~أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله~

Friday, September 17, 2010

Sembahyang titik tolak segalanya~

Assalamualaikum w.b.t..
Pagi tadi ana ade terbaca sebuah buku..sebab tertarik ngan satu sajak dalam buku tu,ana nak share jugak sebab best..
Mungkin boleh menginsafkan.. Moga bermanfaat..~ :)

SEMBAHYANG TITIK TOLAK SEGALANYA

Kebaikan seseorang hamba itu
Bermula daripada membaikkan sembahyang
Dari sembahyanglah titik tolak segala-galanya
Apabila sembahyang itu sempurna lahir batinnya
Khusyu’, khudu’, tadharru’ dan faham apa yang dibaca..

Selepas itu rahmat dan berkat
daripada Tuhan pun mencurah-curah
dianugerahkan kepadanya
Allah Taala akan bersihkan jiwanya
Tuhan akan masukkan hidayah ke dalam hatinya
Cinta, takut, kasih sayang, pemurah, bertimbang rasa
Sabar, redha, tawakal, pemaaf pun berbunga

Kelihatan pula pada peribadinya syariat sangat dijaga
Akhlak mulianya, disiplin peribadinya ketara
Kerana itulah betulkan sembahyang kita
Hayati sembahyang sehingga kita terasa bahawa
kita menyembah-Nya

Janganlah anggap jiwa boleh dibersihkan
tanpa sembahyang
Atau boleh jiwa kita dimurnikan
dengan sembahyang yang lebih kurang
Sembahyang adalah ibu segala ibadah
Sembahyang adalah sumber segala kebaikan

Di dalam Islam sembahyang sangat diambil perhatian
Apabila baik sembahyang
segala-galanya akan menjadi baik
Jika sembahyang sudah dicuaikan
atau sembahyang tiada penghayatan
Maka seluruh pintu kebaikan akan tertutup
Kalau ada juga orang boleh buat kebaikan
tanpa sembahyang
Ini adalah kebaikan bukan bertunjangkan iman
Boleh jadi kebaikan itu secara kebetulan atau ikut-ikutan
Haraplah diambil perhatian tentang sembahyang..


Sumber :Buku Panduan Praktikal Sembahyang
Akhir kalam, sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan..
Coretan ini sekadar untuk berpesan-pesan sesama kita (terutamanya diri sendiri ni..huhu~)
Wassalam.. :)
~^^~Subhanallah..Alhamdulillah..Laa ilahaillallah..Allahuakbar~^^~

Saturday, September 4, 2010

Kata-kata hikmat HAMKA

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah hari ni ana nak share tentang kata-kata hikmat Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah yang lebih femes ngan nama HAMKA..
Kata-kata hikmat ni ana dpt kat mane ntah..lupa laman web sebab dah lama dah cari pasal ni..
Apa-apa pun selautan penghargaanlah kpd laman web tu, hehe.. :) Thanks!

#Mengikut adab kesopanan,tetamu yang tidak menghormati diri dan tidak menghormati ahli rumah yang ditemui,bukanlah orang yang patut dihormati.

#Berkisar dan berpaling dari keadilan kerana dorongan hawa nafsu hanyalah mempersulitkan diri sendiri.

#Adil dalam budi pekerti ialah perangai iffah.Adil menghadapi lawan ialah memakai perangai syajaah.Adil dalam pergaulan ialah menghindarkan lengah dan lalai.Adil di dalam masyarakat ialah menengelamkan kepentingan diri sendiri ke arah masyarakat bersama.

#Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya.

#Agama tidak melarang sesuatu perbuatan kalau perbuatan itu tidak merosak jiwa.Agama tidak menyuruh,kalau suruhan tidak membawa selamat dan bahagia jiwa.

#Maksud agama ialah merentangkan jalan, manakala fikiran ialah membanding dan menimbang.

#Tiga sifat yang ditimbulkan oleh agama, iaitu perasaan malu iaitu enggan mendekati suatu yang tercela.Boleh dipercayai di dalam pergaulan hidup (amanah), benar dan jujur.

#Kepercayaan kepada Tuhan itu telah ada dalam lubuk jiwa manusia.Tetapi kepercayaan tentang adanya Allah itu belum menjadi jaminan bahawa orang itu tidak sesat.

#Salah satu tugas agama ialah memelihara akal.Memelihara akal ialah dengan jalan menambah ilmu melatih diri berfikir,merenungkannya.

#Hawa nafsu membawa kesesatan dan tidak berpedoman dan akal menjadi pedoman menuju keutamaan.Hawa nafsu menyuruh mengelamun,berangan-angan,tetapi akal menyuruh menimbang.

#Anak adalah untuk zaman yang akan datang,bukan untuk zaman kita.Salahlah pendidikan orang tua yang hendak memperbuat anaknya seperti mereka juga.

#Tahan menderita kepahitan hidup sehingga penderitaan menjadi kekayaan adalah bahagia.

#Yang menjadi kepala pemerintah ialah kebenaran dan yang menjadi hakim yang paling berkuasa ialah keadilan.

#Kesombongan tidak dapat bertahan di hadapan kesombongan.

#Kalau tuhan tidak menjadikan perhambaan dan perbudakan,tentu tidak akan timbul keinginan hendak mengejar kemerdekaan.Memang kalau tiada kesakitan,orang tidak mempunyai keinginan untuk mengejar kesenangan.Oleh itu tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa sakit dan pedih adalah tangga menuju kejayaan.

#Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya.
~^^~Subhanallah..Alhamdulillah..Laa ilahaillallah..Allahuakbar~^^~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Cutest Blog ^^,


Copyright© All Rights Reserved halaqahcinta-muslimah.blogspot.com