~أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله~

Friday, July 30, 2010

Pengguna Bijak

Bismillahirrahmaanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t...
Da lama ana xupdate blog ana.. :)
mungkin disebabkan longgokan kerja sekolah dan kelas yang xkan habis selagi ana masih bergelar pekajar..
17.8.2010 ana akan menghadapi trial exam..Tolong doakan untuk ana agar ana dapat buat yang terbaik..Insya'Allah..

Hari ni ana nak share something lagi.Amalkanlah..Moga bermanfaat.. Ameen...


AMALAN LESTARI SEMASA MEMBELI BELAH

1. Beli sayur-sayuran dan buah-buahan dari ladang organik (menggunakan baja organik / kompos dan tanpa racun makhluk perosak).

2. Beli makanan segar. Makanan sejuk beku menggunakan 10 kali ganda tenaga untuk dihasilkan.

3. Beli produk keluaran tempatan (Buatan Malaysia). Ia menjimatkan bahan api dan mengurangkan pelepasan karbon dioksida yang keluar semasa proses penghantaran.

4. Beralih ke barangan yang boleh digunakan semula. Ini mengurangkan barang buangan dan menjimatkan sumber tenaga. Lampin pakai buang adalah bahan yang tidak boleh lupus dengan sempurna.

5. Jangan beli barang-barang yang diperbuat daripada haiwan atau tumbuhan terancam bagi mengekalkan biodiversiti yang menjamin keseimbangan alam sekitar.

6. Bawa bekas mengisi makanan sendiri apabila membeli makanan untuk dibawa pulang. Ini akan mengurangkan penggunaan bekas “styrofoam” yang tidak boleh lupus.

7. Rancang pembelian untuk mengelakkan daripada membeli barangan yang tidak perlu. Cara ini juga akan membantu para pengguna untuk berjimat.

8. Rancang tempat untuk membeli belah bagi menjimatkan bahan api dan masa. Belilah barang keperluan dengan sekali pergi sahaja. Sebaik-baiknya kurangkan memandu bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas atau berjalanlah untuk mengurangkan pencemaran udara.

9. Bertukarlah kepada petrol tanpa plumbum. Ia mengurangkan pelepasan plumbum ke atmosfera.

10. Pilih peralatan bebas kloroflorokarbon (CFC) serta mesra alam yang menjimatkan tenaga. CFC boleh memusnahkan lapisan ozon dan menyebabkan pemanasan global.

11. Sewa atau pinjam barang yang jarang digunakan. Menyewa lebih menjimatkan ruang penyimpanan barang dan wang.

12. Beli barangan terpakai seperti buku, perabot, peralatan memasak dan lain-lain. Ia merupakan salah satu amalan penggunaan semula.

13. Bawa beg sendiri untuk membeli belah. Beg plastik tidak boleh dilupuskan dan mengambil masa antara 150 sehingga 500 tahun untuk diuraikan.

14. Gunakan bateri yang boleh dicaj semula dan tanpa cadmium untuk semua peralatan elektronik yang memerlukan bateri.

15. Pilih barang yang kurang menggunakan bungkusan bagi mengurangkan sisa pepejal. Membeli barangan secara pukal dan yang boleh diisi semula kandungannya lebih murah dan menjimatkan pembungkusan.

16. Fikir dahulu sebelum membeli-belah. Beli apa yang anda perlu dan bukan apa yang anda mahu.

17. Lakukan pembelian secara atas talian (online) untuk mengurangkan kos pengangkutan. Berhati-hati semasa melakukan pembelian secara atas talian dan elakkan diri anda dari ditipu.

18. Beli barangan yang diperbuat daripada kertas atau bahan kitar semula.

19. Apabila hendak menukar atau membeli barangan elektrik yang baru, pilihlah model berlabel “Energy Star” yang menjimatkan tenaga serta wang.

SUMBER : Berita Harian Isnin 28 Jun 2010
Sekian...Wassalam
~^^~Subhanallah..Alhamdulillah..Laa ilahaillallah..Allahuakbar~^^~

Tuesday, July 13, 2010

Tarikh Percubaan PMR dan SPM 2010

Assalamualaikum w.b.t...
Bismillahirrahmaanirrahim...

Hari ni nak share something lagi..heee..

MAKLUMAN : Semua pelajar Tingkatan Tiga dan Tingkatan Lima



Tarikh Peperiksaan Percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 ialah pada :

PERCUBAAN PMR : 2 OGOS 2010 - 9 OGOS 2010


PERCUBAAN SPM: 16 OGOS 2010 - 3 SEPTEMBER 2010



Diharapkan semua pelajar Tingkatan Tiga dan Tingkatan Lima mengambil perhatian daripada notis ini. Terima kasih.


Adesss....nak dekat dah ni..jom sama-sama kita usaha kasi baek kita punya RESULT..!


For all my friends especially yang satu class ngan ana,GOOD LUCK!!!!!
If we think we can do..Yes we can do!!

~^^~Subhanallah..Alhamdulillah..Laa ilahaillallah..Allahuakbar~^^~

Thursday, July 8, 2010

Tips Kesihatan

Assalamualaikum w.b.t...
Hari ni ana nak kongsi 1 artikel tentang kesihatan kita..
Moga bermanfaat yaa!!~^_^~

Fakta ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan Serangan Jantung ..... Masyarakat Cina dan Jepun minum teh panas untuk ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan.




Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.




Petanda Lazim Serangan Jantung

Amaran berkenaan serangan jantung – Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri. Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.


Kata pakar kardiologi (jantung), jika seseorang telah membaca fakta ini, sebarkanlah ia kepada 10 orang lain yang dikenali, anda mungkin tidak mampu menyembuhkan pesakit, tetapi anda sebenarnya berjaya menyelamatkan seseorang dari menjadi pesakit.

Wassalam...~^_^~
~^^~Subhanallah..Alhamdulillah..Laa ilahaillallah..Allahuakbar~^^~

Saturday, July 3, 2010

Zikir Rindu

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah akhirnya ana ada kesempatan juga nak menulis kat blog baru ni..
hehe..happynya dapat buat blog..

Erm..hari ni nak kongsi satu puisi yang ana create sendiri tapi mungkin xbest bg korang kuuut...huhuuu..
xpela..nak tulis gak..
Tajuknya...jeng..jeng..jeng..!!!

ZIKIR RINDU

Subhanallah..Maha Suci Allah..
Rabbku berkata..
Kun faya kun! Jadilah!
Maka jadilah engkau,engkau,engkau dan aku!
Kuasanya tiada tara..
Akal dan pancaindera itu buktinya..

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah..
Yang menjadikan seluruh alam semesta..
Pelbagai jenis makhluk,warna dan bentuk..
Tidakkah syukur di hati mengetuk??

Allahuakbar..Allah Maha Besar..
Tiada yang lain selain Dia..
Islam yang syumul, nikmat tak terkira..
Ajaran dari pelbagai sudut dan cara..


Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar..
Zikir rindu beralun di hati..
Ucapan yang paling Dia sukai..
Moga kita sentiasa diberkati..
Dengan nikmat cinta Ilahi..

Cinta Ilahi cinta sejati..
Cinta abadi cinta hakiki..
Cinta ukhrawi cinta yang suci..
Cinta Allah bahagia menanti..


Harapan ana moga kita semua akan dapat nikmat CINTA SEBENAR dalam kehidupan kita ni!
Ameeen...



~^^~Subhanallah..Alhamdulillah..Laa ilahaillallah..Allahuakbar~^^~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Cutest Blog ^^,


Copyright© All Rights Reserved halaqahcinta-muslimah.blogspot.com