~أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله~

Saturday, January 17, 2015

~ Gegarkan hatiku, Tuhan! ~

Bismillah.

Tuhanku.

Jadikan aku gerun pada-Mu.

Hingga bergetar hatiku, saat mendengar nama-Mu.

Jadikan aku gentar pada-Mu.

Hingga bergegar jiwaku, melihat kebesaran-Mu.

Biarkan.


Andai ada rasa sesak dalam dada.


Biarkan.


Jika rasa mahu pecah dalam jiwa.


Hingga bagai mahu dihambur ke segenap semesta.


Biarkan, Tuhan.


Biarkan saja.

Kerana aku dengan rela.
Digegar cinta-Mu!


#notamelurputih


Wahai Dzat yang membuat gentar hati-hati orang beriman.

Jangan Kau serahkan urusanku walau sekelip mata kepada diriku sendiri.


Tuntun derap langkahku.

Pegang hati dan jiwaku.

Gegarkan!

Lautan kerinduanku hanya buat-Mu.







~^^~Subhanallah..Alhamdulillah..Laa ilahaillallah..Allahuakbar~^^~

Wednesday, September 10, 2014

~ 'Sebenarnya.. ana kasih enti.' - Melur Putih ~

Assalamu'alaikum wbt.

Bismillah.


Alya memandang kosong tasik indah di hadapannya. Diambil batuan kecil. Dilontar perlahan ke dalam air tasik tersebut. Berkocak. Ikan-ikan mula pergi. Hatinya terasa bersalah. 'Maafkan aku, ikan.'

Tidak lama. Dia mengambil sebuah buku nota. Bersama pasangan setianya, sebatang pen murah. Ingin mencatat sesuatu.

***
Andai punya sesuatu dari kisah ini.
Yang bisa kau ambil buat ibrah diri.

Doakan aku.

Biar saat aku pulang.

Ada Dia. 

Yang bisa aku lihat 'senyuman'-Nya.

***
'Ana sayang enti. Kerana Allah.'

Teman. 
Aku baru sahaja mengenalimu. 
Tapi sayangku padamu sudah melimpah. 

Satu hari.
Sikapmu mula berubah.
Bila ku selidiki akarnya.

Ternyata.

Ada hal yang membuatmu dingin denganku,
Kau menjauhkan dirimu daripadaku.
Kau mula berani.
Membuat luka-luka kecil di dalam hatiku.
Sehingga aku berfikir.
Wajarkah semua itu kau lakukan kerana cemburumu terhadapku?

Teman.
Aku tidak membencimu.
Dan aku takkan pernah membencimu.
Kerana nabi kita tidak pernah mengajar membenci.
Baginda yang mulia mengajar mengasihi.
Supaya diri dikasihi.
Baginda yang mulia mengajar menyayangi.
Supaya diri disayangi.

Sungguh.
Tulus. Jujur di dalam hatiku.

Sekali aku menyayangimu kerana Allah.
Selamanya ia kerana Allah.

Sekali engkau hadir di dalam hidupku.
Memberi sinar walau cuma sebentar.
Aku akan ikat hatimu dengan hatiku.
Agar kita sama-sama bisa bergandingan ke syurga.

Teman.
Aku tidak punya apa-apa.
Untuk membuatmu cemburu.
Nikmat itu cuma sebentar.
Pinjaman dari Dia.

Aku cuma punya Allah.
Dalam hatiku.
Tiada selain-Nya.
Kerana jasad dan ruhku hanya untuk Dia.

Tiada yang kekal di dunia ini.
Kecemburuanmu tiada tapak. Tiada asasnya.
Hilangkan segera.

Agar pahala kita tidak hangus.
Menjadi debu-debu dosa.

Ketahuilah, teman.
Sebetulnya aku sudah memaafkan.
Maafkan juga diriku andai menyakitimu dalam senyap.
Menzalimimu dalam diam.

Sekali aku sayang.
Aku akan tetap sayang.

Hingga hembusan terakhir nafasku.

***
Tutup buku.

Moga ada redha Dia.

#notamelurputih

Kasihilah manusia kerana yang Esa. Ia takkan sia-sia.
Kasihilah manusia tanpa batasan. Ia menjemput kasih Tuhan.

Ya Rahman.
Penuhkan hati kami.

Dengan cinta.





~^^~Subhanallah..Alhamdulillah..Laa ilahaillallah..Allahuakbar~^^~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Cutest Blog ^^,


Copyright© All Rights Reserved halaqahcinta-muslimah.blogspot.com