~أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله~

Thursday, December 30, 2010

~AZAB bagi WANITA~

Assalamualaikum w.b.t...

Gud evening sume! hehehe..

good-evening-desi-glitters-21

Hari ni ade tajuk best nak share kat blog MiSs PurPLe nih..huhu~

Ana dapat dari emel ana..pum dah lama, tp baru terfikir sekarang je nak post sini..

Jom..sama-sama baca..moga ada antara kita terbuka hati ke..insaf ke..huhu~ seperti biasa, ana turut mengingatkan diri ana yang selalu alpa dalam melayari bahtera kehidupan sebagai seorang muslimah ni.. k, tanak cakap banyak lagi..tengok kat bawah tuu..



Azab Bagi Wanita (tlg ingatkan kpd semua kaum perempuan yg kamu kenal!)

Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat Renungan khususnya
untuk para wanita dan diri sendiri.....

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah
menangis manakala ia datang bersama Fatimah . Lalu keduanya bertanya
mengapa Rasul menangis.

Beliau menjawab, "Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat
perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan.
Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena,
menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.
"Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang
dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantang kedua kakinya dengan terikat
tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kala jengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya
dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam,
memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta,
dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar
dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan
kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu
kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang
rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar
dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api
neraka,"kata Nabi.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung
rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup
rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang 'mengotori' tempat
tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak
taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan
perempuan yang tidak mahu mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk
lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka
karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain
bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan
muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya
diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa solat tapi
tidak mengamalkannya dan tidak mahu mandi junub.

* Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar
ialah tukang umpat dan pendusta.. Perempuan yang menyerupai anjing
ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."Mendengar itu,
Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.

Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.







Insya'Allah..dengan adanya emel peringatan sebegini, ramai muslimin & muslimah boleh saling mengingatkan azab buat wanita sebagaimana tulisan di atas sementara masih hidup ni kan..kita bukan makin muda..huhu~ Malah,xkira tua ke muda ke..ajal tetap menjemput bila tiba masanya..

Manusia mudah lupa..itulah hakikatnya! Jadi, tolong sebar2kan ya.. semoga kita sama2 dapat manfaat darinya.. Ameen!



Ok, lama lagi nak balik umah ni..xpe2..xde kaitan ngan entri kat atas..ngeee~
Membangun bersama Islam.. Wassalam..




~^^~Subhanallah..Alhamdulillah..Laa ilahaillallah..Allahuakbar~^^~

Tuesday, December 28, 2010

~Bila Dia Berbisik~

Assalamualaikum w.b.t...

Pekabo sume? hehe~ Ana nak post lagi..wee~ Yela..xde mende duk tunggu orang je nih..sambil tunggu sambil ngepost..ngeh3

Sedang duk bace emel tadi..ana ade t'baca satu emel dari seorang sahabat ana (my lovely bestfriend insya'Allah dunia akhirat..ameen!) Dia ade anto mesej sal syaitan laknatullah la ni..
Hurm..sangat menarik..sebenarnya dah lama dia anta ni,tapi ana xpostkan aje..huhu~ ye la skang nak post la ni..wee~

Pernah xterkadang kita berasa ade sumthin dalam diri ni rasa nak wat baik aje...
Pastu, ade sumthin pulak yang menyekat kita..menyuruh kita melengah-lengahkan kebaikan tuh..
Hurm..ana pernah dengar orang kata (orang mana da lupa da...kui3) yg menyuruh ke arah kebaikan tu malaikat.. Yang menyuruh ke arah kejahatan pulak..syaitan..huhu~
Sebab tu bila kita rasa nak wat kebaikan..teruskan & segerakan..kalau x, mesti ade punyela yang sebuk2 nak menyampuk tu la..ni la.. dalam diri kita,kan? ( sekaligus mengingatkan diri sendiri nih..uhuks!)

K,jom baca emel tuh! ;)

BILA DIA BERBISIK!

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie!.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah..
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... ..
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa! .....

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh..awal lagi!mmm.. suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. .....
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii!!

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh!! ...

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah!!

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. ...... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh!

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee..
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....


Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :

1. Anda - Patutke aku biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox aku.
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (Forward E-mail ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2


OK readers.. ana kena g dah ni..nak balik umah..hehe~ 3 minutes left utk abess waktu kerja..wee~ Moga bermanfaat! Jangan ikut kata2 syaitan tau..iiinngggaattt!!! ( pesan kat diri sendiri gak! huhukhuks!)

Membangun bersama Islam...Wassalam!

p/s: cantik x signature baru? Ahaksss! papai..! SALaM.. :)


~^^~Subhanallah..Alhamdulillah..Laa ilahaillallah..Allahuakbar~^^~

Monday, December 27, 2010

~Rokok VS NiQuitin~


Assalamualaikum w.b.t...Selamat pagi dunia!! wee~

Hurm..ae ni keje jugak..( Eh..apsal ni! Xde kaitan ngan tajuk kat atas..uhuks! )

Ok everybody..today we want to talk about..ROKOK VS NIQUITIN! Mana yang lebih mempercepatkan mati? Uish..ape ana merepek ni..bukan tu yang nak kita bincangkan!( Mulut yg agak celupar..kui3! Sekeh kang!(Bak kata taniameow..wee~)..)

Papepum..macam biasa, jom analisa satu-persatu..(ceewaah! Analisa la sangat..!)

Pendapat ana :~

~tentang rokok!

#Uish..xbaek utk kesihatan tu.. Wat sesak nafas aje bila bau asapnya yang sangat BUSUK tu menerjah ke hidung..ana memang lemas bila bau asap rokok nih..huhu~ (Maaf ya para perokok..tp ni realiti..uhuks!)

#Lagi..rokok jugak bleh menyebabkan 1 family yg sihat menjadi xbrapa nak sihat..Contohnya : Bila ayah merokok...anak ikut sama merokok...ibu menghidu asap rokok dari 2 perokok yang disayangi tuh..tambah2 kalo ibu tu ibu mengandung ( tak kisah la kalo ibu tu yang hisap rokok @ hidu asap rokok )..sian kat anak dalam kandungan tu yang berisiko lahir xcukup bulan, rendah berat badan & mati dalam kandungan..)Fuh.. !konklusinya,1 family tersebut berpeluang dapat pakej sakit jantung, strok & 10 jenis kanser spt kanser paru2, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon & perut...
Pehal la makhluk Allah ni...(yang kat atas 2...) ikut sama mrokok..ni mesti terpengaruh ngan anasir2 xbaik dr manusia niihh..huhu~ Jangan hisap rokok wahai...erm ape yep? Lu pikir la sndiri! wee~

~tentang NiQuitin!

#Haa...sape tahu pasal NiQuitin ni boleh la kongsi2 di sini..yerk? Tapi berdasarkan pengobserven ana & pengalaman kawan2..NiQuitin ni OK gak..! Berkesan ke? Cubalah para perokok..mungkin boleh mengubah cara hidup anda..huhu~ Sayangi orang tersayang..sian la kat orang2 sekeliling anda..uhuks! uhukss!!

#Ana pum tengah cuba NiQuitin gak skarang ni.. Eh..pe plak ana..hurm..bukanla.. I'm not a smoker..huhu~ Ana beli untuk abah.. Sian tengok abah, cuba nak berhenti merokok.. hurm..susahnya berhenti merokok ni..SUSAH bila dah ketagih..Jadi,untuk yang blom mrokok..jangan cuba2 nak mrokok tauuuu! Tolong doakan abah cepat berhenti merokok bleh? Trimas doanya.. Moga Allah makbulkan..ameen3! Kawan ana ckp,,perokok xleh berhenti serta-merta..takut kena strok..betul ke? Entah..xde jawapannya..

#Kat mana boleh beli?? Ana beli kat farmasi Pasir Puteh..Alhamdulillah..ada pum.. Xsia2 g reunion kat KFC Pasir Puteh ngan kawan2..Dapat jugak NiQuitin ni.. Nak tahu x perbualan ana ngan kakak kat farmasi tu? Jom baca sama2...tututttuuttt...
Ana : Assalamualaikum kak..nak tanya ni quitin hop duk ngepeng (iklan) dlm TV tu ade dop?

Kak Farmasi : Oh...ade2..adik nak hop 2mg ke 4mg?
Adess maneela ana tahu beza 2mg & 4mg tuh..berat?hehe,.. alahai..xpe2 jom sambung..wee~

Ana : Hah? Urm..bezanya pe tu kak?

Kak Farmasi : Erm bezanya..yang 2mg tu utk yang tidak kuat sangat merokok.. Yang 4mg plak utk yang sangat kuat merokok..

Ana : Habis abah saya tu camne erk? ( Ada ke patot tanya akak tu sal abah ana..kui3..betulla nak kena sekeh budak sorang ni...)

Kak Farmasi : Abah adik kuat isap rokok ke camne?

Soalan ana dibalas dengan soalan..hehe~

Ana : Erm..xtahula.. Tapi slalunya brape batang rokok yang dihisap oleh perokok yang sangat kuat merokok?

Kak Farmasi : (Jawab dengan selambanya..) Sekotak..

Ana : Hah??? Sekotak?? Urm rasanya abah saya xsampai sekotak kot.. (dengan nada yang agak konpius..kui3) Erm,,xpo la kak..bagi saya yang 2mg..brape harga?

Kak Farmasi : Kalu yang 2mg, RM1.20...yang 4mg,RM1.80.. (kata akak tu sambil tunjukkan 2 kotak niquitin tu..)

Waaaahhhh!!! Murahnya! Murahnya! Sekotak hanya RM1.20 & RM1.80!

Ana : Ow...saya nak beli la kalo camtu.. (sambil tsenyum ayu..kahkahkah! alaa..gurau ajee..wee~)

Kak Farmasi : Ok...adik nak brape biji tablet?

Biji2 ape lak ni..Alamak..rupa2nya 1 biji tablet 2mg tu, RM1.20....
Waaaahhhh!!! Xmurahnya! Xmurahnya! Mahal 2...

Ana : ow.. (cuba mengontrol diri..uhuhuhukss!) bg saya sepapan tu..(6 biji tablet...cukup ke utk abah?huhu~ ) Camne cara makannya tu?

Kak Farmasi : Bila rasa nak hisap rokok..cuba hisap tablet.. NiQuitin ni macam rokok jugak..tapi tanpa tar..

Ana mengangguk-angguk burung belatuk..uhuks! Xpe..DEMI ABAH TERSAYANG!hikhikhik...

Pastu keluar dari farmasi tuh.. Huh! Lega! Tercapai jugak hasrat nak beli NiQuitin ni..wlaupun harganya agak2 cantik bagi budak cam ana nih....keh3..

Then..ana dah bagi dah kat abah..nak tunggu kesannya la ni..hehe.. Tapi hukum merokok dalam ISLAM plak ape yaa?? Hukumnya HARAM..Nak tahu lebih lanjut?? Cari sendiri dlm tenet ni banyak...hikhikhik.. CORRECT ME IF I'M WRONG DLM MENYEBARKAN INFO2 DI ATAS~ Sebarang teguran MEMBINA amat DIHARGAI.. Terima kasih! Xie xie! hehe..

Ok semua..ana nak kena undur diri dah ni..weee~ Sehingga ketemu lagi...Moga apa yang disampaikan bermanfaat..Salam ukhuwwah fillah.. Membangun bersama ISLAM..Wassalam..
~^^~Subhanallah..Alhamdulillah..Laa ilahaillallah..Allahuakbar~^^~

Sunday, December 26, 2010

~Ada apa dengan CROCS??~

Assalamualaikum w.b.t..... Salam wat kali kedua utk ae ni readers..(kalau ade la..hehe) Tadi,masa jalan2 (mean: melawat blog2 orang..ngeh3...)...ana ade terbaca sal satu article...huish.. article apa ya? Hurm..ni pasal agenda Yahudi laknatullah la ni.. Eh3...lupa nak gtaw..CROCS tu jenama kasut..yang macam kat bawah ni..tuttuttuttt..
Cantik2 kan kasutnya?hehe..harganya pun cantik..(yeke?? huu~) Ahh...berbalik kpd tajuk asal...ADA APA DENGAN CROCS ni? huish..saspen aje.. Ya..ya..nak jelaskan la ni..K,sebelum tu, cuba perhatikan logo CROCS ni..
Ya...xde pape pum..kan? K,cuba terbalikkan..
Apa yang anda nampak sekarang?? X lagi? huh! jom explore lebih dekat lg..
Dah nampak da?? kalu xnmpak lagi..sure kena g jumpe Dr mata wat rawatan..hehe (JUz kIdDinG..doN'T mAd!...) Hurm yang pasti..bukti terpampang depan mata.. Logonya seakan2 menghina & merendahkan martabat Islam,kan? Ana pum xtahu sejauh mana kebenaran cite2 ni sumee..tp sanggupke kita pakai kasut yang de logo camni..? Mujur la ana pakai kasut biase aje a.k.a selipar jepun...wee~ Tapi, niat keluarkan post ni bukan utk menjatuhkan bisnes kasut CROCS..Maaf dipinta kpd syarikat crocs jika ana salah.. Mungkin ianya hanya kebetulan..tapi...kalau betul?? camna ttuuu?????? Kita jugak yang merana..derita jiwa..uhuks!! So, bagi yang SUDAH memiliki kasut crocs ni..mungkin boleh pakai..tapi kikislah logo crocs tu... huhu~ Bagi yang X BELI lagi..terpulang kpd anda utk menilai..memerhati...mengobserve (punah bahasa..huhu~)...menganalisis & etc..k? pilihan di tangan anda..tepuk dada,tanya iman... Ana hanya hamba Allah yang lemah..sekadar ingin melakukan yang terbaik & x mau imej Islam tercemar dengan penghinaan sebegitu... Hurm..stakat ni dulu ek? Nak g jalan2 (mean: cam biase larr..) lagi..mane la tahu jumpa info2 menarik lagi ke..huhu~ K,ukhuwwah fillah..membangun bersama ISLAM... Wassalam.. :)
~^^~Subhanallah..Alhamdulillah..Laa ilahaillallah..Allahuakbar~^^~

~Hari Keempat kerja~

Assalamualaikum w.b.t.... Huh! X sangka ni da masuk ae keempat ana keje.. Pagi ni...orang x ramai sangat.. yang datang baya2 ana aje..huhu.. Semalam keje memang betul2 meletihkan otak.. Ade akak yang datang nak print..banyak betul..mujur ana ada bawa kalkulator.. kalau x...jenuh la duk mengira..mesti xhabis punya.. Ana guna kalkulator yang ana guna kat sekolah tuu...mujur ada..uhuks!uhuks!
Urm..tadi de 2 orang budak laki dtg.. Diorang guna pc.. Pastu masa nak bayar 2,si abangnya xcukup duit.. 20 sen aje lagi..huhu pastu si adiknya minta halal je la... Ana?? tidak terkata apa2..sebab konpius.. Patut ke halalkan aje & ganti duit ana 20 sen tu..atau tunggu diorang datang bayar balik.. Adess..masalah senang camni pun nak post..tp...senang pun..ana tunggu aje la diorang tu, kalau datang..datang... kalau xdatang...terpulang kpd hati ana je la,kan? huhuks! no comment la.. Konpius! Konpius!
Kalau halalkan macam adiknya cakap tu, ana takut diorang wat lagi..camne 2? haa... mau bankrap cc boss ana ni kalau ramai yang camtu.. Kalau suruh diorang bayar gak walaupun 20 sen aje lagi.. kena panggilan kakakkakakakkkk kedekut..berkira....keh3..< entah takut kena panggil camtu @ takut kat padang mahsyar nanti.. mestilah yang kedua tu..adesss> Lantak la..kan?hukhuks! I'm doing my job.. wee~ Adakah ana termasuk dalam kalangan makhluk yang x brani berkata tidak...??? Rasanya yaa.... Maybe that's my negative attitude... :( Huhu...k, stakat ni aje..len kali ana post lagi..k? nak tunggu budak 2 rang tu datang atau x...ngeee~ Ukhuwwah fillah...wassalam! :)
~^^~Subhanallah..Alhamdulillah..Laa ilahaillallah..Allahuakbar~^^~

Saturday, December 25, 2010

First day kerja~huhu~

Assalamualaikum w.b.t... Salam sejahtera sumee...huhu skang ana da keje tau.. First day keje,rase down sgt2... ye la..kalut semacam jaaa.. Adess..malu pum ade. Mujur ade yg nak tunjuk ajar,ok la sket.. Orang ramai gak..huish...malu betul la..tp ni aje keje yg x meletihkan...ngeh3 Macam2 ragam ada... Budak2 dgn cara bebudaknya.. Remaja tlajak dgn cara diorang.. hehe...Budak2 pum ade,pe lagi kejenya lau bukan maen game..hihi.. Bila time's out,budak2 pum kate..."kak,tambah 50 sen lg" hehehe.. Ana pum ape lg..tmbah masa la kat bebudak tuu..
Lagi,lau remaja plak..banyak yg b'facebook..haha.. ada yang datang cc nak print tu,nak print ni.. lau dlu ana jahil jugak sal benda2 ni sume, Alhamdulillah skang da x blur da...haha.. First day keje kat cc gak,ana x pasti sama ada ana bg balance cukup ke x kat ade sorang kakak tu..huhu camne tu erk?kesilapan yang sangat2 disesali..tp nak wat camne, ana b'debar giler mase tu,tangan pum t'ketar2..kalut pum datang..ni yang xbest ni..hukhuk.. Rasa cam nak hempuk je komputer kat depan cam yang Donald Duck ngah buat skang..uhuks!uhuks!
Sekarang...baru ana tahu camne perasaan masa mula2 kerja bagi orang2 yang mudah sangat kalut cam ana.. Satu perasaan yang x best..tp... ALAH BISA TEGAL BIASA..! hehe...ae ni,ari ketiga ana keje..n.Alhamdulillah..rasa sangat2 beruntung sebab dapat cari pengalaman dulu..mintak2 xjadi kalut dah nanti.. Skang pum..ana tengah keje ni..ngeh3.. tp bleh online la...suka la keje ni..!hehehe... ;) x jadi nak hempuk komputer cam yang Donald nak buat tu..ngee~
i love my job now...sementara tunggu result keluar ni..hee~ K,stakat ni aje la..ukhwah fillah sume...Wassalam :)
~^^~Subhanallah..Alhamdulillah..Laa ilahaillallah..Allahuakbar~^^~

Sunday, November 21, 2010

SPOT SEJARAH

Assalamualaikum w.b.t ni ana dpt soklan spot dr TipsExam.net SUMBER : TipsExam.net moga bermanfaat! :) BAB 1 : 1. Tamadun Hindus – Perkembangan bandar Harappa dan Mohenjo -Daro – Sumbangan Tamadun Indus 2. Tamadun Hwang Ho - Sumbangan dalam bindang sains dan teknologi Bab 2 : - Kemajuan perbandaran tamadun India - Sumbangan tamadun China dalam bidang pertanian Bab 3 : - Cara-cara penyebaran Pengaruh Hindu Buddha di Asia Tenggara - Pengaruh Hindu Buddha dalam sistem pentadbiran Bab 4 : - Hijrah - Tentangan yang dihadapi oleh Nabi Muhammad s.a.w dan cara mengatasinya - Sifat-sifat mulia Nabi Muhammad s.a.w Bab 6 : - Sumbangan Kerajaan Bani Umaiyyah dalam bidang pentadbiran - Sumbangan Abassiah dalam bidang ilmu pengetahuan Bab 7 dan 8 : - Teori kedatangan Islam di Asia Tenggara - Kesan kedatangan Islam terhadap pentadbiran - Pengaruh Islam dalam pendidikan di Tanah Melayu - Pengaruh Islam dalam perdagangan dan nilai-nilai masyarakat Bab 9 : - Zaman Gelap - Penjajahan dan penerokaan Bab 10 : - Undang-undang Tanah/Akta Tanah - Kemasukan buruh/imigran - Perbandaran TINGKATAN 5 Bab 1 : - Faktor-faktor perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara - Perkembangan nasionalisme Tahap 1 dan Tahap 2 di Filipina,Indonesia,dan Thailand - Sistem birokrasi di Filipina dan Indonesia Bab 2 : - Gerakan Islah - Isu/tema akhbar dan majalah - Persatuan-persatuan Melayu Bab 3 : - Ciri-ciri negara bangsa di Melaka - Warisan Kesultanan Melayu di Perak,Pahang dan Johor - Undang-undang Tubuh Terengganu - Sistem Jemaah Menteri di Kelantan - Sistem pemerintahan Negeri Sembilan Bab 5 : - Suruhanjaya Reid Bab 7 : - Lambang-lambang ,Bendera Malaysia,Jata Negara,Lagu Negaraku - Raja berpelembagaan,Peranan Yang Di-Pertuan Agong - Proses penggubalan perlembagaan - Badan perundangan (Dewan Rakyat/Dewan Negara) / Badan Eksukutif Bab 8 : - Rancangan Malaya Pertama dan Kedua - Penyata Razak - Penyata Rahman Talib/Laporan Jawatankuasa Kabinet - Wawasan 2020 - Lambang-lambang,Bendera,Jata Negara,Bahasa Melayu Bab 9 : - Perang Dunia Pertama/Dasar Luar Malaysia - OIC - KOMANWEL - Globalisasi/K-Masyarakat [Untuk mendapat A+ dalam Sejarah,jangan terlalu bergantung kepada tips ini sahaja,tetapi buatlah ulang kaji untuk semua topik]
~^^~Subhanallah..Alhamdulillah..Laa ilahaillallah..Allahuakbar~^^~

Srikandiku, Jalan Ibadah Amat Luas Untukmu! | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Assalamualaikum w.b.t

Untukmu seorang wanita! :)
Srikandiku, Jalan Ibadah Amat Luas Untukmu! | iluvislam.com + discover the beauty of islam

wassalam
~^^~Subhanallah..Alhamdulillah..Laa ilahaillallah..Allahuakbar~^^~

Friday, September 17, 2010

Sembahyang titik tolak segalanya~

Assalamualaikum w.b.t..
Pagi tadi ana ade terbaca sebuah buku..sebab tertarik ngan satu sajak dalam buku tu,ana nak share jugak sebab best..
Mungkin boleh menginsafkan.. Moga bermanfaat..~ :)

SEMBAHYANG TITIK TOLAK SEGALANYA

Kebaikan seseorang hamba itu
Bermula daripada membaikkan sembahyang
Dari sembahyanglah titik tolak segala-galanya
Apabila sembahyang itu sempurna lahir batinnya
Khusyu’, khudu’, tadharru’ dan faham apa yang dibaca..

Selepas itu rahmat dan berkat
daripada Tuhan pun mencurah-curah
dianugerahkan kepadanya
Allah Taala akan bersihkan jiwanya
Tuhan akan masukkan hidayah ke dalam hatinya
Cinta, takut, kasih sayang, pemurah, bertimbang rasa
Sabar, redha, tawakal, pemaaf pun berbunga

Kelihatan pula pada peribadinya syariat sangat dijaga
Akhlak mulianya, disiplin peribadinya ketara
Kerana itulah betulkan sembahyang kita
Hayati sembahyang sehingga kita terasa bahawa
kita menyembah-Nya

Janganlah anggap jiwa boleh dibersihkan
tanpa sembahyang
Atau boleh jiwa kita dimurnikan
dengan sembahyang yang lebih kurang
Sembahyang adalah ibu segala ibadah
Sembahyang adalah sumber segala kebaikan

Di dalam Islam sembahyang sangat diambil perhatian
Apabila baik sembahyang
segala-galanya akan menjadi baik
Jika sembahyang sudah dicuaikan
atau sembahyang tiada penghayatan
Maka seluruh pintu kebaikan akan tertutup
Kalau ada juga orang boleh buat kebaikan
tanpa sembahyang
Ini adalah kebaikan bukan bertunjangkan iman
Boleh jadi kebaikan itu secara kebetulan atau ikut-ikutan
Haraplah diambil perhatian tentang sembahyang..


Sumber :Buku Panduan Praktikal Sembahyang
Akhir kalam, sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan..
Coretan ini sekadar untuk berpesan-pesan sesama kita (terutamanya diri sendiri ni..huhu~)
Wassalam.. :)
~^^~Subhanallah..Alhamdulillah..Laa ilahaillallah..Allahuakbar~^^~

Saturday, September 4, 2010

Kata-kata hikmat HAMKA

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah hari ni ana nak share tentang kata-kata hikmat Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah yang lebih femes ngan nama HAMKA..
Kata-kata hikmat ni ana dpt kat mane ntah..lupa laman web sebab dah lama dah cari pasal ni..
Apa-apa pun selautan penghargaanlah kpd laman web tu, hehe.. :) Thanks!

#Mengikut adab kesopanan,tetamu yang tidak menghormati diri dan tidak menghormati ahli rumah yang ditemui,bukanlah orang yang patut dihormati.

#Berkisar dan berpaling dari keadilan kerana dorongan hawa nafsu hanyalah mempersulitkan diri sendiri.

#Adil dalam budi pekerti ialah perangai iffah.Adil menghadapi lawan ialah memakai perangai syajaah.Adil dalam pergaulan ialah menghindarkan lengah dan lalai.Adil di dalam masyarakat ialah menengelamkan kepentingan diri sendiri ke arah masyarakat bersama.

#Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya.

#Agama tidak melarang sesuatu perbuatan kalau perbuatan itu tidak merosak jiwa.Agama tidak menyuruh,kalau suruhan tidak membawa selamat dan bahagia jiwa.

#Maksud agama ialah merentangkan jalan, manakala fikiran ialah membanding dan menimbang.

#Tiga sifat yang ditimbulkan oleh agama, iaitu perasaan malu iaitu enggan mendekati suatu yang tercela.Boleh dipercayai di dalam pergaulan hidup (amanah), benar dan jujur.

#Kepercayaan kepada Tuhan itu telah ada dalam lubuk jiwa manusia.Tetapi kepercayaan tentang adanya Allah itu belum menjadi jaminan bahawa orang itu tidak sesat.

#Salah satu tugas agama ialah memelihara akal.Memelihara akal ialah dengan jalan menambah ilmu melatih diri berfikir,merenungkannya.

#Hawa nafsu membawa kesesatan dan tidak berpedoman dan akal menjadi pedoman menuju keutamaan.Hawa nafsu menyuruh mengelamun,berangan-angan,tetapi akal menyuruh menimbang.

#Anak adalah untuk zaman yang akan datang,bukan untuk zaman kita.Salahlah pendidikan orang tua yang hendak memperbuat anaknya seperti mereka juga.

#Tahan menderita kepahitan hidup sehingga penderitaan menjadi kekayaan adalah bahagia.

#Yang menjadi kepala pemerintah ialah kebenaran dan yang menjadi hakim yang paling berkuasa ialah keadilan.

#Kesombongan tidak dapat bertahan di hadapan kesombongan.

#Kalau tuhan tidak menjadikan perhambaan dan perbudakan,tentu tidak akan timbul keinginan hendak mengejar kemerdekaan.Memang kalau tiada kesakitan,orang tidak mempunyai keinginan untuk mengejar kesenangan.Oleh itu tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa sakit dan pedih adalah tangga menuju kejayaan.

#Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya.
~^^~Subhanallah..Alhamdulillah..Laa ilahaillallah..Allahuakbar~^^~

Tuesday, August 31, 2010

شارة غرتندسيزر

Assalamualaikum w.b.t..
Hari ni masa adik lelaki ana cari pasal video Gransazer(citer yang diminati satu masa dulu,hak!3) kat youtube, ana ada terdengar satu lagu tema Gransazer versi Arab..hehe
best la lagu ni,cuba dengar!!! ~^_^~!

LAGU GRANSAZER VERSI ARAB
~^^~Subhanallah..Alhamdulillah..Laa ilahaillallah..Allahuakbar~^^~

Tuesday, August 17, 2010

Cerpen cinta : Naim si Budak Agama

Kisah Cinta:Naim si Budak Agama

Naim pelajar tingkatan 5 di sebuah Sekolah Agama Persekutuan.Dia seorang yang tinggi ilmu agama dan mempunyai politik yang agak stabil di sekolah dan Siqahnya(Kepercayaan orang terhadapnya) tinggi.Apabila Ustaz tiada di antara Magrib dan Isyak,dia akan ke hadapan.Samada memberi tazkirah atau mengepalai bacaan Mathurat.Pergaulan dengan perempuan dijaga dengan begitu sempurna,jika mesyuarat terpaksa bercampur lelaki dan perempuan,sama sekali dia tidak akan mengangkat pandangannya.Semua orang menghormatinya,baik yang junior mahupun senior,baik yang laki-laki mahupun perempuan.Jika ada senior yang tengah membuli junior,jika Naim ada di tempat kejadian,proses buli itu akan bertukar menjadi majlis maaf-bermaafan.Inilah ‘kuasa’ Naim di sekolahnya.
Dia menjadi contoh teladan bagi setiap pelajar sekolahnya.Setiap mata-mata yang wujud di sekolah itu selalu memerhatikan pergerakannya dan mengambilnya sebagai contoh kehidupan yang paling sempurna.Dek kerana mengetahui banyak mata memerhatikannya,dia betul-betul menjaga akhlaknya.Bukan kerana manusia tetapi kerana Allah.Niatnya hanya satu,supaya Islam itu terpancar dari dirinya.Hebatnya dia dalam menjaga akhlaknya, tidak ada seorang pun di dalam sekolahnya melainkan teman sebiliknyanya yang pernah melihat kulit badannya walaupun dia seringkali bermandi-manda di kolah berhampiran dengan surau.
Sudah pasti,ramai perempuan yang menggilainya walaupun dia tidak mengetahui hal itu.Di hadapannya semua baik,tunduk dengan penuh tawadukknya tapi berlalunya Naim dari tempat itu,mula lah mulut mereka bergerak memuji dan mengumpat tentang Naim.Bukan sahaja pelajar biasa yang meminati Naim tapi ada juga pelajar-pelajar perempuan yang memegang tampuk kepimpinan sekolah yang meminatinya cuma tidak disuarakan, bimbang ditegur dan yang paling mereka takuti,takut cinta mereka ditolak.Tambahan pula Naim banyak kali mengingatkan pelajar-pelajar supaya menjauhi zina hati,zina yang tidak dapat dilihat dan tidak dapat dirasa tatkala dia memberi tazkirah.

Namun,hatta nabi Sulaiman yang menjadi raja dunia itupun diuji Allah,inikan pula seorang pelajar sekolah agama yang ilmu agamanya masih bertatih, bahasa arabnya masih merangkak-rangkak.Dia diuji dengan kehadiran seorang pelajar perempuan yang baru pindah ke sekolahnya.Namanya Nisa, Khairun Nisa.Orangnya putih,bertahi lalat di pipi sebelah kanan sedangkan Naim di sebelah kiri.

“Ana Khairun Nisa,sila beri tunjuk ajar.”Nisa memperkenalkan dirinya.

Dalam mahu yang bercampur dengan iman di dalam hatinya,Naim melihat Nisa dengan sipi-sipi matanya sahaja. Ingin dia merenung Nisa dengan lebih tajam tapi iman di dadanya masih kukuh bak tembok besar cina.

“Cantiknya,”hati Naim bermonolog.

Tidak sampai sekelip matapun,imannya menampar hatinya.Dia terus sedar dari diulik oleh syaitan dan lantas dia beristighfar,memohon ampun daripada Tuhan dek kerana melakukan zina,zina hati.Ingin sahaja matanya mengeluarkan bintik-bintik mutiara tanda sesalnya dia akan dosanya namun selaput kaca di matanya masih tebal.Mungkin penyesalannya masih belum kuat untuk memecahkan selaput kaca itu.

Saat berganti saat,hari berganti hari,Nisa pun terpilih untuk menjadi salah seorang AJK surau sekolah dek kerana dia asyik ke surau berbanding dengan pelajar-pelajar yang lain.Subuhnya di surau,Dhuhanya di surau,Zohornya di surau,Asar,Magrib dan Isyaknya di surau.Seringkali Naim terdengar suara wanita sedang membaca Al-Quran di balik tabir biru yang memisahkan lelaki dan perempuan,ingin dia mengintai siapakah gerangan hamba Allah itu tapi iman masih tebal menyelaput hati nafsunya.Ditakdirkan Allah,suatu hari dia ternampak Nisa masuk ke surau perempuan,maka tahulah dia bahawa suara perempuan yang didengar selama ini ialah suara Nisa.
Sedang dia sedang bersendirian berdoa selepas solat sunat Dhuha,dia terdengar satu suara perempuan meminta tolong dari balik tabir.Suara perempuan itu sayup-sayup.

“Ish..Nak tolong ke tak..Kalo aku masok belah pompuan,bukanke khalwat..ye la,mane ade orang…aku dan die je..takley,aku mesti bagitau ustaz hal ni,biar ustaz tolong..”Imannya bersuara.

Tapi 1 tetap kalah kepada 2.Imannya kalah dengan nafsu dan syaitan yang menggodanya.

“Kalo aku tak tolong,maybe…em…aku intai dulu la,kalo serius aku tolong segera kalo tak,aku lapor kat ustaz,”akal mula campur tangan.

Tabir biru itupun diselaknya dan dia mendapati jari Nisa terkepit di almari Quran.Walaupun sakit Nisa tetap menahannya,bimbang maruahnya jatuh di hadapan seorang ketua badan Agama sekolahnya.Dan ketika itulah makhluk durjana yang bernama syaitan mula mengambil peranan.Disuntiknya bius-bius dosa ke dalam hati Naim supaya Naim tidak terasa melakukan dosa.

“Em..Aku kene lapor kat ustat ke?Patot ke aku tolong?Bley ke aku pegang tangan die?Dose..”Imannya bersuara.

“Ah,darurat,darurat.Even babi pun boleh makan kalo darurat.”Akal yang dibalut dengan nafsunya membuat pertimbangan.

“Betul juga,ok,aku tolong.”Hatinya membuat keputusan sambil disahkan oleh Syaitan.

“Er,Nisa tahan ek,kejap saya tarik pintu almari ni.”Dia memberi arahan kepada Nisa.

“…ok…”Suara Nisa bagaikan bunyi ikan bersuara,entah dengar,entah tidak.

Pintu almari berjaya dibuka,jari Nisa terlepas dari kepitan almari.Merah bak biji saga jarinya,hampir-hampir saja berdarah tapi kulitnya masih kuat menahan segala isi cecair daripada keluar.Tiba-tiba,Naim tanpa berfikir panjang memegang jari Nisa.Niatnya hanya satu,ingin melihat keadaan jari Nisa.Tapi dengan pantas Nisa menariknya dan berlari turun daripada surau dan menuju ke kelas.

“Ya Allah,apa aku telah buat ni…Aku bukan sengaja melakukannya Ya Allah..Ampunilah aku..”Dia berdoa,menangis menyesal dosa yang baru sahaja dibuatnya sebentar tadi.

Habis sahaja air matanya kering,hatinya diketuk dengan pelbagai soalan.Bukan soalan agama tetapi soal maruah dan Siqahnya.Bagaimana jika Nisa menceritakan hal tadi kepada kawan-kawannya?Bagaimana kalau cerita itu bocor kepada junior-juniornya?Kalau ustaz dapat tahu,pasti dia akan dilucutkan dari segala jawatan yang disandangnya sekarang.Dia akan dicemuh dan dihina.Dia tidak akan dapat peluang ke depan lagi sewaktu ketiadaan ustaz.Dia bimbang bercampur keliru.

Lamunannya tersentak apabila satu suara memberi salam untuk masuk ke surau.Peluh-peluh resah dan gelisah mengalir di pipi kanannya,dia masih di dalam bahagian surau wanita.Apa yang harus dijawab jika ditanya. Ya,menipu.Menipu adalah jalan penyelesaian yang terbaik buatnya sekarang.Lagipun dia cam suara itu,itu suara Khairul,teman sebiliknya.Baginya tidaklah berdosa menipu teman sebilik yang akrab dengannya.

“Eh,Im.Ape ko wat lam surau pompuan tu?”Soal Khairul,kelihatan di mukanya perasaan ingin tahu.

“Eh,takde ape-ape la.Aku just check samada quran cukup tak belah pompuan.”Jawab Naim.

“Owh,baguslah wat kerja baik atas rumah Allah ni.Insya Allah ko dapat pahala,taknak share ngan aku?”gurau Khairul.

Gurauan yang pada dasarnya kelihatan seperti satu lawak bodoh tetapi ada perkataan-perkataan yang menghantui fikiran Naim iaitu ‘RUMAH ALLAH’.
Ya,di atas rumah Allah inilah Naim melakukan maksiat.
Di atas rumah Allah inilah Naim menipu.
Semuanya di atas rumah ini,rumah kepunyaan Tuan segala tuan.
Tiba-tiba dia menangis tetapi bukanlah menangis seperti anak kecil menangis.Hanya air mata sahaja mengalir di atas pipinya yang sedikit cengkung.Khairul terkejut melihat Naim menangis dan bertanya sebab Naim menangis tetapi Naim hanya berdiam.Khairul membuat andaian sendiri,pada pendapatnya mungkin Naim menangis kerana bertaubat.Lantas perasaan cemburu mula menguasai dirinya.Inilah dia tanda orang beriman,pantang melihat orang lebih dekat dengan Kecintaan nya,pasti dia cemburu.

“Eh Im,kelas da nak start.Jom!”Ajak Khairul.

“Ok,”balas Naim.

Pelajarannya selepas waktu rehat tadi tiada makna.Sepatah kata yang keluar dari mulut cikgu-cikgunya tidak satupun diingati atau diberi perhatian.Matanya tajam memandang ke arah papan hijau di hadapan kelas tetapi fikiran jauh ke laut mencari ketenangan.Jasadnya wujud tapi ruh akalnya tiada.Bukan sibuk memikirkan penyelesaian tetapi sibuk mencari masalah-masalah yang akan timbul jika cerita tadi diketahui umum.
Rupa-rupanya,bukan Naim sahaja yang berjasad tanpa akal,begitu juga dengan Nisa.Cuma ada kelainannya. Nisa sama sekali tidak bimbang tentang nasibnya jika cerita itu bocor atau ada mata yang terpandang peristiwa tadi tetapi kepalanya sibuk memikirkan tentang Naim.Kedudukannya di dalam kelas menyebabkan matanya tidak berkelip memandang Naim dari belakang.Baginya,alangkah bertuah sesiapa yang dapat menawan hati Naim. Kesopanan dan kebaikan yang ditunjukkan oleh Naim sebentar tadi,betul-betul memikat hati suci si gadis ini.Begitulah nasib si Abid tanpa Ilmu.Pantang ditiup angin,pasti dia rebah.

Tangan mula mengambil peranan,diambilnya pen merah jambu kesukaannya dan diambil sehelai kertas memo yang berada di dalam laci mejanya.Sepucuk surat ditulis sebagai tanda terima kasih buat si jejaka budiman. Surat sahaja tidak cukup,dibelinya sekotak air laici yang berharga 80sen dengan duit seringgit.Bakinya dibeli sebatang choki-choki,juga sebagai hadiah.

Seperti kebiasaannya,Naim datang ke kelas seawal mungkin.Selesai sahaja solat Zohor berjemaah dan makan di dewan makan,tanpa menyalin pakaian,dia terus ke kelas.Baginya masa itu emas dan tidak boleh dibazirkan walaupun sesaat.Masih banyak pelajaran tingkatan 4 dan tingkatan 5 yang belum dikuasainya.Tabiatnya ini menjadi ikutan sesetangah pelajar yang lain.Pabila dia melangkah kaki ke dalam kelas,alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat sepucuk kertas yang dilipat 2 dan ditindih dengan sekotak air laici dan sebatang choki-choki.

Isi suratnya:

Salam..

Terima kasih kerana tolong ana..
Kalau anta takde tadi,tatau la macamana ana nak buat..
Jangan bimbang,ana tidak akan membocorkan hal tadi kepada orang lain..

Ukhwah Fillah,
Nisa’

Sambil menghirup air laici dalam kotak itu,dia tersenyum.Dengan mengoyak plastik depan choki-choki,dia membetulkan kerusinya,mempersiapkan dirinya untuk menulis surat balas kepada Nisa.Sebaik sahaja pen nya ingin menyentuh dada kertas putih berbelang biru itu,dia terfikir alangkah bagusnya kalau dia mempunyai pen berwarna-warni supaya Nisa tidak jemu membacanya.Mata hitamnya terpandang bekas pensil kawan di hadapannya.Tidak pernah dia menyentuh barang orang lain tanpa izin tapi kali ini tidak lagi.Entah kawannya bagi atau tidak,dia terus menggunanya atas alasan yang sangat biasa, “standardla,kawan..”Maka bermulalah kisah cinta Naim,Si

Budak Agama.Balas dia:

Salam,

Terima kasih atas minuman dan makanan yang saudari bagi,
Ana tidak buat apa-apa melainkan untuk menolong insan dalam kesusahan,
Bukankah Islam menyuruh kita menolong orang dalam kesusahan?
Moga Allah meredhaai kita,
Dan,salam perkenalan.Ana Naim.

Naim

Diselitnya surat ini ke dalam buku latihan Nisa’ dengan harapan yang membulat.Maka,Naim dan Nisa mula berbalasan surat.Walaupun pada awalnya,kedua-dua merasa kekok dek kerana dua-dua mempunyai tapak agama yang boleh dikatakan kukuh. Ada juga Nisa bertanya di dalam suratnya, “Kita berbalas surat ni,tak salah ke di sisi Islam?”
Pening juga Naim dibuatnya namun disejukkan hatinya dan hati Nisa dengan jawapan, “Takpe,kita dating tak pernah.Bertentangan mata jarang sekali. Kita Ukhwah Fillah.Kita berhubungan inipun semata-mata kerana Allah.Kita niat untuk berkahwin,bukan untuk buat maksiat.”

Nisa membalas, “bagaimana pula dengan zina hati?”

Lalu Naim membalas, “mana ada zina hati.Zina hati tu ulamak yang buat dengan tujuan umat Islam tidak mendekati zina.Rasulullah tak kata pun.Lagipun cinta ini fitrah,masakan Allah zalim mengharamkan apa-apa fitrah manusia?” Hilang sudah prinsip yang dipegangnya selama ini.

Walaupun Nisa tidak berpuas hati dengan jawapan Naim,namun dek kerana cintanya dia kepada Naim,di’iya’kan sahaja ‘fatwa’ kekasihnya itu.
Naim dapat mengesan rasa sangsi kekasih hatinya melalui gaya bahasa dan cara penulisan yang agak sedikit berbeda,lalu dia membalas, “Nisa’,bukankah Allah berfirman bahawa perempuan baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik?Ana yakin anti baik dan ana pun yakin yang anti rasa ana baik.Tidak sekali Allah kata isteri yang baik untuk suami yang baik tetapi Allah kata perempuan dan lelaki bermakna belum berkahwin pun takpa.Anti meragui Quran?”

Terdiam Nisa’ membaca ‘fatwa’ baru buah hatinya itu.Ingin dia membantah tetapi bimbang dianggap meragui Quran. Mindsetnya yang mengatakan buah hatinya mempunyai ilmu setinggi langit itu menyebabkan dia semakin yakin dengan ‘fatwa-fatwa’ itu.

Siqah bukanlah kerja manusia.Pengaruh bukanlah kawalan manusia.Hati manusia tidak boleh dibeli dengan mata wang, kesetian tidak boleh diperdangkan dengan kemewahan.Semuanya hak mutlak Allah,Tuhan yang membolak balikkan hati manusia.Jika Dia menghendaki seseorang itu mulia,maka mulialah orang itu walaupun pada awalnya dia hanya seorang anak yatim piatu.Jika Dia menghendaki seseorang itu hina,maka hinalah orang itu di atas tahtanya sendiri.Semuanya bukan dengan tiba-tiba tetapi ada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Nya yang diberi nama Sunnatullah.

Kepercayaan manusia terhadap seseorang itu akan datang bila dia mendekatkan diri dengan Tuhannya. Kesetiaan seseorang terhadapnya menjadi lebih solid pabila dia menyempurnakan apa yang dilafaznya.Inilah hukum yang ditetapkan Ilahi.

Makin hari,pengaruh Naim semakin jatuh.Kawan-kawan dan junior-juniornya semakin bosan dengannya.Sebab?Tiada. Jelas sekali soal hati,Dia yang punya.Hidup Naim juga menjadi tidak tentu hala.Dulu dia berbaju ketika mandi di kolah,kini tidak lagi.Pertimbangan akal menjadi semakin kurang,mungkin terlampau tebal kabus dosa yang menutupi hatinya.Siqahnya kian jatuh.Terkadang dia dimarahi oleh cikgu-cikgu kerana prestasinya yang kian merosot.

Dia merasakan tekanan semakin bertambah.Tiada lagi sakinah yang dianugerahkan kepadanya dulu.Tiada lagi senyuman tatkala kesusahan.Tiada lagi nasihat-nasihat penenang yang mampu diberi pabila adik-adik datang meminta nasihat.

Jika dulu dia mampu mengambil tugasan luar walaupun ketika peperiksaan bulanan dijalankan,kini tidak lagi.Bukan peperiksaan pun dia tidak dapat mengatur masa dengan baik.24 jam baginya tidak cukup.Masa untuk dia belajar,masa untuk dia berpersatuan dan masa untuk Nisa.Pernah dia berdoa meminta diberi 1 jam lebih tapi dia tidak sedar bahawa jika dia diberi 100 jam lebih pun,pasti tidak mencukupi.

Khairul merasa hairan dengan perubahan sikap kawan sebiliknya itu.Kadang-kadang tersenyum seorang diri,kadang-kadang masam dan kadang-kadang seperti bercakap seorang diri.Naim seakan-akan gila.Betul Naim gila,gila bayang.Panahan syaitan benar-benar telah menusuk ke dalam hatinya,membuat satu lohong iman di dalam hatinya.Khairul cuba bertanya mengapa dia seakan-akan berubah tapi dimarahnya Khairul, “kubur lain-lain,syurga lain-lain,neraka pun lain-lain!”

“Betul,sebab lain-lain la aku nak tanya ko.Mane la taw ko ade masalah,bimbang takut di sana pun ko ade masalah.”Ujar Khairul.

“Ko taw kan firman Allah, kuu anfusakum wa ahli kum naara?”Soal Naim.

“jagalah diri kamu dan ahli keluarga mu daripada api neraka..jadi?”Jawab Khairul.

“Jadi?!Aku ahli keluarga kau ke?!”Marah Naim lagi.
Khairul terdiam sedar bahawa ilmunya tidaklah setanding dengan Naim.Perasaan kesal timbul dalam hatinya atas tindakan sahabatnya sebentar tadi.Namun,atas dasar silatur rahmi kerana Allah,dia nekad untuk mengetahui punca Naim berubah. Baginya pokok tidak akan bergoyang jika beruk tiada di dalamnya.Walaubagaimanapun,Khairul tidaklah selicik Naim, dia buntu apabila memikirkan adakah tindakannya selari dengan Islam atau berserenjang dengan Islam.Lalu disampaikan isi hatinya kepada Ustaz Faidi, Mentornya.

“Er Ustaz,saya ada masalah nak bincang dengan ustaz.”Bagitahu Khairul.

“Ma?”Soal Ustaz balik.

“Ustaz,saya bimbang dengan Naim,teman sebilik saya.Perangainya seperti sudah berubah.Dia macam bukan dia..Er, tataw nak terang macamana..”Terang Khairul.

“Na’am,ana pun perasan perubahan pada Naim.Dia dah bukan macam dia yang dulu.Banyak perubahannya.”Tambah Ustaz.

“Saya rasa,ada yang disembunyikan olehnya Ustaz dan saya rasa,ada baiknya saya menyiasat..Bolehkah ustaz?”Soal Khairul.

“Dalam Islam,mengintai mencari kesalahan orang ini diistilahkan sebagai Al-Tajassus.Hukumnya asalnya haram tapi boleh berubah menjadi harus pabila diperlukan.Dan dalam keadaan ni,hukumnya harus.”Terang ustaz.

Penyiasatan bermula dan penyiasatan Khairul bertemu dengan jalan buntu.Tiada sebarang benda buruk yang dilakukan Naim.Namun,pabila Allah menghendaki yang gelap menjadi terang,dihilangkan bintang dan diganti dengan matahari. Sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh juga ke tanah.Akhirnya surat yang disimpan selama ini dijumpai oleh Khairul ketika dia sedang membersihkan surau.Rupa-rupanya,surat-surat yang dihantar oleh Nisa’,selama ini disimpan di balik almari al-quran di hadapan tempat imam solat.Terkesima Khairul dibuatnya apatah lagi ketika membaca perkataan-perkataan yang telah berlaku evolusi,daripada ‘ana’, ‘anti’, kini ‘sayang’, ‘ayang’.Daripada ‘ukhwah Fillah’ kini ‘I luv U’.
Khairul tidak salah lagi,surat itu kepunyaan Naim.Tertera nama Naim di atas belah kiri surat, ‘Buat Naim ku sayang’. Dalam tidak sedar,Khairul menangis.Dia betul-betul sedih membaca surat-surat itu,bukan kerana Nisa yang dalam pemerhatiannya juga dirampas orang tetapi sedih bagi pihak Naim.Terngia-ngia di telinganya bacaan ayat 2 dan 3 surah As-Saf yang selalu dibaca oleh Naim ketika menjadi Imam Magrib.Mengenangkan maksud ayat-ayat tersebut yang secara ringkasnya membari maksud melarang orang beriman daripada memberi nasihat tentang apa yang mereka perbuatkan,
Khairul terus menangis.

Dari luar surau,kelihatan Naim yang baru sahaja sampai di surau.Tanpa berfikir tentang benda lain,Naim terus memandang ke arah tempat penyimpanan ‘harta karun’nya itu.Terperanjat dia apabila mendapati Khairul sedang memegang ‘harta-harta karun’nya itu dan tanpa berfikir panjang,dia berlari ke arah Khairul.Sekali lagi dia melanggar prinsip yang diajar kepada orang-orang lain supaya menghormati rumah Allah,jangan berlari-lari di atasnya.Dia lupa bahawa dia pernah melarang kawan-kawannya yang bergurau di dalam rumah Allah,katanya bahawa berlari di atas rumah Allah seperti berlari di atas perut ibu sendiri yang sedang sarat mengandung.Entah benar,entah tidak.

Ditolaknya Khairul ketepi dan dirampasnya semua surat-surat yang dipegang oleh Khairul.

“Woi,ape ko buat ni?!!!”Marah Naim.

“Woi?Mana pergi bahasa mu wahai kawan?Mana pergi sopan santun mu wahai kawan?Mana pergi dirimu yang dulu wahai Naim?”Soal Khairul sambil mengesat air mata yang sedang mengalir.Naim terdiam.

“Rupanya,inilah masalah mu wahai kawan.Tiada ku sangka dirimu sedemikian,wahai kawan.Bagiku engkau lah model, engkaulah insan sempurna yang memancarkan sinar Islam ke sekolah ini.Kini kau sirna wahai kawan,kau mutiara yang kian sirna!”Marah Khairul.

“Ah,kau peduli ape!”Naim bersuara walaupun hatinya terkesan dengan kata-kata Khairul.

“Jujur aku tanya,kau couple Im?”Soal Khairul.

“Aku couple ke,aku tak couple ke,tu soal aku la.Dosa biar aku tanggung sendiri!Jangan risau la,aku takkan heret kau masuk neraka sama dengan aku!”Lantang sungguh Naim berbicara.Dia lupa di atas lantai rumah siapakah yang dia pijak sekarang.

Khairul berlalu dari tempat itu dengan penuh penyesalan.Ingin dia salahkan takdir kerana menemukan dia dengan seorang kawan yang hipokrit seperti Naim namun dia akur dengan qada’ dan qadar Ilahi.
Semasa mereka bekelahi sebentar tadi,mereka bukan berdua.Di balik tabir biru itu ada 3 pasang telinga yang mendengarnya secara tidak sengaja.3 orang pelajar junior perempuan baru sahaja selesai mendirikan solat sunat Dhuha mendengar setiap butir perkataan yang keluar daripada mulut mereka berdua.

Malang si Naim.3 orang pelajar itu bukanlah pelajar yang diam sifatnya.Dihebahkan berita Naim berpacaran ke setiap juzuk sekolah sehingga para cikgu pun tahu mengenainya.Ke mana sahaja Naim pergi,pasti ada mata-mata yang memandangnya dengan hujung-hujung mata dan sebaik sahaja Naim pergi,mulalah syaitan berpesta dengan dosa mengumpat.Bertambah malang bagi Naim,dia tidak tahu bahawa semua orang telah tahu dia berpacaran.Tazkirah yang seringkali ditunggu oleh semua pelajar kini dicemuh,dihina dan dikutuk oleh semua yang mendengarnya kecuali kekasih hatinya,Nisa.

Khairul,si sahabat setia ini tidak senang mendengar orang mengumpat sahabat sejatinya. Akhirnya dia berkeputusan untuk menyampaikan sendiri kepada Naim bahawa semua orang sedang mencelanya.

“Im,senanye..Sume orang da taw ko couple..”Bicara Khairul secara perlahan.

“Hah?!”Terkejut Naim.Apa yang ditakutinya kini menjadi realiti.

“Ko bagitaw orang?!!!!”Soal Naim.

“Eh,tak..Aku pun tak taw macamana bley..”

“Ah!! Inilah kawan! Kawan makan kawan! Aku tau dari dulu lagi ko dengki ngan aku, ko dengki ngan jawatan aku dapat!Aku taw kau sengaja nak jatuhkan aku!”Naim memotong dengan lajunya,melebihi had laju yang sepatutnya.

“Demi Allah..”

“Jangan main dengan sumpah!Berani sebut nama Allah dalam wat dosa,dasar…”Sekali lagi Naim memotong,laju benar susun katanya.

“Aku menyesal bagitahu kau,aku ingat kau la kawan aku yang sejati rupa-rupa..”

“Rupa-rupa apa?!Musuh?!”Naim marah lagi.

“Na’am!Musuh Allah,musuh agama Allah!Ko nasihat orang jangan bercouple,jangan zina hati, jangan itu,jangan ini tapi dalam masa sama kau buat!Ko lupa ayat-ayat surah As-Saf yang ko selalu baca tyme jadi Imam?Ko lupa?!Meh aku ingatkan ko! Wahai orang beriman jangan kau melarang apa yang engkau kerjakan,sungguh besar kemurkaan Allah pada engkau! Ya,pada engkau Naim!Allah memurkai mu dan layaknya aku membenci mu!” Balas Khairul dengan penuh perasaan kecewa.Lalu dia meninggalkan bilik dengan menarik tombol pintu dengan sekuat-kuatnya.

Keheningan dan kesunyian malam itu dipecahkan dengan dentuman pintu bilik khas,bilik Naim dan Khairul.Di sekolah itu mereka sahaja yang diberi keistimewaan untuk tinggal di bilik dan orang lain di dorm,memandangkan mereka ialah ketua dan penolong ketua pelajar di sekolah itu.Pelajar-pelajar senior yang mendengarnya keluar dengan berlari,hati mereka ingin benar mengetahui apa yang berlaku namun kelihatan hanya Khairul sedang berjalan menuju ke tandas.Berbeza pula dengan pelajar junior,mereka dengan lajunya menutup lampu dan berpura-pura tidur,bimbang nama mereka dipanggil untuk dijadikan ‘lauk’ para senior malam itu.

Kata-kata Khairul benar-benar menikam qalbu terus ke akal.Tersentak Naim buat seketika. Mimpi ngeri dalam hidupnya baru bermula.Tidak,dia baru sedar yang dia dalam mimpi ngeri. Tindakan segera wajib diambilnya jika tidak Siqahnya akan terus merudum jatuh menyembah bumi.Jika dia terus begini,tiada lagi ‘Abg Naim Si Budak Surau’ atau gelaran ‘Wali Naim’.Tiada lagi kesetiaan,tiada lagi kepatuhan dan tiada lagi insan yang akan menghormatinya menggunakan hati mereka.Apa yang ada hanya lakonan.Buah di luar, duri di dalam.

Dikuatkan hati,diringankan tangan untuk menulis surat terakhir buat kekasih hatinya. Tapi ternyata dia gagal.Semalaman dia tidak lena,pening memikirkan jalan penyelesaian yang pasti tiada jawapannya.Akibatnya,dia tertidur di dalam kelas.

“Naim,bangun!”Arah Cikgu Marlina,cikgu matematik tambahan yang terkenal dengan garang dan keceluparan mulutnya.

Naim terjaga dari lenanya dan terus berdiri.

“Apa dah jadi dengan awak ni?Dalam kelas tidur,luar kelas bercinta!”Marah Cikgu Marlina.

Awan hitam kini melitupi Naim,dia merasa tersangat malu.Bukan arang yang diconteng ke mukanya sekarang tetapi najis,najis manusia,manusia yang bernama Naim,najisnya sendiri. Tiada kata dapat dibalas,dia hanya tunduk terdiam.

Naim bijak dalam beragama tapi dia gagal dalam berpolitik.Dia tidak sedar akan tindakan untuk tunduk dan diam itu bukanlah satu tindakan yang betul dalam berpolitik.Tindakannya itu sepeti dia mengakui kesalahannya dan dalam erti kata lain,dia mengakui bahawa dia sedang bercinta.
Marah Cikgu Marlina tadi bukan sahaja menampar Naim tapi terbias juga kepada pasangannya, Nisa.Nisa tunduk,akur dengan kesilapannya.Kini,dia sedar bahawa dia telah menarik Naim ke lembah kebinasaan.Surat pertamanya,surat tanda terima kasih itu merupakan surat jemputan ke neraka.Dia sudah sedar segala-galanya.Surat,hadiah dan fatwa-fatwa Naim itu merupakan alatan-alatan yang dibuat oleh syaitan.Nampak seperti sesuai dengan syarak tapi penuh dengan unsur kemaksiatan,tidak dapat dilihat oleh mata kasar,hanya mata hati dapat mengesannya.

Cara yang terbaik untuk Nisa sekarang,menulis surat terakhir,surat tanda perpisahan, surat yang akan meniupkan kembali segala kebaikan dan menutup segala keburukan.Dengan nekad yang kuat di dalam hati,keyakinan yang tinggi terhadap Islam,Nisa memegang pen merah jambu kesayangannya dan mula menulis.

Salam sayang,

Sudah hampir 5 bulan kita bercouple,
Ayang percaya yang sayang sudah tahu isi hati ayang,
Ayang benar-benar menyintai sayang..
Sepenuh jiwa dan raga ayang..
Namun,ayang sedar satu benda,benda yang mungkin buat kita menangis,
Dalam kita asyik mengejar cinta Ilahi bersama-sama,kita telah balutinya dengan cinta yang penuh dengan kepalsuan.Cinta manusia yang tidak mempunyai dasar yang kukuh.Kita selesakan diri kita dengan menyatakan cinta kita berdasarkan iman tapi dengan iman itu kita melakukan maksiat.Benar kita tidak pernah berjumpa,berdating seperti remaja lain tapi maksiat bukan itu sahaja.
Ayang yakin dengan kata-kata sayang bahawa tiada hadis yang menyatakan zina hati tapi ayang baru perasan bahwa ayat la taqrabu zina itu menggunakan fail qaraba yakni perbuatan mendekatkan dengan hati.Maknanya,dengan hati pun tidak boleh dekati zina.
Ayang bukanlah membuat fatwa atau apa-apa ajaran tetapi itulah yang ayang percaya.Tindakan kita ini tidak lain tidak bukan,membersihkan najis dengan air kencing sendiri.Najis tidak bersih tetapi bertambah kotor,mengalir dan terus mengalir mengotori semua tempat.
Sayang..Ayang percaya pada jodoh.Jika kita dijodohkan bersama,Insya Allah,kita akan bersama.Tidak perlu bercouple atau berkenalan,jika Allah nak kita bersama,insya Allah kita bersama.
Percayalah,itu hak Allah.Dia boleh buat apa yang dia suka.Dia yang menghidupkan Isa tanpa bapa,menyejukkan api yang membakar nabi Ibrahim,memutuskan air penghalang nabi Musa dan menghidupkan Sam bin Nuh buat nabi Isa.Jika semua perkara ganjil itu Allah yang buat,apatah lagi soal jodoh yang merupakan soal kebiasaan.
Semoga apa yang kita bina selama ini diampuni Allah.

Ukhwah Fillah.
Nisa

Tertitis setitik dua air matanya di atas surat itu tapi cepat-cepat dilapkan supaya tulisan tidak hilang.Sengaja dia tidak mengambil kertas baru dan menulisnya kembali supaya Naim faham isyarat yang cuba diberinya.Hati Nisa tidak mahu tapi disebabkan imannya, agama didahulukan.Kemahuan ditolak ketepi walaupun perit menolaknya.
Surat keramat diletakkan di atas meja Naim,kali ini tiada lagi air laici dan tiada lagi choki-choki,surat semata-mata.Naim membacanya dan dia telah bersedia dengan keadaan ini.Tiada lagi air mata,tiada lagi tangisan tiada lagi kedukaan.Kisah cintanya jelas bukanlah cinta yang menghasilkan CINTA tapi cinta yang berpaksikan maksiat semata-mata.

Tangannya pantas mencari kertas dan pen untuk membalas surat terakhir ini.Tengah dia berfikir ayat-ayat cinta terakhir,hidayah Tuhan sampai.Cahaya yang akan menghilangkan segala titik hitam yang bertapak di permukaan hatinya.Cahaya yang akan membaca cinta ini kepada CINTA.

Dengan penuh yakin,dia mengoyak kertas yang ditulisnya tadi.Dia yakin,jika dia menulis surat balas,syaitan akan mencelah dan mengambil peluang lagi ke atasnya.Biarlah surat ini bergantung sebegini supaya dapat disambung di akhirat nanti.

SUMBER : azzariyat.com
~^^~Subhanallah..Alhamdulillah..Laa ilahaillallah..Allahuakbar~^^~

Friday, July 30, 2010

Pengguna Bijak

Bismillahirrahmaanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t...
Da lama ana xupdate blog ana.. :)
mungkin disebabkan longgokan kerja sekolah dan kelas yang xkan habis selagi ana masih bergelar pekajar..
17.8.2010 ana akan menghadapi trial exam..Tolong doakan untuk ana agar ana dapat buat yang terbaik..Insya'Allah..

Hari ni ana nak share something lagi.Amalkanlah..Moga bermanfaat.. Ameen...


AMALAN LESTARI SEMASA MEMBELI BELAH

1. Beli sayur-sayuran dan buah-buahan dari ladang organik (menggunakan baja organik / kompos dan tanpa racun makhluk perosak).

2. Beli makanan segar. Makanan sejuk beku menggunakan 10 kali ganda tenaga untuk dihasilkan.

3. Beli produk keluaran tempatan (Buatan Malaysia). Ia menjimatkan bahan api dan mengurangkan pelepasan karbon dioksida yang keluar semasa proses penghantaran.

4. Beralih ke barangan yang boleh digunakan semula. Ini mengurangkan barang buangan dan menjimatkan sumber tenaga. Lampin pakai buang adalah bahan yang tidak boleh lupus dengan sempurna.

5. Jangan beli barang-barang yang diperbuat daripada haiwan atau tumbuhan terancam bagi mengekalkan biodiversiti yang menjamin keseimbangan alam sekitar.

6. Bawa bekas mengisi makanan sendiri apabila membeli makanan untuk dibawa pulang. Ini akan mengurangkan penggunaan bekas “styrofoam” yang tidak boleh lupus.

7. Rancang pembelian untuk mengelakkan daripada membeli barangan yang tidak perlu. Cara ini juga akan membantu para pengguna untuk berjimat.

8. Rancang tempat untuk membeli belah bagi menjimatkan bahan api dan masa. Belilah barang keperluan dengan sekali pergi sahaja. Sebaik-baiknya kurangkan memandu bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas atau berjalanlah untuk mengurangkan pencemaran udara.

9. Bertukarlah kepada petrol tanpa plumbum. Ia mengurangkan pelepasan plumbum ke atmosfera.

10. Pilih peralatan bebas kloroflorokarbon (CFC) serta mesra alam yang menjimatkan tenaga. CFC boleh memusnahkan lapisan ozon dan menyebabkan pemanasan global.

11. Sewa atau pinjam barang yang jarang digunakan. Menyewa lebih menjimatkan ruang penyimpanan barang dan wang.

12. Beli barangan terpakai seperti buku, perabot, peralatan memasak dan lain-lain. Ia merupakan salah satu amalan penggunaan semula.

13. Bawa beg sendiri untuk membeli belah. Beg plastik tidak boleh dilupuskan dan mengambil masa antara 150 sehingga 500 tahun untuk diuraikan.

14. Gunakan bateri yang boleh dicaj semula dan tanpa cadmium untuk semua peralatan elektronik yang memerlukan bateri.

15. Pilih barang yang kurang menggunakan bungkusan bagi mengurangkan sisa pepejal. Membeli barangan secara pukal dan yang boleh diisi semula kandungannya lebih murah dan menjimatkan pembungkusan.

16. Fikir dahulu sebelum membeli-belah. Beli apa yang anda perlu dan bukan apa yang anda mahu.

17. Lakukan pembelian secara atas talian (online) untuk mengurangkan kos pengangkutan. Berhati-hati semasa melakukan pembelian secara atas talian dan elakkan diri anda dari ditipu.

18. Beli barangan yang diperbuat daripada kertas atau bahan kitar semula.

19. Apabila hendak menukar atau membeli barangan elektrik yang baru, pilihlah model berlabel “Energy Star” yang menjimatkan tenaga serta wang.

SUMBER : Berita Harian Isnin 28 Jun 2010
Sekian...Wassalam
~^^~Subhanallah..Alhamdulillah..Laa ilahaillallah..Allahuakbar~^^~

Tuesday, July 13, 2010

Tarikh Percubaan PMR dan SPM 2010

Assalamualaikum w.b.t...
Bismillahirrahmaanirrahim...

Hari ni nak share something lagi..heee..

MAKLUMAN : Semua pelajar Tingkatan Tiga dan Tingkatan Lima



Tarikh Peperiksaan Percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 ialah pada :

PERCUBAAN PMR : 2 OGOS 2010 - 9 OGOS 2010


PERCUBAAN SPM: 16 OGOS 2010 - 3 SEPTEMBER 2010



Diharapkan semua pelajar Tingkatan Tiga dan Tingkatan Lima mengambil perhatian daripada notis ini. Terima kasih.


Adesss....nak dekat dah ni..jom sama-sama kita usaha kasi baek kita punya RESULT..!


For all my friends especially yang satu class ngan ana,GOOD LUCK!!!!!
If we think we can do..Yes we can do!!

~^^~Subhanallah..Alhamdulillah..Laa ilahaillallah..Allahuakbar~^^~

Thursday, July 8, 2010

Tips Kesihatan

Assalamualaikum w.b.t...
Hari ni ana nak kongsi 1 artikel tentang kesihatan kita..
Moga bermanfaat yaa!!~^_^~

Fakta ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan Serangan Jantung ..... Masyarakat Cina dan Jepun minum teh panas untuk ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan.




Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.




Petanda Lazim Serangan Jantung

Amaran berkenaan serangan jantung – Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri. Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.


Kata pakar kardiologi (jantung), jika seseorang telah membaca fakta ini, sebarkanlah ia kepada 10 orang lain yang dikenali, anda mungkin tidak mampu menyembuhkan pesakit, tetapi anda sebenarnya berjaya menyelamatkan seseorang dari menjadi pesakit.

Wassalam...~^_^~
~^^~Subhanallah..Alhamdulillah..Laa ilahaillallah..Allahuakbar~^^~

Saturday, July 3, 2010

Zikir Rindu

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah akhirnya ana ada kesempatan juga nak menulis kat blog baru ni..
hehe..happynya dapat buat blog..

Erm..hari ni nak kongsi satu puisi yang ana create sendiri tapi mungkin xbest bg korang kuuut...huhuuu..
xpela..nak tulis gak..
Tajuknya...jeng..jeng..jeng..!!!

ZIKIR RINDU

Subhanallah..Maha Suci Allah..
Rabbku berkata..
Kun faya kun! Jadilah!
Maka jadilah engkau,engkau,engkau dan aku!
Kuasanya tiada tara..
Akal dan pancaindera itu buktinya..

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah..
Yang menjadikan seluruh alam semesta..
Pelbagai jenis makhluk,warna dan bentuk..
Tidakkah syukur di hati mengetuk??

Allahuakbar..Allah Maha Besar..
Tiada yang lain selain Dia..
Islam yang syumul, nikmat tak terkira..
Ajaran dari pelbagai sudut dan cara..


Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar..
Zikir rindu beralun di hati..
Ucapan yang paling Dia sukai..
Moga kita sentiasa diberkati..
Dengan nikmat cinta Ilahi..

Cinta Ilahi cinta sejati..
Cinta abadi cinta hakiki..
Cinta ukhrawi cinta yang suci..
Cinta Allah bahagia menanti..


Harapan ana moga kita semua akan dapat nikmat CINTA SEBENAR dalam kehidupan kita ni!
Ameeen...



~^^~Subhanallah..Alhamdulillah..Laa ilahaillallah..Allahuakbar~^^~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Cutest Blog ^^,


Copyright© All Rights Reserved halaqahcinta-muslimah.blogspot.com