://matcuoi.com Hah! Jom start..(maaf ya sbb bru tulis entri..uhhu~)
http://matcuoi.comBagaimanakah cara kita melahirkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW??http://matcuoi.com
Bagaimanakah? huu~ Oke, seblom menjawab, nak gitau yang ukuran sayangnya nabi kepada kita terletak pada ukuran sayangnya kita kepada nabi. Skarang cuba kita tanya hati kita sejauh mana sayangnya kita kepada nabi? Apakah kita sangat sayang akan nabi melebihi sayangnya kita kepada kedua ibu bapa, diri sendiri dan semua makhluk di dunia ni? Jika ya, alhamdulillah! Kita tak pernah melihat baginda, bagaimana mungkin kita akan mencintai baginda? Boleh! Dengan membaca sirah-sirah nabi..kehidupan nabi, sejak di awal kelahiran baginda hingga sampai ke kisah kewafatan baginda. Dengan cara itu, kita dapat menghidupkan suasana kewujudan nabi dalam diri kita.. Kita boleh lahirkan rasa cinta melalui pengamalan sunnah-sunnah dan pembacaan hadis-hadis baginda. Kita ta bleh tinggalkan hadis nabi sebab ia salah satu cara untuk kita terus menghidupkan rasa cinta kita kepada nabi. Kalo kita dekat dengan nabi, kita akan berbicara sepertimana nabi berbicara, penuh hemah.. Kita akan beramal sepertimana nabi beramal..Subhanallah! Bukankah baginda diutuskan untuk menyempurnakan akhlak? Tidakkah kita mahu akhlak kita sempurna? Walopun kita ta bole ikut akhlak baginda 200%, tapelah kalo da bleh ikut 50% tuh..Yang penting kita cuba contohi akhlak baginda..kan?kan?kan? Dan! Selawatlah selalu ke atas junjungan, in sya'Allah akan terdetik suatu hari dalam hati kita ni bahawa tiada orang yang paling kita kasihi kecuali nabi kita, nabi Muhammad SAW.. Allahuakbar!
Sekarang, ramai yang mengaku cinta akan nabi, baguslah! Alhamdulillah! Tapi, buktinya? Hee~

Takpelah..aku blom tua lagi..nanti bila da tua, confirm aku tobat banyak2..
Aku amalkan sunnah nabi tu..Ko jangan risau..


Uhhuu~ ade ke yang camni? nauzubillah minzalik..ana tamo jadi yang camni.. Kenapa perlu tunggu hari tua baru nak bertaubat banyak2? Baru nak start amalkan sunnah2 nabi? Kenapa tidak kita mulakan sekarang? Cakap cinta...huhuhu~ Kalo sayangkan nabi, jom kita sama2 ikut sunnah baginda.. Oke..selawat..da selawat banyak2..masih tak membuktikan cinta kita kepada baginda? kita selawat banyak2..tapi akhlak kita? kalo selawat banyak2 tapi akhlak buruk, hati penuh rasa benci dan dendam pum ta guna juga.. err..ustaz yang cakap ni tau! huhu~ betol apa yang ustaz cakap ni..ana setuju.. Sayang kepada nabi dengan hanya berselawat sahaja tak cukup.. kita hidupkan sunnah baginda, amalkan sama2 ya? in sya'Allah..moga Allah mempermudahkan kita dalam mencontohi akhlak terpuji junjungan mulia kita,Rasulullah SAW.. ameen.. http://matcuoi.com

Cuba kita lihat para sahabat di zaman Rasulullah SAW. Mereka sanggup berkorban harta benda demi Islam. Mereka sangat memuliakan nabi, mereka cintai nabi, mereka ikut sunnah2 nabi..
Ustaz ada bercerita tentang kasihnya Saidina Abu Bakar kepada baginda SAW.. Tapi maaflah ya! tak ingat dah cerita tu cane..hu3~ tak sempat salin abes..wuu~
Oke, jom cakap2 sal Maulidur Rasul lak ya?? Hurm, ustaz cakap, Maulidur Rasul bukan sahaja hari tuk kita meraikan hari kelahiran nabi kita, tapi ia juga hari untuk kita raikan ajaran nabi, agama Islam yang syumul ni.. Sebab bila baginda lahir, baginda bawa rahmat ke seluruh alam! Ya! Betol! Baginda memartabatkan kedudukan wanita yang seblom tu kita tahu bagaimana bayi-bayi perempuan ditanam hidup-hidup, dibunuh.. Wanita dianggap hina.. Tapi nabi datang, mengangkat martabat wanita. Wanita dimuliakan..Alhamdulillah ya Allah! Kerana Engkau telah mengutuskan baginda SAW sebagai pemimpin kami yang sempurna akhlak dan ajarannya.. Rahmat baginda juga bukan sahaja dapat dirasai oleh manusia sahaja, kan? Macam yang ana cakap tadi, nabi bawa rahmat ke sekelian alam.. Ini maknanya, binatang, tumbuhan turut merasa rahmat itu.Malah, yang bukan beragama Islam pum dapat rahmat juga! Benar! Adess ta caye? Bukti kat bawah..
haa..kan?kan?kan? Cakap ta caye..huhuh!
Datangnya baginda mengajarkan kepada kita adab-adab terhadap binatang.. Mana bleh main sembelih ngan pisau tumpul, seksa binatang tu.. nabi ajar gunakan benda yang tajam..agar binatang tuh tak terseksa lama sangat..huhuh! Supe gak ngan tumbuh-tumbuhan, kan? Ta bole main ghetah2 gitu org Klate kate..hu3 Ta bole err..main petik aje, kan? kecuali kalo ade tujuan yang baik, kan?..hu3~

Oke jom sambung lagi..
http://matcuoi.com Kenapa kita sukar mencontohi nabi Muhammad SAW?

Kenapalah susah sangat nak mencontohi akhlak insan agung ni?
Hurm...Ustaz cakap sebab kita tidak cuba mendalami ilmu.. Btol tu ustaz, yang ni pum ana sokong..ehhe~ Ilmu itu penting. Tuntutlah ilmu tentang hukum-hakam yang berkaitan. Sebabnya, kalo kita tade ilmu atau kurang ilmu, bagaimana kita nak contohi Rasulullah SAW?
Contohnya, kita nak contohi cara solat Rasulullah SAW, tapi bagaimana mungkin kita solat cara baginda solat kalo kita tak mendalami ilmu yang berkaitan dengan solat tu?
Ilmu adalah asas yang paling utama. Kita ta mungkin dapat ikut sunnah baginda jika kita tidak berilmu. Belajarlah..Tuntutlah ilmu.. Melalui hadis2 baginda SAW pum bole,kan?kan?kan? ~^_^~! in sya'Allah..*Ana! Kena ingat jugak! ;)

p/s : ilmu tanpa amal ibarat pokok tak berbuah..aiseh! teringat kata2 hikmat yang ditampal kat skola dulu..ngee~ ;D

Okeh readers! Ana brenti kat sini dulu ya! Insya'Allah jumpa lagi di lain waktu..Jika nafas masih ta terhenti.. huhuhu~ Diharap entri kali ni bermanfaat.. Minta maaf sebab ta semua yang ustaz Roslan cakap, ana bole tulis kat sini.. sket2 aje tape, kan? Ta larat..ngee~ Membangun bersama Islam..In sya'Allah. Ukhwah fillah.. Wallhu'alam.. Wassalam..
http://matcuoi.com




~^^~Subhanallah..Alhamdulillah..Laa ilahaillallah..Allahuakbar~^^~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Cutest Blog ^^,


Copyright© All Rights Reserved halaqahcinta-muslimah.blogspot.com