~أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله~

Friday, September 17, 2010

Sembahyang titik tolak segalanya~

Assalamualaikum w.b.t..
Pagi tadi ana ade terbaca sebuah buku..sebab tertarik ngan satu sajak dalam buku tu,ana nak share jugak sebab best..
Mungkin boleh menginsafkan.. Moga bermanfaat..~ :)

SEMBAHYANG TITIK TOLAK SEGALANYA

Kebaikan seseorang hamba itu
Bermula daripada membaikkan sembahyang
Dari sembahyanglah titik tolak segala-galanya
Apabila sembahyang itu sempurna lahir batinnya
Khusyu’, khudu’, tadharru’ dan faham apa yang dibaca..

Selepas itu rahmat dan berkat
daripada Tuhan pun mencurah-curah
dianugerahkan kepadanya
Allah Taala akan bersihkan jiwanya
Tuhan akan masukkan hidayah ke dalam hatinya
Cinta, takut, kasih sayang, pemurah, bertimbang rasa
Sabar, redha, tawakal, pemaaf pun berbunga

Kelihatan pula pada peribadinya syariat sangat dijaga
Akhlak mulianya, disiplin peribadinya ketara
Kerana itulah betulkan sembahyang kita
Hayati sembahyang sehingga kita terasa bahawa
kita menyembah-Nya

Janganlah anggap jiwa boleh dibersihkan
tanpa sembahyang
Atau boleh jiwa kita dimurnikan
dengan sembahyang yang lebih kurang
Sembahyang adalah ibu segala ibadah
Sembahyang adalah sumber segala kebaikan

Di dalam Islam sembahyang sangat diambil perhatian
Apabila baik sembahyang
segala-galanya akan menjadi baik
Jika sembahyang sudah dicuaikan
atau sembahyang tiada penghayatan
Maka seluruh pintu kebaikan akan tertutup
Kalau ada juga orang boleh buat kebaikan
tanpa sembahyang
Ini adalah kebaikan bukan bertunjangkan iman
Boleh jadi kebaikan itu secara kebetulan atau ikut-ikutan
Haraplah diambil perhatian tentang sembahyang..


Sumber :Buku Panduan Praktikal Sembahyang
Akhir kalam, sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan..
Coretan ini sekadar untuk berpesan-pesan sesama kita (terutamanya diri sendiri ni..huhu~)
Wassalam.. :)
~^^~Subhanallah..Alhamdulillah..Laa ilahaillallah..Allahuakbar~^^~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Cutest Blog ^^,


Copyright© All Rights Reserved halaqahcinta-muslimah.blogspot.com